Showing posts with label Wrislet. Show all posts
Showing posts with label Wrislet. Show all posts

Jan 15, 2012

Wrislet n ric rac


Assalammualaikum....

Husband dah balik so dah hantar pc untuk direpair.Kalau dah teruk buat tukun...heheh sebab dah habis banyak juga duit asyik repair elok tak juga.Lap top ni pula emmmm tetiba ok.tetiba tak ok.Hari ni nak lepak Mid valley heheh so boleh pergi cari charger laptop ni ...

Melalut sudah ...nak cerita wrislet saya ni ,sambil-sambil jahit untuk orang jahit la untuk diri sendiri .Pembakar semangat kerja.Wrislet biasa je tapi guna ric-rac besar .




Ok nak cerita ric rac ni lah....dah lama beli hampir setahun .Beli ni sebab terpengaruh dengan sarung bantal Martha Stewat.Cute sangat.Survey kat kedai jahit kat sini tak pernah jumpa ric rac besar ni .So pergilah ke bloomingfelt.com dapat lah ric rac besar ni.Mahal juga tapi belilah sikit je.Bila dah sampai dah tak nak guna sebab sayang ...heheheh teruk betul la perangai kan ..Sekarang ni tetiba je nak guna so letaklah kat wrislet ni .itupun sikit je ....heheheh


Samapi sini dulu ,nanti jumpa lagi .Tengah siapkan tudung,sarung bantal dan tetiba Mak Cik Chah call minta jahit jubah 2 helai...emmmmm ingat nak jahit bag dengan Mila ...

Aug 13, 2011

Beg pensil...


Beg pencil ni untuk anak buah Cikgu Nor.Cikgu Nor ni ustazah anak-anak saya .Dia ajar semua benda .
Ini maybe untuk hadiah hari raya kot...hehehe tak tau lah.Saya sulam then letak butang pensil.Macam je dah cukup kot ,dah kering idea.

Ini pula juadah berbuka pada Jumaat.Anak-anak nak makan mee je so abah terpaksa la beralah.Tapi husband tiap-tiap malam makan cendol....hehehe Tq.
Malam tadi Aina wafi nak makan ayam drummet so saya just masak nasi minyak makan dengan sambal sotong dan ayam drummet.Desert pula beli Big Apple sebab semalam dah merayap di Alamanda.Dah 2 malam saya minum sirap selasih .Hmmmm memang sedap....Malam tadi lepas terawih boleh lagi kami merayap ke A&W PJ.Teringin nak makan float.Hampir 1jam beratur tapi berbaloi dapat minum float ...Ramai betul kat situkan walau dah tengah malam.Melayu ,Cina ,India semua ada.

Dah gantung Jalur Gemilang ke ....saya belum cari lagi .Yang lama dah buruk so kena cari yang baru .Pergi Giant lupa pula nak tengok.....
Ok jumpa lagi ....

Jul 22, 2011

Wrislet

Esok nak ke Melaka rombongan cik kiah ...hehheheh Tadika Widad punya trip mak kena ikut.So terpaksa lah pergi .Sofiya n qaid pun ikut .Naik bas....
Biasalah kan nak jalan jer nak handbag baru ...so buat ni je lah sempat..

 Wrislet n card holder.Rasa macam besar dah card holder ni tapi bila dah isi kecik juga rupanya.
 Tengok bersepah ...nak cepat .Lain kali buat lagikan ...hehehhe
Nak bawa esok lah ni ...pergi jalan-jalan kat Bandar Bersejarah Melaka.
Petang tadi dah masak rendang daging dan dah juga rebus ketupat nasi.Buat bekal anak-anak .

May 19, 2011

Hari Guru 2011


Hari ada hari sambutan Hari Guru di sekolah Wafi dan Sofiya.Mula-mula kata nak beli pen merah je unuk hadiah cikgu tapi petang semalam diaorang dah ubah dialog.'Mama,buat pencil box untuk cikgu boleh".Nasib baik satu sorang kalau mau bagi 2-3 orang cikgu pengsan mama .So malam tadilah saya siap kan 2 biji pensil case ni .Selamat Hari Guru untuk semua guru.


Dah siap dibalut.Wafi nak yang digulung then letak reben je.....

Ini untuk Cikgu Saniah guru kelas Wafi.

Ini pula untuk Cikgu Salina guru kelas Sofiya.
Menu Hari Ini .....

Lunch : Ikan tongkol masak lemak,ikan goreng,ikan masin,sambal belacan dengan timun.
Dinner : Roti Kerca - Adunan tepung dibancuh seperti lempeng ,bila dah masak gulung dan gunting seakan-akan laksam.Dimakan dengan kari ayam atau daging.Letak kuah banyak macam mee kari.Dalam kari tu letak la potato,carrot....emmm sedap.Sori tak ada gambar sebab tepung tu tak berapa jadi.Tak tahu kenapa tapi habis juga la 1/2 kg tepung gandum...

Jan 27, 2011