Dec 29, 2015

Alhamdulillah....syukur sesangat


Assalammualaikum....

Syukur sangat-sangat menjadi tetamu Allah.Alhamdulillah......







Dec 1, 2015

Aina widad lagi


Assalammualaikum...

Minggu akhir sebelum cuti persekolahan bermula memang sibuk.Semua anak-anak ada aktiviti di sekolah.Baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama.Sampai saya tak boleh kemana-mana.
Sempena hari anugerah baru-baru ni Aida Widad je dapat jemputan .Dia dapat no 6 dalam kelas dan no 8 keseluruhan.Dan terbaik matapelajaran Bahasa Inggeris.Aina widad memang lah tak pernah baca buku bahasa Malaysia.Buku cerita dia semua bahasa Inggeris, mestilah harganya boleh tahan kan.Wafi Sofiya pun sama...semua novel Inggeris.Sebab tu kalau big bad wolf memang saya pergi hehe dapat murah sikit .
Tahun ni anak-anak tak ada yang ambil exam besar.Tahun depan wafi PT3.Letihla sikit kalau ada anak nak exam.



Cari mama x jumpa...mama dah pindah tempat hehe...


Dapat cinonet je gamba 


Sebelum start cuti sekolah kami dah keluar cari kasut sekolah.


Belanja gamba satu ....dengan budak berangan nak pakai shawl...heheh