Feb 10, 2014

Tahlil untuk Abdullah Saad dan Hajah Juiah Maaraf

Assalammualaikum.....

Lama nya tak update kan. Nak update wedding faiz di Kuantan tapi tak sempat sempat nak mengadap laptop. Sekarang ni kalau picture dalam ipad senang lah sikit nak update. 

Sabtu baru ni saya buat tahlil untuk Arwah mak dan abah saya. 10.2.2014 ni genaplah 7 tahun mak saya meninggal.  Kalau arwah abah lagi lah lama. Tak planning juga tetiba je teringat mak then order nasi dagang. Husband pula announce di surau pada malam jumaat tu. Saya buat kat surau jer. Ramai yang datang. Alhamdulillah nasi sedap tetamu pun ramai. Semua berjalan lancar. Walaupun sabtu tu ramai juga yang tak ada tapi habis semua makanan saya. 

Nasi dagang ni saya order dengan kawan husband. Kawan geng bas sekolah. Lelaki tau tukang masak ni. Sedap dan harga berpatutan. 

Layan je lah gambar yer. 



Gulai ikan tongkol


Nasi dagang yang ummmmp


Acar yang rangup 


Teh o n kopi o. 

Al fatihah untuk mak dah abah.