Nov 8, 2013

Laksa ....

Assalamualaikum....

Last week lagi saya buat laksa. Saja teringin nak makan. Kalau beli ada je tak kena dengan selera. 
Pergi pasar nampak ikan mata besar or ikan apa yer. Lupa dah nama ikan yang betul. Mentua saya ajar kalau nak buat laksa kelantan guna ikan ni nanti kuahnya putih tak de lah hitam.
Saya beli sebab ingat nak bakar sekali nak makan laksa asam lah. Laksa asam rasanya sedap ikan kembung or ikan sardin lagi.  Kalau guna ikan mata besar kuahnya putih sikit. Saya buat laksa ni tak tumis. Semua rebus je. Ada yang pernah ajar tumis cili tapi tak naklah macam tu. Bila dah makan tu yang direbus lagi sihat kan. 
Ini laksa saya makan sebab tu tak ada ketam. Kalau anak anak saya memang cari ketam dulu. 


Ha inilah laksa saya. Masak je terus makan. Tak tunggu lagi. Patutnya kuah masak hari ini, esok baru makan. Baru sedap. Hihihi saya dari dulu memang suka makan makanan yang masak terus makan. Kalau dah simpan tu dah macam makan makanan semalam. Ngada kan. 
Specialnya laksa asam saya ni ialah ada ketam. Dulu dulu tak pandai pun letak ketam. Tapi bila mula makan laksa mak su saya dia ajar letak ketam sejak tu memang letak ketam. Dah lama juga la resepi laksa berketam ni. Sebab anak anak kalau buat laksa mesti cari ketam. Husband pun sama , ada ketam yer. Saya tak makan isi ketam. Tak lalu sebab isinya rasa manis sangat. Macam muak. Tapi kalau dimasuk kedalam kuah saya akan makan. Bukan ada alah apa pun cuma rasa macam tak boleh nak telan isinya. Ruginya ....ramai cakap macam tu. Hihihihi

Resepi saya 

Rebus ikan dengan asam keping dan garam. Perisi isi ikan dan asingkan tulang. Blend isi dan tulang beasingan. Tulang tu lepas blend kena tapis ambik airnya saja. Blend pula cili kering bawang merah dan bawang besar merah . Bawang lagi banyak lagi best. Manis rasa kuah.  Air rebusan ikan jangan buang, buat blend isi ikan or cili. Lepas tu masukkan semua bahan dalam periuk dan rebus. Masukkan bunga kantan, daun kesum , asam keping. Laksa asam memang sedap dengan asam keping. Rasakan cukup garam dan asam. Kena rebus lama sikit bagi asam keping betul betul masam baru sedap. Masukan juga ketam. Selalu saya masukkan 2-3 ekor. Kalau besar sekor je buat manis kuah. Potonglah 2 ke 4 ke. 
Laksa belilah yang kering ke basah ke tak kisah. Ulam ulaman nya timun , bawang merah , cili api or merah , limau nipis ,salad or selom or pucuk gajus. Tp susah nak dapat pucuk gajus. Masa kecik dulu memang ulam pucuk gajus. .....pehhhh memang terangkat. 

Cubalah yer laksa asam resepi saya ni. Mesti best. 

Nov 4, 2013

Maal Hijrah

Assalammualaikum.....


Selamat menyambut tahun baru 1435H..
Semoga menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Sekian terima kasih...

:-)....

Oct 29, 2013

Projek menghabiskan kain......

Assalammualaikum......

Lama juga saya tak post apa apa seni menjahit saya. Hehehe seni keras tangan. Bila dah jahit lupa pula nak snap. Bila dah lupa tu jawabnya terkubur macam je lah kan. 

Baru baru ni nak raya haji ada juga lah dapat tempahan , alter sikit sikit. Cukuplah ada lah juga sebab untuk belai belai mesin jahit. Rasa macam lega semua isi perut dalam perut. Heheheh gian tau bila lama tak pegang mesin jahit. 


