Dec 31, 2011

Selamat Datang 2012

Selamat ke Tahun 2012 dari kami sekeluarga........................
Assalammualaikum,


Hari ni genap setahun tahun 2011.Esok dah masuk 2012.Banyak juga perkara-perkara yang perlu dirancang sekarang untuk 2012.Tahun ni kerja husband saya sangat teratur.Sebabnya cutinya selaras dengan cuti sekolah .Berpuasa juga dirumah jadi dapatlah saya ke surau berterawih.Sebenarnya hampir 3 tahun my husband tak puasa dirumah.Dan hari raya puasa pula hampir-hampir nak ke Germany tapi cancell last minute so dapatlah beraya dengan mentua.Kami sekeluarga juga dapat ke Tasik kenyir bercuti masa cuti sekolah.Tapi cuti December ni dia tak ada.Dah terbang ke Iran.So kami hanya menhabiskan cuti di KL sahaja .Tapi padat juga sebab hampir setiap weekend ada tetamu.Syukur alhamdulillah.....


2012 ni 4 dari anak saya akan ke sekolah.3 sesi pagi 1 sesi petang.Dan syukur juga sebab ada anak saudara lepasan SPM datang menolong.Sebabnya nanti buka sekolah Aina Widad darjah 1 so at least 3 hari pertama tu maybe nak kena jenguk-jenguk sekejap .Nak tengok masa dia kekelas ,nak tengok masa rehat.Dia agak manja dan banyak bergantung dengan kakak-kakak.Actually ,dia ok je cuma kita je rasa macam boleh harap ke budak ni ...hahahaha perasaan mama kan ...apa nak buat .Ahmad Qaid pun first time ke sekolah Tadika so nak kena tengok-tengok juga.Bila tanya dia kata ok mana tahu cakap ok tetiba bad mood ....sudah .Saya juga akan jadi baby sitter to my cucu saudara.Sebaya Qaid dan satu sekolah dengan Qaid.So harap budak berdua ni jadi good boy.


Ok ...untuk diri sendiri .Bila dah anak ramai kadang-kadang tak terfikir pun untuk kita.Hmmmm ...banyak benda nak buat tapi terhad.Saya nak sambung balik kelas mengaji ,nak juga ke kursus haji biar pun lambat lagi nak pergi ,nak sambung balik facial  yang baru buat 8x dari 14x ...hahahah itu pun tersangkut.Nak juga pergi kelas Epal semula dan nak juga ke kelas-kelas jahitan .Rasanya semua tu x tertunai buat masa ni.Maybe kena tangguh 2013 atau 2014.Kalau pun nak habis maybe facial sebab yang tu bolehlah buat masa husband balik.Tapi kelas lain tu semua kena dilajak kan sampai Affan masuk tadika.Moga tercapai lah hendaknya.Dan yang penting no more pembantu rumah ...hehehe muktamad.Lapang otak ...


Dan yang ini pula moga dapat ditunaikan Tahun ni .Nak beli mesin jahit industri...(dapat kutu la bulan 6 ) hahaha,nak tambah lagi koleksi dalam my store what ever yang bersangkut paut dengan handmade....insya Allah.Dan tahun ni juga azam yang selalu sangat nak buat ...nak jaga solat ,membaca al-quran dengan kerap,nak banyak berzikir.Semoga dapat menjadi lebih beriman dari sebelumnya.Dan tahun ni juga nak teruskan diet ,semoga sihat sentiasa dan Moga Allah panjangkan umur saya dan husband demi zuriat2 kami .


Panjang jugakan cerita hari ni .Tak apa penutup tahun .Ok Selamat melangkah ke tahun 2012.Moga ukhwah blogger craft terus kekal.Dan moga saya terus sihat dan murah rezeki kami sekeluarga untuk terus saya berblog lagi ....ok Jumpa tahun depan ...heheheh tak berapa jam je lagi

Dec 26, 2011

Vietnam cotton


Assalammualaikum...
Saja nak tunjuk-tunjuk kain cotton ni .Dah lama jual tapi bukan online.Siapa datang rumah just tunjuk then terjual la 2-3 pasang .Hari ni je macam rajin nak sanp gambar then masuk facebook dan blog suzi3ainastore.Sebabnya nak tunjuk kat member office lama.Susah nak jumpa diaorangkan so masuk fb senang.So kalau nak cuci mata pergilah ye fb .








Dah nak buka sekolah tapi baju belum siap.Asyik jalan je....Dah prepare everything ke ntuk anak-anak sekolah ?....

Dec 23, 2011

Breastfeed blouse


Assalmmualaikum...

