Jul 20, 2014

Dress labuh untuk widad

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dah dapat handphone baru. Boleh update blog dari handphone je. Iphone lama dah nazak benar. iphone 3 nak update application pun tak boleh sebab system lama. Tp penganti ni bukan iphone pun. Janji ok.

Nak cerita dress widad. Baju raya. Dulu masa diaorang kecil beli je gown tapi bila dah besar susah nak cari baju yang tutup aurat. So kena jahit lah. Jubah anak anak ada juga tapi anak anak saya kurang minat sebab macam jubah orang dewasa.

Warna biru , kain suami saya beli masa outstation ke vietnam....
Seorang sehelai. Sebut pasal hadiah dari suami ni , ustaz kuliah agama saya disurau bagi tahu. Kalau outstation belikan hadiah untuk anak anak dan isteri. Hadiah mesti diserahkan dulu kepada anak perempuan dan isteri. Supaya nanti anak anak perempuan akan ingat the best man is ayah. Lepas tu baru serahkan kepada anak lelaki.Itulah katanya.

Panjang dah ni......sampai disini dulu.
Kita sudah didalam fasa 10malam terakhir, kejarlah lailatul qadar. Selamat beramal dibulan penuh baraqah ini .

Jul 17, 2014

Alfatihah

Al fatihah MH 17 dr Amsterdam ke Kuala Lumpur.....
Semoga roh roh saudara seislam kita ditempatkan di kalangan orang orang beriman.
Sebak ,sedih disaat terima berita ini.

Jul 8, 2014

Dress ala ala jubah

Assalammualaikum....

Sebenarnya cerita ni patut keluar sebelum puasa tapi apa nak buat tuan tanah busymemanjang.
Lagi pula gambar dalam hp bukan dalam ipad so susah sikit nak ambik gambar .Bukan susah pun cumanya nak kena menghadap pc...malasnya .Dah la slow pc ni .Laptop pula keypad problem...
Masa cuti sekolah bulan 6 baru ni saya jahitkan dress ala ala jubah untuk anak anak sepupu husband.Baju flower girl kononnya.Kain lycra polka dot warna warni dan lycra plain gold.Dalam 7-8 pcs juga kot.Adoii siksa nak jahit baju budak kenit kebit ni .Dah tu main agak agak je .Kalau anak anak saya bila jahit acukan dulu ok ke tak .Ini x boleh nak acu acu ,cuma ikut ukuran je.baju budak budak ni susah sikit nak ikut ukuran.kalau ada tuannya lagi senang.Maybe kena jahit banyak banyak kali kot baru terror .hehehe

Tapi alhamdulillah siap juga dan bila dah digayakan cantik semua nya girl girl ni .
Sampai disini dulu cerita di bulan Ramadan ini .
Walaupun dan malam ke12 malam ni rasanya tak lambat saya nak ucapkan Ramadan Kareem.
Saya belum tinggal lagi berterawih di surau.Alhamdulillah ...anak anak dah besar boleh tinggal sekejap lagi pun surau cuma 20-30m je dari rumah .
Ok jumpa lagi sayang semua .....





Ass

Jun 16, 2014

Aina Sofiya .........

Assalammualaikum....

Lamanya tak update blog. Dah bersawang sawang blog. 

Cuti pertengahan tahun baru lama betul kan. Tapi kami tak kemana pun. Sofiya ada klinik UPSR , lepas tu ada latihan Coral Speaking . Nak masuk bertanding hari Rabu ini di peringkat negeri. 

Keratan akhbar ni .....saja nak buat kenangan . Pertandingan peringkat daerah ni dah lama ,baru hari ni masuk BH Didik. Alhamdulillah .....tak sangka menang. Saya pun macam tak percaya sebab ini penyertaan kedua geng corak speaking sofiya. Tetiba menang. Tiba-tiba pula ......layak menang sebab berlatih bersungguh. Cikgu pun berkorban juga. Hihihi dengan nak exam lagi dengan latihan lagi .....sian pula .


Sofiya 2 dari kiri. Pakai cermin mata bingkai tebal sikit tu. ....hihihihi 

Semoga berjaya yer anak anak semua peringkat Negeri. Boleh pergi peringkat kebangsaan pula .....Insya Allah ...

May 12, 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014 .......

Anak buah saya join sekali bersempit sempit dalam bilik

Assalammualaikum.....

Pesta buku 2014 dah pun berakhir ,saya pula baru nak buat entry .Bukan apa bila nak masukkan gambar ada je masalah so tinggal dulu.Jadinya lambat la nak buat entry pesta buku .

Saya perasan ada pesta buku bila ada iklan di radio ikim.Ingat pesta buku bulan April tapi tak tahu tarikh.Relax relax je tak pun google ke tengok paper ke .Bila dapat tahu je rupanya minggu depan je .So cakap dengan husband jom check inn hotel.Bila bab anak anak ni husband ok je.
Hari Sabtu kami ada wedding di Kelana Jaya.L epas habis kenduri terus ke PWTC, hujan lebat jalan pun jammed .On the way ke PWTC tu nampak banyak polis.Kenapa la pula banyak Polis ni .
Sampai hotel on tv rupanya Obama sampai petang tu .Patut pun ..heheh .Lepas solat asar kami turun PWTC ,check in pun lambat .Saya ronda dengan anak anak hampir hampir waktu maghrib.Pesta pula tutup pukul 9 mlm.
Esok lepas breakfast kami sambung lagi sampai pukul 12.Itu pun dah rasa nak tercabut kaki .heheheh dan tak semua tempat kami jelajah .Agaknya kena datang pagi pagi kot dan 2 hari berturut turut.