Kat atas ni dress or jubah kot untuk Sofiya. Kain ni dah lama saya beli. Hampir setahun. Sepatutnya nak pakai masa raya haji tak sempat siap so sofiya pakai masa kenduri Ezani hari tu. Anak dara dah besar nak melawa juga,  mama nak pakai tudung apa ni ? Try tudung itu ini akhirnya pakai tudung gold saya. Ok ,cantik bila di padankan dengan baju yang sangat banyak warnanya. Kain ni fabric cotton from UAE. Saya beli kat jakel je. Sale , murah sangat or sangat murah. Heheheh .


Ini pula dress aka jubah untuk widad. Kain ni designer. Sepupu saya yang bagi hadiah , dibeli dari vietnam. Michael miller , heavy cotton. Lama juga dalam simpanan saya. Dulu saya ingat nak buat beg tapi sayang pula dan tak tahu nak buat pattern mana. Ada lagi satu warnanya marooon. Tunggu next projek. Tapi bila dah jadi dress widad sangat cantik dan bila dah dibasuh lembut pula kainnya. Widad pun suka pakai , dah 3 times widad pakai baju ni. Mama pula baru nak snap. Heheheh




Bila baca blog mila semalam dia nak habiskan scrap, saya pula bukan nak habis kan scrap tapi nak habiskan kain yang berkotak. - kotak. Adoiii letih. Kat atas ni saya buat seluar tidur untuk qaid dan affan. Lama juga kain pelikat ni saya beli. Hampir 3-4 tahun juga. Kain pelikat budak. Boys saya ni baju tidur semua dah kecil , baju affan sampai nak nampak pusat. Malas sangat nak pergi cari. Baju yang beli di Bandung dan lunyai sebab asyik pakai je. Ingat nak tunggu pergi Bandung lagi tapi bila terpandang kain kain ni baik buat je. T- shirt lama banyak dah masih elok. Boleh je pakai masa tidur. 



Kat atas ni pula pants untuk 2 princess saya yang dah besar tu. Seluar diaorang dah pendek sampai betis. Itu pun pakai juga. Ada yang dah lunyai. Suruh buang tak nak. So kain lycra saya yang berlambak lambak ( see....sampai guna ayat berlambak.....banyak la kononnya hahah) tu saya buatkan seluar. Demand pula nak macam palazo. Palazo lah sangat. Saya potong ikut setakat besar kain. Tak ada nak buang buang kain. Kalau ada pun memang sikit sangat. 
3 helai tu baru je disiapkan. Yang model pakai siap semalam. Ada lagi sehelai lycra jeans wafi dah pakai semalam. Kain hitam putih tu dah hampir 4-5 tahun. Masa tu saya baru tak pandai lagi buat tudung. Beli je kain nanti belajar. Hahahahah pandai sangat lah kan. 


2 helai ni untuk widad. Noen mesti ingat kain yang gambar snail tu. Saya dapat hadiah dari noen. Sehelai lagi saya buat seluar juga tapi dah lama siap. Lagi sehelai tu pun saya designer cotton. Saya beli di SS2 .  Lama juga terperap so bila tengok muat untuk widad so jadilah pants ni. 


Lagi seluar tidur untuk affan dan qaid. Kain yang asalnya nak buat seluar tidur husband. Susah nak cari kain cotton murah macam ni sekarang. Rasanya semeter rm 3.50 or rm 3.90. Ini pun saya dapat di Pekan Selasa di Batu Kurau. Apek tu pun dah tua. Dari saya kecik dia jual kain sampai saya dah beranak pinak ni dia still jual kain tapi ada anak anak dia lah bantu. Bila tengok beli je lepas tu buat pekasam tapi ok juga sebab bila rasa nak jahit kainnya memang ada tinggal potong dan jahit. 

Last week saya jahit langsir untuk bilik anak dara. Diaorang yang pilih kain ni. Hihihi qaid pula la nape bukan kat bilik qaid. Sorrylah qaid nanti kita cari. Kain dari ikea. Guna mesin besar sekejap je dah siap. Hihihi. 
Pants kat atas tu saya jahit guna 2 mesin. Janome tu saya isi benang hitam si jelita tu saya isi benang putih. Menyenangkan. Bila tunjuk gambar ni kat husband dia kata berbaloi juga beli mesin tu. Heheheheh bangga mak kejap. 

