Sep 25, 2016

Masak- masak

Assalammualaikum...

Dah lama masuk gambar ni then simpan dalam list . Hari ni buka laptop barulah nak menaip cerita .
Dalam bulan september ni dah 3x saya buat pau.Last semalam buat sekilo tepung.Dapat lah makan 4biji .Pagi tadi bawa kesurau , buat jamuan sikit dan minta geng surau bacakan doa untuk anak-anak saya yang nak exam .Dimurahkan rezeki kami sekeluarga ...amiin 

Ni pau kelapa yang saya kira sangat menjadi .Anak-anak saya makan memang tak sempat pun nak frozen kan.Buat petang , pagi esok husband bawa bekal , anak-anak pun bawa bekal.

Pau ni first day saya buat , pau kaya .Besaq-besaq...so esoknya pau kelapa saya kecilkan sedikit dohnya.Ini pun anak-anak bawa bekal tak sempat di frozenkan.

Lepas raya saya dapat tempahan , mula-mula mee kari ni order kali kedua nasi putih dan lauk-pauk.Kira budget juga lah...saya cuma masakkan kari ayam , sambal udang petai dan kacang panjang dengan hati ayam.Saya tambah sambal belacan dan ulam tenggek burung.Petik je belakang rumah...Alhamdullillah rezeki .Best juga , kena bangun pagi-pagi siapkan makanan.Tapi tak sempat lah join exercise pagi .Tapi hari lain boleh pergi . 




Ini jemput-jemput durian mentua saya punya version.Isi durian yang dah dibuang biji , dihancurkan kemudian dicelup kedalam adunan tepung then goreng .Yummy ..memang sedap .Saya memang ada banyak stok durian dalam freezer, rasa nak makan bila-bila je boleh makan .Anak-anak pula makan laju jer, kita berpeluh-peluh didapur menggoreng tapi mangkuk tak penuh-penuh heheheh

Sampai jumpa lagi ....kena cek handphone dan belek gambar-gambar yang boleh dibuat cerita ..
Assalammualaikum

Aug 31, 2016

Selamat hari merdeka ke 59 #sehatisejiwa

Assalammualaikum
Selamat menyambut kemerdekaan ke 59
#sehatisejiwa
Pepagi dah melayan tv.Dari dulu lagi memang suka sangat tengak sambutan hari merdeka.
Harap-harap ada peluang tengok live nanti.
Semoga hari merdeka ini Malaysia terus berada dibawah lindungan Allah .

Aina Sofiya dan kawan satu kelas menang pertandingan koir .membawa lagu Tanah Pusaka....

Qaid pun menang koir...membawa lagu warisan
Affan dapat tempat ke3 ...membawa lagu warisan juga.Gigih mama pergi cari baju askar, mujur jumpa juga di kajang.
Aina widad pula membuat persembahan koir membawa lagu tanggal 31 sempena bulan kemerdekaan.

Aug 22, 2016

Balik kampung di hari minggu


Assalammualaikum

Dua minggu punya cerita ,balik ke Besut sebab mak mentua sakit kaki .Bengkak meletup lutut masa sibuk nak pakai selipar masa turun dari masjid . Sekejap je balik pun , Jumaat then ahad dah balik sini.Kat kampung nak masak pun malas , tambahan pula menu di sana memang lah sangat best sampai kan tak sempat nak rasa semua hehehehe


Saya order bihun tomyam di restoran rumbia kampung raja ...memang terbaik. Sedap sesangat 


Budak-budak yang join kami makan di restoran rumbia, dah lama tak beranak kecil bila makan dengan anak-anak kecil rasa macam serabut hahahah melompat sana sini sebab kami makan atas pondok.



Bawa balik bertiga ni saja , kakak-kakak busy tak boleh ikut .Wafi nak exam , sofiya pula ada latihan tarian so dia tak boleh ponteng hari Jumaat .Kami berhenti makan di pantai penarik masa on the way balik ke Kajang .Oklah ....hehehe ikan celup tepung , sotong dan udang celup tepung .

Saja tunjuk gambar ni kasi surprise , sebenarnya ular ni dalam lori jpam. Ular ni diaorang tangkap di pekan Jerteh . Suami pula call Jpam sebab nampak ular kat belakang rumah .Jpam datang , hujan renyai-renyai, dah lepas asar dah pun .Tapi tak dapat pun ular maybe dah lari . Sebelum ni memang pernah ada ular masuk dalam bilik , dah kena tangkap.Sejak tu habis satu rumah mentua saya di jaring heheheh .MIL  saya jadi fobia sebab biasanya memang dia sorang kat rumah . 




Balik besut ni saya pun ambik kesempatan menyoping ikan segar .Dah terdelete gambar beli ikan.Saya bawa balik satu polisterin besar ikan .Kemudian singgah pasar beli pula laksa beras.Simpan seminggu juga dalam peti , nak makan just kukus semula. 
Kuah laksa kali ni memang best sebab ikan nya masih sedap  .Rasa lagi kemanisan ikan .
Anak-anak saya selalunya tak makan laksa kelantan ni tapi kali ni diaorang makan.Saya pula ajar makan dengan tangan .Hehheehhe Dalam mangkuk tu husband makan , dia pula tak nak guna tangan , dulu dia yang ajar saya makan laksa guna tangan .