Tempahan dari Adiha breastfeed blouse.Sempat juga disiapkan sebelum dia balik ke Besut.Lupa pula nak snap gambar anak Adiha Haziq tembam ...berketul peha...hehehe.Kain ni Vietnam cotton ,ada lagi stok dengan saya kalau siapa-siapa teringin boleh tanya saya RM70 sepasang.








Besday Adiha tudung hitam tu ,Besday Nadia juga tudung merah so disambut semalam.Mak mentua saya tudung hijau .Kek n laksa kelantan...dibuat di rumah kakak ipar saya Anida .


Mentua saya datang tidur semlam dirumah saya dan 2 malam di kakak ipar saya .Saya pula berkampung semalam disana ,anak-anak saya pula 2 malam.Petang tadi dah balik.Esok jadual saya mula berputar.Nak pergi jalan-jalan tengok-tengok sale tapi sekarang ni penuh je.Nak parking pun susah.Hujan pula tu kan...emmmm Selasa ni J card di Cheras Selatan ,boleh ke pergi ,tapi nak beli ye?

Ok jumpa lagi ....

Dec 21, 2011

Mannequin in the house...


Assalamualaikum...

Dah seminggu kawan saya ni ada tapi baru hari ni buat entry.Beli online tapi pick up di Giant Kinrara.Lepas ni baru la cantik nak tunjuk -tunjuk baju  dengan tudung.Manalah tahu kot nak jual baju ready made dengan tudung ready made.Sebelum ni semua tempahan je...



Tudung ni dah siap lama dah .Tapi belum lagi ada tuannya...
 


Ini pula cardigan Ayuni,dia request reben sebab bila tak ada reben tu nampak  tak cantik.Bila dah ada cik adik ni senang pula saya pasang sebab ada kita tahu mana pinggangnya..saya tak guna reben pun tapi guna tali halus tu.Dia kata ok...
Tak berapa hari lagi nak masuk 2012.Azam tu nak lah jual online.Nak jual macam-macam.Nak jual baju ,nak jual tudung ,nak jual handmade tapi belum lagi jadi kenyataan.Masa nak menjahit tu sangat terhad.Next year anak-anak saya dah ada sekolah 4 orang.Sesi pagi dan petang.Tak tahu la berapa kali la pula keluar masuk rumah .Tapi sebenarnya kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya kan...Kalau tak bersungguh-sungguh memang la tak menjadi.Jangan beralasan....kalau penuh dengan alasan memang tak menjadi ...betul tak?
Oklah jumpa lagi nanti.Harap-harap sebelum tahun depan...tak berapa hari lagi ni ....

Dec 17, 2011

Scone....


Assalamualikum....

Hari Rabu sebenarnya buat scone ni .Tak cukup bahan tapi buat jugalah.Resepi dapat dari blog Azli Razali .Chef yang selalu tulis resepi dan tips memasak di dalam Utusan Malaysia hati Jumaat.So dapatlah resepi tapi tak ada coklat chip dan susu cair.Saya tak masukkan coklat chip dan susu cair gantikan dengan susu segar .Hehehe memandai je....tapi memang sedap dan anak-anak memang suka.Selalunya ke Cameron anak-anak akan minta berhenti di Tea Valley dan makan scone.Sedap dari Cameron kata anak-anak...heheh



Siapa nak cuba boleh lah ke blog Azli Razali.....selamat mencuba ye...

Dec 14, 2011

Wrislet dan beg....


Assalamualaikum...

Ok ....heheh susah nak mula cerita ni.Tapi bila dah bercerita sampai susah berhenti pula.Patchworh saya dah siap semalam.Sebenarnya untuk anak saudara saya Rifhan.Dah lama dia bagi kain tapi sekarang baru sempat disiapkan.Pertama kali mencuba pattern dari buku Crazy Quilt ni memang tidak memuaskan hati.Maybe guna fabric cotton.Sebab kalau dari buku tu fabricnya warna terang-terang maybe silk.Tapi silk tiada dalam simpanan.Guna jelah cottonkan.

Dah siap jahit baru ingat lupa nak buat pocket.Tak apa lah Rehan kan...

Ini pula bag juga Rifhan punya.Kain denim ni dari Daiso.Dia yang beli sendiri saya tukang jahit saja.Tapi kain belang biru tu tak berapa nak cantik.Design cantik tapi kainnya licin sikit.Saya guna jelah sebab dah dia belikan...

Reversible bag sebenarnya.Pattern dari buku ...dalam bahasa Cina.Ayuni yang pandai baca Cina pun tak boleh baca sebab bahasa Cina klasik.Janji ada ukuran ok jekan...