Husband belum balik. Sedih. Dalam hati tak ada bunga tak ada lagu happy. Hihihi lepas tu macam macam problem di rumah. Toilet bocorlah ......main hole melimpah .adoiii sedih. Harap- harap jangan lah diduga lagi lepas ni. Letih sungguh. Bila husband ada kita tak ambil kisah biarlah dia buat tapi bila dia tak ada semua atas bahu ni. Husband pun simpati. Nak hadiah gelang lagi ke. Hihihihi sebabnya hari tu kan kena tinggal hampir 3 bulan masa dia ke turkmenistan. Bulan puasa pun tak ada kat rumah. Dapatlah hadiah. Taklah mahal tapi suka sangat . Hadiah besday hadiah anniversary hadiah kena tinggal. Huhuhuh

Sampai sini dulu lah.  Kalau di layan hati yang kerinduan memang lagi panjang cerita. 
Dalam hati ada lagu ' penantian ' nyanyian febians. Hahahahah jiwang tak. 

Oct 23, 2013

Majlis sepanjang bulan Oktober ni

Assalammualaikum......

Sejak dari awal Oktober setiap minggu ada majlis yang saya kena attend .Awal minggu 5-6 Oktober ada majlis perkahwinan sepupu husband . Akad nikah dan kenduri sebelah perempuan .Saya wakil dari rombongan lelaki lah .Ada snap gambar tapi tak tahu mana lah hilang nya .

Minggu ke dua tu pula ada Majlis Konvo Qaid peringkat Dun Bangi . Majlis ni diadakan di Dewan Cempaka PKNS Bangi .Majlis ni khas untuk anak-anak 6 tahun sahaja .Husband tak pergi pagi tu sebab ada majlis gotong royong di surau baru .Saya pula masa naik pentas ambil sijil asyik sangat berborak dengan mak kawan Qaid tetiba je Qaid dah datang ke tempat saya .Ehhh dah naik pentas ehhh Kesian ...ingatkan lambat lagi ..hihihi

Lepas habis majlis tu esok lusa nya saya dah sibuk buat persiapan hari raya pula .Ada juga dapat gambar dari geng wassap Taman .Wassap kami ni aktif dan juga cepat .Ada info apa-apa wassap je .Sekitar majlis qurban di surau baru .Saya tak join tapi jenguk jenguk juga .Dan yang pasti saya juga dapat sup tulang dan gulai kawah .heheheh




Ini pula majlis anak kawan saya di Majlis Uniten .Kak Su kawan ajk Tadika Kemas .Nampak saya dah tua sebab yang kahwin semua anak kawan-kawan .Hahahha Dulu-dulu kita attend majlis kawan-kawan .Sekarang semua majlis anak kawan tak pun majlis adik sepupu atau anak saudara .Betul kan ?Bulan November ni ada lagi majlis di Masjid Uniten .Bulan December pun ada lagi majlis disini .Suka Dewan Uniten ni sebab luas dan sangat selesa.

Dan ini kira penutup majlis bulan Oktober .Majlis perkahwinan Dr Ezani . Tak sempat jumpa Ezani sebab ramai sangat .Kesian kat pengantin kan .Gambar ni anak anak snap .Comel sangat kan .Dr Ezani dah menikah awal Oktober resepsinya baru diadakan pada 19 oktober . Majlis diadakan di Bukit Mahkota club house . Tak boleh nak lepak lama sebab ramai sangat tetamu, kesian pula .Dan hari tu pula hujan renyai-renyai .Lepas menjamu selera kami terus balik .





Lepas majlis Dr Ezani ni ada satu lagi majlis nikah anak jiran saya .Heheheh majlis international sebab pengantin lelakinya dari Pakistan .Majlis kecil kecilan je .Tak sempat snap juga gambar sebab pengantin dah nak balik .heheheh

Saya kalau tiada aral melintang Insya Allah saya akan cuba attend majlis yang dijemput .Pernah juga 2-3 kali boleh terlupa .Dah pukul 3 baru ingat .Kalau dekat tak apa ini kadang jauh .Patut lah mentua saya bila musim kenduri mentua saya akan buat senarai dan tampat di notice board.Mentua saya kadang-kadang lebih dari 5 majlis satu hari .Lelah rasakan .