Saya stop disini dulu , jumpa lagi nanti yer .....next entry hehehe

Aug 1, 2016

Durian....durian .....


Assalammualaikum...

Sejak beraya memang saya tak turun bersenam .Sakit semua urat kaki dan badan pun lemau .Husband pula ada di rumah so kerja menghantar ambil anak dah meringankan .
Last week dapat turun 3kali dengan group fit camp di Taman Tasek Cempaka BB Bangi .
Berpeluh-peluh , sampai dalam mata pun peluh masuk .hehehe Baru rasa sedap lutut sikit hehehe
Badan tak tahu turun berapa kilo tapi memang rasa baju semua loose je.Tambah-tambah baju raya rasa loose sangat .

Helmet tu saya punya lah ....husband hantar naik motor heheh

Ini cerita jual durian didepan rumah .Parking lot rumah saya hehhee.Mujur juga tak charge sewa tapak kan ....heheheh.Abang saya ni ada wedding dan kawan dia order lemang 200 batang .Sementelah pula kereta kosong dia pun bawalah durian rambutan penuh kereta.Durian lebih kurang 250 kilo.Dia kata nanti dia nak jual je tepi-tepi jalan area BB Bangi je . 
Saya pun terfikir nak wassap group taman jelah .Sekali kena serbu memang macam pasar hehehe Husband pula wasaap group sepupu sepapat dia . hehehe 
Masa ni habis buah ...saya suruh pasang payung sebab panas dah .


Pilih-pilih ....jiran saya tengah pilih buah-buahan.

Ini pula saya pack untuk yang srh order sebab berkerjalah berkursus lah .Sampai kemalam lah saya tunggu buah ni tuan dia datang ambil.Mujur juga ada satu je open house.


Meriahkan....Affan pun sama sibuk menolong heheh


Ini buah star, buah kundang atau remia ......rasanya sama je kot cuma panggilan lain-lain.Lama sangat saya tak makan buah ni .Kalau yang dijual di pasar malam lonjong sikit bentuknya saya tak suka sebab manis sangat .Rasanya itu buah dari siam.Tapi ini buah dari kampung rasanya masam-masam manis .Kalau muda memang masam.Dah selamat saya jeruk pun .


Petai saya order dari kawan saya .Saya kopek siap-siap dan simpan dalam freezer.Dah 2-3 x saya buat macam ni , memang petai sentiasa ada stok dalam peti saya .Kalau nak guna petai just rendam kan sikit dengan air sekejap dah boleh guna.Durian pun , saya simpan dalam freezer.Kalau durian elok nak makan dengan pulut durian pun ok.kalau yang kurang elok saya buah kuah durian atau jemput durian .nanti kalau saya nak buat jemput durian saya share kat sini.Resepi mentua saya .Memang sedap ....



Masa jual durian suami saya di Kemaman , pagi semalam baru dia dapat makan durian.Mujur masih molek duriannya.Orang kelantan tak boleh dipisahkan dengan nise atau gula kabung .heheheh Saya pula dah tak letak gula tu ...just santan yang bergaram je.Santan pun basah-basahkan pulut je. Style hhusband pula memang berkuah santan tu .Kahwin lain-lain negeri hehehe ikut jelah kan ....hehehe

Ok jumpa lagi ....

Jul 26, 2016

Aidilfitri 2016

Assalammualaikum...

Lambat betul nak update gambar raya .Dah nak habis raya dah pun . 
Tahun ni beraya di Besut .Hari raya pertama kami buat majlis Aqiqah.Setiap tahun memang ramai tetamu datang tapi kali ni meriah sikit heeh ada kambing 2 ekor.

Saya masak lontong ,  MIL buat nasi kerabu kuning .Memang terangkat .Lepas tu ada nasi imput dengan sambal ikan . Wafi buat brownies , ada rendang dan ketupat palas goreng .Disebelah pantai timur memang ketupat digoreng so garing-garing sikit pulutnya.



Sempat bergambar sebab masa ni tak ada tetamu sekejap .Sekejap je..snap 2-3 x dah sampai tetamu ...heheh 



Ini raya kedua, kali ni raya kedua saya dah balik Perak .Sebab cuti selepas raya pendek sangat .Raya kedua pepagi dah bangun siapkan bekal dan sambil-sambil nak naik kereta berposing2 kejap.

Kami semua gigih berbaju raya heheh sebab sampai Perak terus nak pergi beraya .Hehehe 
Pukul 9 dah bertolak ke Perak kalau lambat memang perjalanan dari 4 jam boleh jadi sampai 10-12jam.serik dah rasa ....dah lah lalu jalan biasa mana ada rnr....



Ini raya ke3 reunion sekolah saya di Batu Kurau .Sekolah menengah Dato Kamaruddin Batu Kurau .
Ada kawan dari sejak tadika, kawan dari sejak darjah 1 , kawan sekampung ....First tme saya join group reunion .Selalu memang terlepas je...rasa macam masih dibangku sekolah lagi .Ini posing dengan geng pompuan jer....