Ini sebelah lagi.Kain denim saya jadikan poket....
 Saya masuk juga entry ni sebab Aina Sofiya ni dok sibuk snap gambar ni.Kesian pula ...haahha
Dia jahit sendiri ...dah la mama sibuk nak siap bag dia pun sibuk lah nak suruh tolong tengok.Jahitan macam ular kena palu...nasib la ye...janji buat. 

Baru siap pokok separuh.

Ok jumpa lagi....Insya Allah ada projek lagi ......

Dec 12, 2011

Kaftan for 3 aina

 Assalammualaikum.....

Kaftan untuk anak-anak perempuan saya .Cadangnya nak buat baju tidur dengan seluar tapi datang angin malas jahit kaftan jelah.Itu pun dah tak sabar nak pakai.Sampai tak menyempat nak jahit butang.hehehe

Kesian Qaid kena paksa dengan kakak berlutut kat depan tu...

bermain dengan polka dot

Ahmad Affan...memang susah kalau nak suruh bergambar.Ni aksi iklan cerita Toyol ....x suka betul cerita-cerita hantu ni

Kat bawah ni saja gatal tangan nak buat.Saya guna pattern dalam buku Crazy Quilt.Maybe waynanya tak menyarlah dan pening juga nak menyusun kain ni.Nampak dalam buku memang senang tapi bila dah nak buat pening kepala juga .Dah umpama main puzzle....Tunggu ye apa jadi dengan ini kain ...
Dah hampir nak siap ni ...pening juga..

Ok lah ...kita jumpa lagi ...harap-harap ada gambar projek nak diupload....

Dec 8, 2011

Palace Of Golden Horses

Assalammualaikum....
Tempat ni je kami pergi holiday hari tu selain kat kampung.Hotel ni dengan rumah saya tak sampai 10minit tapi sebab adik saya sibuk sangat mengajak so pergi jelah.Tapi budak-budak ni suka sangat ...masa ni hari sabtu selepas cuti sekolah .Pool je lah best lain tak ada apa ....maybe budak-budak suka kot tengok patung-patung kuda dalam hotel ....







Ok jumpa lagi .....dah potong baju sekolah tinggal nak jahit je lagi ...alhamdulillah....

Dec 6, 2011

Sekejap sangat ....

Dah lama sangat tak update blog ni ....lama gila....jangan gila sudah .Tak ada projek tapi banyak tempahan.Tak sempat nak menjahit sebab sibuk kesana -sini .Husband saya balik bercuti 2 minggu sahaja.Itu pun sempat juga balik kampung.Tak lama sekejap 2-3 hari saja.Balik Besut naik bas balik KL dengan Airasia.Pengalaman baru untuk anak-anak naik bas 2 tingkat.Hahahah saya pun tak pernah naik.Sekarang budak-budak dah lali naik flight lagi excited kalau dapat naik bas.Zaman kita dulu teringin nak naik flight.


Sempat pergi Mid Valley makan di Pancake House permintaan anak-anak ...nasib baik abah dapat tunaikan kalau kesian anak-anak saya ...

Selalu kami berkelah dan mandi manda disini Bukit Keluang Besut tapi kali ni kami tengok sahaja.Musim tengkujuh ombakmemang tinggi dan sangat menakutkan...

Tak lama lepas lepak tu air dah naik sampai ke sini ....

Sempat makan keropok lekor di pantai ...di KL jaga anak kakak saya 2 orang bila balik Besut kami jaga lagi anak kakak ipar 3 orang berjalan dengan kita orang...

Semalam dah ke kedai buku sekolah .Buku wafi RM96.00 buku sofiya pun sama RM96.Kiranya habislah duit sumbangan .Alhamdulillah tapi ada juga yang tak bersyukur ....abang saya dapat 600 sebab 6 orang anak dia bersekolah ...Memang membantu sangat kan .....

Oklah sampai sini dulu ....harap dapat lagi cerita-cerita kat sini ....selalu dapat blog walking je...

Nov 17, 2011

Seminggu yang sibuk....


Assalammualaikum...
Walaupun cuti sekolah dah nak mula tapi minggu terakhir ni lah makin sibuk bagi saya .Nasib baik jugalah husband dah balik so boleh lah gilir-gilir.
Isnin lepas kena ambil report kad sesi pagi dan petang ,selasa pula Aina Widad ada ujian saringan untuk darjah 1.
Hari rabu pagi lagi husband dah ke sekolah sebab nak ambil duit bantuan yang kerajaan bagi tu.Dapatlah RM200.Aina Widad belum dapat lagi.Syukur juga tu boleh lah beli buku sekolah.
Khamis pula widad ada Majlis Konvo di Kolej Keris Mas UKM, Wafi dan Sofiya ada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah.So kami terpaksa pecah 2 sebab dibuat serentak.hmmmmm nasib lah kan ...
Hari Rabu tu juga saya dan suami bergegas ke Semenyih sebab Nurul anak abang saya yang ke Mekah hari tu jatuh tangga.Bengkak kaki.So hari ini Jumaat kena hantar dan ambil dia ke kolej ,Isnin pun sama sebab ada exam.Rasa penat sungguh.....Cuti ni banyak palnning tapi tak tau jadi ke tak sebab semua dah macam kena flu.....tapi yang pasti kena habiskan tempahan dulu ....