Sampai di sini dulu , jumpa lagi nanti .

p/s mana pergi si mila rimbun ni .Lama tak nampak .Yati dah muncul .Noen pun dah lama juga tak nampak .

Oct 20, 2013

Suasana hari raya qurban


السَّلاَÙ…ُعَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُاللهِÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡



Apa khabar semua? Sihat lepas raya ni . Saya alhamdulillah sihat. Hari tu janji nak tunjuk menu hari raya. Tak sempat nak snap gambo. Suruh anak anak ambil gambar entah apa apa diambilnya. Guna jelah yang mana ada. 

Suka sangat raya haji tahun ni. Sebabnya sambut di rumah sendiri dan pula surau betul betul kat belakang rumah. Memang teruja. Khutbah raya pun dengar kat rumah. Bila azan berkumandang rumah saya dah macam masjid. Bergema seluruh rumah. Ya Allah syukurnya. Tapi sayang tak dapat join masa raya hari tu.



Nak buat sambal kacang. Saya tak pandai sangat sambal kacang nasi impit ni. Kalau sambal kacang pecal or cucur udang yang itu pandai. Jangan kata sambal kacang tu sama tau. Lain cara membuatnya. Lepas tu husband datang tolong tampi semua kulitnya. Heheheh 
Tengok selagi boleh kerah tenaga kerah je lah. Hihihi kejam betul mama ni kan. 



Ini bahagian wafi dan sofiya. Itu pun jenuhlah dok jerit. Dia buat sikit , pergi tengok tv lah main ipad lah. Geram jekan. 



Ini pula persiapan buat rendang pedas ayam kampung. Dah lama tak makan rendang ni. Dulu masa beraya dengan mak inilah menunya. Sejak mak dah tak ada makan rendang mentua je. Tak sempat ambil gambar rendang ayam. 


Sebab husband kena offshore pagi raya tu so dia belanja lah khemah ni. Perasaan bersalah. Heheheheh lembu dikorbankan betul betul belakang rumah saya. Kawasan lapang belakang rumah saya tu husband bersihkan lagi so boleh sembelih disini . Qaid Affan widad wafi sofiya semua tengok. Saya pun tengok juga tapi dari jauh jelah sebab penuh kaum adam keliling lembu tu. Bila kita tengok lembu disembelih ni jiwa jadi kental. Tak ada perasaan takut . So anak anak saya semua saya ajar tengok binatang disembelih. 


Affan kata dia orang nyanyi lagu lembu. Hahahahah takbir raya sebenarnya. Ma tok lagilah tak habis habis ketawa bila cucu kata lagu lembu. 


Surau sempat disipakan. Dekat sangat kan. 


Inilah budak budak disuruh ambil gambar tapi sibuk dok posing berdua. 


Salah satu menu yang sempat di snap. Pulut lepa dari terengganu. Kalau disini pulut panggang. Pulut lepa isinya serunding ikan. Mentua saya frozen kan dulu. So bila nak makan saya just panaskan dalam magic pan. Memang sedap. Lepas ada ketupat, nasi kerabu hitam ( nasi biru sebenarnya ) lontong , rendang ayam , rendang daging , tapai pulut. Tengahhari saya tambah nasi putih dengan gulai lemak ikan talang dan daging qurban goreng kunyit. Alhamdulillah. 

Ok jumpa lagi. Ada lagi story. Tunggu esok lusa lah yer. 

Oct 13, 2013

Selamat hari raya aidil adha

Assalammualaikum.....

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha. Saya beraya di rumah sendiri tahun ini. Qurban pun akan diadakan di surau baru taman saya. Belakang rumah je. Solat raya pun diadakan disurau baru juga. Tapi sayang tak boleh join lah pula. 

Aidil adha tahun ni meriah sebab mentua pun raya disini. Dah semua anak anak tak balik so dia orang datang ke sini. Petang tadi dah sampai 4 kotak hasil titipan. Esok takut tak muat kereta nak bawa. Heheheeh jadinya hari ni dah dihantar melalui bas. Pengsan you bila i tengok. Hahahah . 2 kotak polisterin dan 2 kotak biasa. Polisterin tu ada pulut lepa dan rendang. Sekotak lagi ada ketupat dan ikan.  Adoiiii penuh freezer saya. Dah la freezer ada ikan bilis tapi tak apa bisa diatur. Rezeki. 