Sabtu pagi lepas subuh kami bertolak balik KL , sempat singgah ikea sebab sampai awal.Then pekena nasi kandar di bangsar heheh...
Sampai rumah sebelum Zohor , lepas Zohor attend open house jiran. Lepas tu tidur je sebab penat .Penat apa tak tahu ...hahah kekenyangan kot.


Jun 23, 2016

Red Rubies

Assalammualaikum ,

Dan masuk 10 malam terakhir Ramadhan .Terawih pun dah mula baca doa qunut.Sekejap je masa berlalu .
Ok hari ni nak cerita pasal masak-masak .Sepanjang bulan puasa selalunya jarang saya beli kecuali anak-anak nak makan fast food.Dari juadah berbuka, pencuci mulut kuih muih juadah sahur semua nya saya masak .Saya lebih rela masak dari pergi ke pasar Ramadhan . Malas betul nak ke pasar.Tahun ni juga suami berpuasa di rumah setelah 3 tahun tak berpuasa bersama .
Tahun ni juga saya lebih banyak ke jaya grocer dari ke Pasar bandar Baru Bangi atau Pasar Kajang .heheheh Malas betul nak masuk pasar basah ....baju , tudung semua bau ikan ...

Ok nak cerita desert yang dibuat semalam .Red Rubies ...saya selalu makan ni kalau ke Restoran Amarin .Kalau bw ramai yang kata makan di Johnny .Saya tak suka sangat ke Johnny .



Bahan utama nya sekuang cina atau water chestnut .Beli di pasar basah , sebab dah tertengok so beli .Dah siap di pack so tidak boleh nak memilih .Boleh guna separuh je yang lain mcm busuk , tak tahu lah kot saya ni tak reti..hehehe tengok coklat-coklat isinya saya buang heheh


Dah dibuang kulit , potong dadu dan direndam dalam pewarna merah .

Lepas tu disalutkan dengan tepung ubi .Saya buat 2 kali salut , tapis juga bagi buang lebihan tepung .Dah siap ni rebus , bila dah timbul angkat dan masukkan ke dalam air ais.



yang ni dah siap , saya simpan dalam peti sejuk .Lepas tu saya masak santan dengan gula .Sejukkan dalam peti juga .


Ini lah rupanya , saya dan suami je makan , anak-anak rasa pun tak nak .Ok lupa pula saya masukkan juga nangka.Rasa dan bau nangka tu memang memikat .Rupanya kalau masuk buah kabung lagi sedap lepas balik terawih makan lagi kali ni ada buah kabung .Idea dapat dari Kak yan ..hehehe 


Ini pula puteri mandi .Kelapa terlebih hehehe ...dulu masa kecik arwah mak buat puteri mandi bancuhan tepung pulut dimasukan kedalam santan . Baru-baru ni balik berpuasa di Besut dapat rasa puteri mandi versi Pantai Timur .Adunan tepung pulut digaul dengan kelapa yang dimasakkan dengan gula.Saya suka juga ...dalam santan saya suka yang digaul kelapa pun saya suka.Saya kalau kuih berasaskan tepung pulut atau pulut memang suka sangat .

Sampai disini dulu , selamat memecut 10 malam yang terakhir ini untuk memperolehi lailatul qadar.

Jun 12, 2016

Salam Ramadhan

Assalammualaikum...

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Banyak cerita nak diceritakan tapi nak mengarang cerita kalau boleh sependek-pendeknya ...hahahahha



2 Minggu sebelum Ramadhan gigih saya ajak anak-anak ke surau pada waktu subuh. Harapnya berterusan sampai bila-bila.


Photo ni celeberate birthday wafi .Dinner di Laman Grill Kajang .Second time ke sini .First dulu masa-masa baru-baru dibuka.

Ini pula celeberate birthday Sofiya 10 hari selepas birthday wafi .Lunch di Teppanyaki ioi mall.


Photo atas ni pula vacation yang tidak dirancang .Hehehhe  main redah je .Husband balik pagi petang kami bertolak ke Penang .First night kami tidur di Holiday Inn Batu Feringgi .Walk in je , nasib ada kosong bilik. Sebab pool yang tak berapa berapa best kami cari pula hotel lain. Kami bermalam di Bayview pula.Yang ni memang best , dengan anak-anak yang memang suka main air baguslah tempat ni .



Dari Penang kami balik Batu Kurau semalaman.Saja balik makan durian .Di penang makan durian Balik Pulau ...Dari Batu Kurau kami terus balik ke Besut .Dasyat ...hehehe dalam berapa hari kami merentas Malaysia ...heheh 


Ini kuih first day puasa di Besut .Pulut Sekaya .Dah 3 kali saya buat guna resepi Azie Kitchen .Memang menjadi dah best .Terima Kasih Kak Azie selalu jadi rujukan saya .

Di Besut memang panas sangat . Itu yang boys ni buka baju ...tak tahan sangat .Merah-merah badan .

Sampai disini dulu ....Terima Kasih daun keladi kalau rajin datang lagi baca heheheh