Sep 12, 2011

Puasa sunat Syawal




Assalamualaikum,

Niat semalam nak puasa hari ni tapi tak jadi sebab rasa kembung sikit perut tapi dah makin sihat...alhamdulillah.

Sebelum ni bila syawal saya selalunya sibuk menqada puasa ,dan selalu tak sempat nak menunaikan puasa enam.Rasanya dah bertahun saya buat macam tu .Tapi bulan puasa baru ni dalam Tanyalah Ustaz TV9 ,dia kata puasa je sunat tu qada tu kita minta dengan panjangkan umur kita sampai bertemu Ramadhan.Saya tak ingat ustaz mana tapi saya pegang kata-kata ustaz tu .Dia pun cakap isteri Nabi Muhammad ,Aisyah r.a  pun kadang-kadang qada puasa di bulan syaaban .So hari ni nak juga cari kot ada mana-mana lagi pendapat ustaz lain kan so jumpalah artikel ini .....



Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyahradhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Sebenarnya ada lagi pendapat lain kita memang qada dulu puasa tapi kalau dah macam saya di kampung dah 10 hari ...bila balik KL Allah bagi lagi cuti 10hari nak qada puasa 8 hari manalah sempat nak puasa sunat syawal ni kan....so tahun ni saya dah pasang niat nak puasa sunat pastu lepas baru nak qada.Niat di hati juga nak qada cepat sikit dari tahun lepas...heheheheh......

Saya cerita pasal puasa ni sebab ada kawan-kawan yang pesan jangan asyik kejar puasa sunat, qada tak buat.Tapi bagi saya kejar puasa sunat syawal bukan kejar puasa sunat yang lain kan.Syawal pun sebulan je kan so kita kena kejar macam kita kejar Ramadhan jugakan.....lepas tu baru kita qada.

Ada tak yang tak setuju dengan saya .....?

10 comments:

  1. sy ad tgk alkuliyyah jumaat lepas..ustaz roslan klo xsilap dia punya panel..
    mmg diikutkan kita kene qada' puasa dulu br puasa sunat..itu lah yg sebaik2 nya..

    tp ustaz tu ckap in case mcm ibu org yang qada' dia byk hari (spt ibu lps bersalin) mana dan kan nk qada' sume 30 hr tu..diboleh kan puasa sunat..tp biarlah mula2 tu qada' dulu beberapa hari, then diikuti sunat..dikhuatiri umur xpanjang..tp kita doa byk2 la semoga allah panjangkan usia kita..insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Tak boleh ke niat puasa sunat syawal serta qada kerana Allah Taala? Sebab mak Yati ajar camtu sejak kecik.

    ReplyDelete
  3. dulu ustazah cakap, xblh niat 2-2 mcm tu k.yati...kalau bt cm tu dh mcm kita niat nk solat zhr n asar skali(perumpamaan)...

    pastu ustazah ckp lg, kita niat la nk qada puasa...tp InsyaALLAH, pahala pose syawal pn kita dpt jgk...itu yg dia ckp la, Wallahualam...

    ReplyDelete
  4. NoEn: yelah kan banyak pendapat ...tapi saya selalu niat qada je sebab biarlah qada kot ada yang terlupa qada....cuma syawal ni je kalau boleh nak sunat shawal.

    ReplyDelete
  5. Yati ...banyak pendapat tak boleh niat 2 ....niat qada kalau dapat sunat itu urusan Allah...

    ReplyDelete
  6. zira : banyak juga pendapat macam tu ....

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa,dugaan puasa sunat ni,sekarang byk lagi jemputan majlis rumah terbuka...

    ReplyDelete
  8. Ct : memang ...tak start lagi ...sakit perut ngan kembung belum ok ...so skrg tengah bersih rumah dengan dettol sebab doktor kata maybe kuman muntah ngan cirit birit tu tak hilang...2-3 hari ni rumah dah bau hospital...heheh

    ReplyDelete