Malam ni ambik kesempatan tulis post sebab esok dah sibuk nak memasak dan nak ke airport jemput mentua. Tapi dalam meriah tu sedih juga. En husband baru balik Khamis lepas dah nak kena pergi offshore lagi pada hari raya pertama. Flight pukul 9 so kena turun lepas subuh. Sedih la pula. Punya excited ma dan abah nak datang last last tak boleh beraya. 



Rumah dah disusun cantik hihihii( cantik la sangat kan .....) bukan cantik tapi dah ditolak ketepi sebab nanti ramai yang nak beraya kesini . Affan tertidur depan tv sebab penat sangat siang tadi. 



Semua dah ditolak ketepi dan dah hamparkan tikar ni. Sorry lah rumah saya belum cukup permaidani nak tutup seluruh rumah. Beli sikit sikit. 



Buat ni petang tadi masa bibik datang cuci rumah. Buat siap sipa sebab esok sibuk nak masak rendang dan ketupat. Itu je nak buat pun hehehe . Kuah kacang kot. Then nak masak dinner for mentua sebab esok sunat berpuasa kan. 

Sampai disini dulu. Nanti raya insya Allah saya update apa menu saya di pagi raya. Semua mil punya planning. Saya biasalah lontong je.....qurban pun buat dibelakang rumah je. Husband dah sewa khemah maybe boleh la hulur juadah raya kepada petugas surau so persediaan memang kena kemas kemas. Hehehe tak tahu nak guna ayat apa. 
Ok akhir kata Selamat hari raya Aidil Adha .



Oct 5, 2013

My new member .....si jelita gold edition

Assalamualaikum....

Sebelum puasa dulu saya ada beli jahit industri ketika jualan murah LSN. Semasa beli tu tempoh penghantaran dalam masa 2 minggu. 
Saya menunggu dengan sabar. Lepas 3 minggu baru saya call. LSN janji 2 minggu saya tambah lagi seminggu. Adoiii sedih saya tau ....bila dah call 2-3 kali barulah sampai mesin saya ni. Bila masa sampai pula dekat sangat dengan waktu berbuka. Kelam kabut dibuatnya. Dia nak ajar cara guna pun saya dah tak dengar. Nak masak lagi. Saya kata tinggal buku nanti saya study. Hehehe janome tu sampai laaaa dok rujuk buku lagi. 

Lepas 2-3 hari kot baru saya cuba- cuba guna si cantik jelita ni. Mula mula cuba di perca ,jahit lurus je. Berat lah mesin ni dalam hati saya . Nyesal beli.  Hihihi lepas dah cuba tu ok macam yakin je nak jahit baju kurung. Sekali bila jahit .........

Eh.....mana button reverse ni

Takkan tak ada pula. Mesin punya la besar takkan tak ada butang reverse. 

Akhirnya tengok buku....kat buku ada mesin tak ada.  

Aikkkk tak ada. 
La.... Depa ni tak pasang ke .
Ke mesin ni memang tak ada butang reverse. 

Kena call lagi. Call lah saya ni. Nasib baik dapat kat ros staff yang uruskan penghantaran dulu. 
 
Ros , awat mesin akak ni tak ada  butang reverse ke memang tak ada. 
Ada lah kak warna putih dekat badan tu. 
Mana ada ?mesin ni ada ke butang reverse ( kot la macam mesin hitam singer dulu ) .
Ehhh ada la kalau tak macammana nak mati jahitan. 
Eh yela. Dah tu awat depa tak pasang. 
Ha.....tak pasang? Bagi no resit kak ....

Adoiii dah nak kena cari resit pula. Nasib baik resit landing baik atas mesin. Hihihi 
Dah selesai ,saya cakap dengan ros datang lepas raya. Akak dah nak balik ni. Saya siap bagi tarikh lagi. Datang lepas tarikh tersebut. 