Aina Widad dapat anugerah pelajar cemerlang....

Ini pula ambil sijil....

Aina Sofiya dapat no 3....first time dia naik pentas suka lah dia....

Aina Wafi ...dapat no 1 tapi tak dapat kekalkan no 1 keseluruhan ...kecewa juga dia ..tapi dia rangkul juga 3 hadiah..

Peneman husband semalam bergambar dengan kawan wafi

Ok semua ...tak ada lah nak tunjuk projek baru tapi baru juga ke kedai kain beli kain untuk tudung...hmmm kain lagi...
Jumpa lagi...

Nov 10, 2011

Aidil Adha saya .....

Assalamualaikum....

Cerita hari raya saya ...tahun ni dapat balik kampung sebab cuti pun panjang .Walau husband tak ada tapi saya drive sendiri.Konvoi dengan adik .Balik sini ambil supir...heheheh anak saudara saya ...Hampir setiap tahun kami sekeluarga buat ibadah korban.Rasanya sejak tahun 1996.Saya pun dah tak ingat dah berapa ekor saya join.Ada masa saya tak join tapi sejak saya kahwin rasanya tak pernah sekali pun miss .Tahun ni kami korban kerbau sebab dah banyak lembu so kami decide korban kerbau .Ok juga dagingnya ...sedap.
.Setiap kali hari raya juga tak lepas buat lemang.Kalau Aidil fitri buat 2x sebab ada 2 groupkan...1 group yang beraya di kampung dan satu group lagi beraya dengan mentua.So hari raya ke3 kami berkumpul lagi buat lemang lagi.Aidil adha buat lemang sekali saja la...
Isi pulut dalam buluh dan isi santan...saya buat ni tapi lari kejap nak snap gambar

 
Api untuk lemang ...kalau rasa seksi sorry lah ye ...hehehehe

Sedang dibakar ..masa ni memang mencabar dan cakap terus terang saya tak pernah ambil part bila time bakar ni ...rasa terbakar kulit...

Inilah kerbau korban kami...penyembelihan buat di ladang .Abang saya memang tukang sembelih so kami selalu siap awal.Ini hari raya pertama...Hujan renyai terpaksa buat di carporch je...

Semua adik beradik saya, tak ada orang luar .Dulu ada juga orang kampung join tapi sekarang orang kampung dah senang so dah banyak korban.Dulu selalunya keluarga kami saja yang buat so ramai lah dapat merasa...

Oct 31, 2011

Mini Konvokesyen Tadika Kemas Seksyen 2(NIOSH)

Assalamualaikum..
Malam tadi ada mini konvokesyen Aina Widad.Dia cuma masuk satu acara je.Story telling....cerita frog sebab tu kena pakai baju frog.Berlatih bukan main sekali atas pentas baca je terus ....sabo jelah 

Tengah tunggu giliran....dia di tengah-tengah acara


Nyanyi lagu Negara Ku,Lagu Warisan ,Lagu 1 Malaysia dan Lagu KEMAS...

Hari ni tutup mesin ...tengah fikir nak jahit tudung tempahan...nak kena siap minggu ni juga...

Oct 29, 2011

Bunga saya warna ungu

Assalammualaikum...

Selamat pagi .Hari ni saya akan busy sampai ke malam.Hari ni ada jemputan lunch kat rumah adik saya dan malam ni widad ada konvo di Niosh.Emmmmm....penatnya.Ada tak anak-anak yang nak masuk darjah 1.Widad tahun depan dan 15.11.11 ni ada ujian saringan.Syukur juga widad dah boleh membaca.

Cerita pagi ni pasal bunga.Rumah saya berseri dengan bunga-bunga ungu ni.Warna lain tak ada pula bunga kecuali ungu ni je....


Cantik sangat dan akan tahan berbulan....

Ini pun sama rasanya dah 2x berbunga kot...

Ini paling rajin berbunga.Dari rumah lama sampai sekarang .memang berbaloi beli...

Disiapkan selama 2 hari.....tuan dia nak pakai hari ni ...sapa lagi last notice adik saya Ija

Menjadi tak....saya guna kain gam....

Ok semua ...jumpa lagi .....