Aug 25, 2013

Baju raya 2013

Assalamualaikum.....

Bukan baju raya kita tapi baju raya anak-anak. Sibuk sangat peplum. Jenuh juga nak menjahitnya. Bukan apa sebab lace ni kena lining. Itu yang malaslah sangat kan .


Mula-mula jahit baju sofiya. Dia kan dah besar so banyak juga guna kain.3-4 hari juga nak siapkan baju ni. Sebab bila dah siap step 1 kenalah cuba-cuba dulu. Kot tak muat pula. Dan inilah hasilnya.




Sebenarnya baju wafi ni disiapkan last sekali. Sebabnya nak dara ni dia dok fikir nak suruh mama jahit fesyen apa. Adoiii sabo jelah. Bila dah siap baju widad tu baru saya potong baju wafi. Permintaan nya nak dress macam butik najjah. Dan yang tak tahan nak juga lace di pinggang tu disusun macam najjah. Pening kepala omak. Hihihi lining atas dada dan tangan guna satin yang ada. Tapi bahagian skirt tu saya guna lycra. Nasib baik warna nak sama juga. So jadilah dressnya.  



Ok ini widad. Widad dari baju sampai ke kain semua peplum. Budak kecik ni comel ler peplum.  Klau emaknya tak tahu nak cakap. Hahahahaha sorrylah gambar tak memuaskan. Nak pergi sekolah ni sabtu lepas ada jamuan raya. Snap je tak tenguk dah gambar elok ke tak. 
Oklah jumpa lagi nanti. Sibuk dengan open house tak sempatlah nak menjahit ke apa. 
Jumpa lagi. 

13 comments:

  1. cantik2 belaka..
    all in pink gitu yerrr

    ReplyDelete
  2. Baju raya mamanya?? beli je ek? hihi
    cantik plak la skirt peplum widad tu..berkenan auntie.. tunggu auntie turun lagi 10 kilo baru berani gi tempah..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa x sempat. Simpan kain dekat setahun. Nak raya baru jahit itu ler jadinya.
      Buat lah. Senang je.....

      Delete
  3. amboi bila ank dara dh besar dah pandai demand nak fesyen apa ye..cantik semua kak

    ReplyDelete
  4. Hi Suzie, cute daughter you have and very nice baju too. Bet she's thrilled wearing it enjoying the hari raya.
    Have fun and keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. ..cantik2 hasil kerja tngn mama..model2 cilik tu pn comel2..ank dh besar2 ni, msg2 dh sde selera sndiri kn kak..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..comel2nya mereka dalam persalinan baju raya ni..

    Cik hani suka aktiviti menjahit ni.. tapi tak reti menjahit baju..setakat buat langsir simple, jahit cadar, sarung bantal boleh laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik hani ....dulu saya x pandai gak , p kelas lepas tu ok confident. Tp baju anak2 je la

      Delete