Widad beli komik atan dan penulisnya Ben Wong .





Itu antara buku yang saya borong .Anak anak lah banyak membeli .Saya beli 3 buah je kot .Tapi tebal tebal.Jumpa Ramlee Awang Murshid , penulis novel saya dan husband memang peminat dia tapi kami baru beli novel terbaru beliau di MPH so segan la nak bergambar.Rugi kan .Dan saya sudah tersangkut dengan penulisan Roza Roslan isteri kepada Proff Kamil Ibrahim .So belilah buku buku beliau .Dan katam dah sebuah buku .

Jumpa juga dengan Ustaz Zulkifli Mohd Al Bakri .Ramai peminat beliau .Saya tak beli pula buku tapi sabtu depan nya saya start baca kitab tulisan beliau .Tak tahu la pula ustazah saya guna buku beliau kalau tak boleh borong .
Sampai disini dulu ....rasanya next year kalau nak pergi pesta buku boleh kot check in hotel lagi .opppp lupa nak cakap saya check in hotel seri pacific.Book melalui Agoda .murah sikit .....

Ok .....jumpa lagi .Assalammualaikum....

May 6, 2014

Majlis ruzila dah syahmi .....anak buah saya.

Assalammualaikum....
Alhamdulillah , berkesempatan juga la upload gambar perkahwin raja sehari ni. Ruzila anak saudara saya. Anak kedua kakak saya yang sulung. Walau hari minggu balik juga kami sefamili ke Alor Star. Habis sahaja walimah nya balik Semula ke KL sebab husband nak terbang ke Myanmmar. Penat nya jangan cakap lah tapi ukhwah terbina gembira tak terkata. 


Anak buah saya. Sebab tu suka sangat anak anak saya balik Sebelah Perak sebab ramai kawan kawan.


Ini pengantinnya dengan kakaknya. Anak saudara sulung saya. 

Hmmm banyak betul gambar anak anak ni. Gambar saya ada la tengah berehat atas tangga . Nak tunjuk pun malu. Hihihi


Adik perempuan saya dan kakak no4 saya 


Tengok ....ini geng boys. Geng qaid dan affan. Sebaya je kan. 


Pengantin dah sampai .....kompang pun dipalu 


Chef untuk pengantin. Anak buah saya juga .dulu tugas ,sekarang dah malas 



Pengantin......


Group dapur.....abang abang ,adik adik n anak anak buah lelaki. Abang ipar n adik ipar pun ada. 


Emak pengantin....kakak sulung saya 


Abang ipar saya .....bapa pengantin 


Petang tu juga potong kek sebab ramai nak balik. 


Tunggu habuan .....heheheh

Ukhwah yang mengembirakan. Walau penat letih mengantuk tapi tetap mengembirakan. Balik KL pinggang saya cramp sebulan. Gara gara memotong bawang dan siang tauge. Hahahah 
Sampai disini dulu. Jumpa lagi nanti. 

May 1, 2014

Majlis faiz dan suri....anak buah saya

Assalammualaikum.......

Bazle Faiz anak sulung kakak saya . Kakak saya pula kakak no 2 saya. Saya ada 4 orang kakak. Majlis ni pada 1hb februari. Di sungai isap kuantan. Time CNY.. Ramai ramai turun dari Perak dan Alor Star berkumpul di KL dan kemudian ke Pahang. Musim ni cuaca sejuk sangat di Kuantan. Nak pijak lantai pun ngeri. Memang sejuk. 
Di Kuantan kami ambil 2 homestay di Indera Mahkota 15. Riuh rendah famili kami. Sebuah untuk anak anak sebuah untuk mak ayah. Hihihi makanan di sebelah mak ayah lah




Selesai sudah upacara akad nikah.



Kakak no 2 saya. Emak pengantin. 


Bercermin mata ....abang ipar saya. Bapa pengantin. 


Tengok .....diaorang yang suka sangat. 

Sempat posing .....tunggu pengantin siap nak berarak ke Kelab Golf Kuantan. 


Rombongan raja lah katakan .......dapat parking depan dewan. Hihihiji


Wafi ....jadi flower girl jap .....



Kami kena naik tepung tawar. Nampak sangat dah tua kan. .....huhuhu


Tengok ....geng duduk semeja 


My big famili. Ada yang x naik dan ada yang tak ikut. 

Lepas seminggu majlis Faiz ni kami bergerak ke Alor Star pula. Majlis anak buah saya juga . Anak buah perempuan. Nanti lepas ni saya buat n3 lain.
Kemudian masa cuti sekolah bulan Mac kami ke Alor star lagi. Sebab majlis menyambut menantu.
Buat majlis di rumah saja.



Tak ada pelamin cuma meja santapan yang dihias cantik. 


Antara menu untuk pengantin. 


Saya ....tudung biru .....jadi orang dapur. So tak payah lawa lawa just baju kurung cotton sebab cuaca panas sangat. 


Alamak ....lupa nak rotate. Sorryyyy....photo booth kami. 


Didapur pun kami ....penyambut pengantin pun kami. 


Nasib tak kena layan meja ni. Sebabnya kawan saya yang 20 tahun tak berjumpa datang bertandang. Hmmmmm best betul. 

Esok lepas walimah terus balik ke Besut. Penat letih tapi bila berjumpa dan berkumpul hilang segala penat tu. 
Sampai disini dulu. Jumpa di next entry.