Balik dari raya saya tunggu lagi. Lama juga la. Rasanya saya call dekat 31 ogos. Tak ingat dah. 
Saya call nak cakap dengan ros. 

Ros tak ada ,cuti. 
Ok, saya nak tanya resit no ( nasib tak hilang , dah balik raya lama dah tak ingat mana simpan resit). 
Saya call semula.
Alah takkan tak tahu. Saya cuma nak suruh technichian datang pasang reverse butang tu je. 
Dah cek skru kat bawah mesin. 
Skru apa pula? Hari tu diaorang hantar lupa nak pasang reverse button tu je. 
Itu kena tunggu ros lah. Dia cuti hari ni. Ros ni selalu buat kerja macam ni. 
La....tak apalah. Saya call ros lah. ......geram betul kan. 

Esoknya saya call Lns. Dapat cakap dengan ros.

Ros , kak suzi ni . Ingat tak butang reverse mesin akak hari tu. Kenapa tak datang lagi?
Eh.....dah pasang lah akak. Saya dah keluar work order suruh pasang. Dah siap pun. 
Mana ada ros. Kalau tak takkan akak nak call pula. 
La...akak, budak budak ni kata dah pasang. Siap tutup lagi work order. Tak apa lah nanti ros buat work order baru. 
Itulah ceritanya. Seminggu lepas tu barulah datang pasang reverse button tu. Masa tu lah saya tanya kenapa berat ekkk mesin ni. Barulah dapat belajar. Dia pula datang adjust sana sini. Mata jahitan ,pedal, untuk matikan jahitan  dan macam macam benda jugalah dia betulkan.  Baru macam sedap nak jahit. Dan selepas dah settle tu saya tak guna langsung mesin tu. Lama juga la terbiar je. Baru la minggu lepas hari Khamis saya mula menjahit. 
Jahit kain perca panjang gitu. Dah yakin baru jahit sarung bantal. 2 biji. Lepas tu jahit kain batik 2 helai. Lepas memang yakin sikit barulah menjahit baju widad. Jubah je. 
Panjang betul kan kisah saya dengan LSN.




Inilah si jelita saya. Gold edition lagi. Rm800. Ok tak. Mana nak dapat kan. Jahitannya memang cantik. 


Inilah projek pertama dengan si jelita tu. Sarung bantal , kain batik dan hijau tu jubah widad. Tinggal nak cantum lengan je. Ini tak berapa yakin. Kadang kadang saya tekan terlaju sangat. Kadang kadang elok je. Kena banyak praktis lagi . 


Sempat juga menyelit skirt ni. Skirt ni dah berusia 15 tanun kot. Saya pakai semasa prengnant.
Sekarang dah umur macam ni tak nak lagi pakai gambar di bawah. So saya potong jadi skirt. 


Asal skirt tu. Sorrylah terseksi sekejap. Hihihi . Anak anak dah tanya tak ada lagi ke mama. Mana lah nak ada lagi. Hihihih


Saya dah dapat bilik jahit baru. Dah lama juga pindah sini. Tapi tak berkemas pun. Sebenarnya berkemas tapi masa raya hari tu asyik menjahit je. Dah bersepah sepah. Dah janji dengan anak anak nak kemas lepas exam. Sebab rak tu nK dijadikan rak buku. Kami nak bina mini kutub khanah. Ikut nasihat Dr Farid Shahran. Bila bina mini kutub khanah ni kita asingkan dan labelkan kategori buku. Nampak menarikkan. So kami nak buat. Kalau dah jadi nanti boleh lah dikongsi di blog saya ni. 


Bersepahnya kan. Sabar sabar. Lepas ni projek mengemas akan berlangsung. 


Dari bilik jahit saya ni boleh nampak kebun saya. Kemudian surau yang sedang dalam pembinaan. Harap dapatlah guna masa hari raya korban nanti. 

Sampai disini dulu nukilan saya. Jangan jemu membaca yer. Heheheh terpanjang pula kan. 
Ketemu lagi nanti.  

Sep 22, 2013

Salam Isnin kawan kawan


Assalamualaikum....

Lama betul tak update blog ni. Masa bulan raya hari tu sibuk pergi open house lepas tu sibuk wafi nak periksa. Habis je exam husband terus terbang ke Vietnam. Tinggal lah dengan anak-anak. Elok je husband pergi saya pula demam. Demam sakit urat. Sejak puasa rasanya memang saya tak keluar shop mall. Kalau pergi pergi setakat Alamanda , Warta bangi ,Pkns bangi. Itupun untuk beli keperluan asas je. Nak keluar pergi jauh jauh memang malas. 
So Hari Malaysia baru ni keluarlah juga. Bawa wafi pergi jalan-jalan ke MidValley. Keluar pun dah lewat petang. So sekejap je tak sempat nak mengadap kedai buku, dan tak sempat pun nak masuk Kamdar. Kamdar di Mv ni best sikit. Macam latest latest design gitu. Sempat pergi makan makan dan cari toys untuk anak-anak. Beli play doh untuk widad dan beli lego untuk qaid. Bila ada toys ni tak lah mengadap je ipad. Kalau x ipad je. Geram betul. 
Dapat pusing MV dalam 4 jam macam rasa semangat pun ada. Kira macam senaman pusing pusing dalam tu. Hihihi yelah kami berjalan cari ice cream cari toys cari kasut sebab Effa nak cari kasut. Kadang- kadang masuk butik sampai 2x. Survey la konon. Saya tak beli apa pun. Semua untuk anak anak. 
Beli play doh ni semua orang boleh main.

Nak cerita lagi Sabtu baru ni wafi n sofiya ikut kakak kakak sepupu dia ke Pavilion. Saya memang tak pernah sampai sana dan tak teringin pun. Saya tak suka pergi dan tempat makan susah nak cari. Ramai yang dah pergi semua kata makan tak best so tak teringin lah. Kalau ada yang bagi tahu kat situ makan itu ini best I'll go. Hehehe ingat makan je kan. 
Saya tak join tapi bawa yang kecil kecil ni pergi Alamanda makan makan. Ahad saya cakap dengan anak anak mama nak keluar dengan auntie ya. Hehehe malam tu tak tahu nak kemana lagi. So pagi Ahad baru tahu nak kemana. Bangun pagi-pagi masak nasi lemak pandan. Tak ingat resepi dari mana tapi ok sedap. Warna pun cantik. Hijau gitu. Masak banyak untuk makan sehari tu. Effa pun cuti. 
Pick up Dahlia di HUKM then pergi Jln TAR. Shopping tudung. Hahahahah 2 jam kami kat situ. Parking pun banyak dan tak jamed. Pukul 12 kami terbang ke MV. Hahahah Dahlia belanja saya lunch kat Delicious. Tapi serius saya bukan orang yang boleh makan banyak- banyak. I just order. Sandwich. Heheheheh tapi saya akan order jus yang sedap. Saya order pineapple jus. Tapi bagi saya pineapple jus di PapaRich Bangi lagi best. Tapi habis juga. Sorry saya juga bukan rajin nak snap2 gambo. Hahahahahteruk betul blogger ni. 
Solat di MV jalan- jalan dari MV sampai ke Garden. Masuk butik ke butik last2 saya just beli hanger kat Metro. Hahahah dahlia memang shopping. Lepas tu belikan kereta fast lane untuk qaid n affan. 
 Tudung anak2 beli 10 pcs. Beli satu rm 20 beli sepuluh rm 15. Untung sebab ada 3 anak dara. 

Dan ini velvet hanger. Beli kat Metrojaya. Sebelum ni dah pernah beli. Satu set to rm20 kalau beli 3 rm50. hanger untuk wardrobe je. Kalau guna plastik tu nanti dekat penyidai tak ada hanger sebab semua dah masuk wardrobe. So beli guna hanger ni kita dah boleh asing- asingkan. 
Dah la cerita. Nanti sambung lagi. Aidiladha ni saya raya kat rumah dan kena masak bagai sebab MIL akan raya di sini. 
Dan start early Oktober setiap minggu ada wedding. Full timetable so tak boleh lah nak jalan jalan lagii
Ok jumpa lagi yer......

P/s tq dr dahlia belanja .....hihihi