Sep 25, 2016

Masak- masak

Assalammualaikum...

Dah lama masuk gambar ni then simpan dalam list . Hari ni buka laptop barulah nak menaip cerita .
Dalam bulan september ni dah 3x saya buat pau.Last semalam buat sekilo tepung.Dapat lah makan 4biji .Pagi tadi bawa kesurau , buat jamuan sikit dan minta geng surau bacakan doa untuk anak-anak saya yang nak exam .Dimurahkan rezeki kami sekeluarga ...amiin 

Ni pau kelapa yang saya kira sangat menjadi .Anak-anak saya makan memang tak sempat pun nak frozen kan.Buat petang , pagi esok husband bawa bekal , anak-anak pun bawa bekal.

Pau ni first day saya buat , pau kaya .Besaq-besaq...so esoknya pau kelapa saya kecilkan sedikit dohnya.Ini pun anak-anak bawa bekal tak sempat di frozenkan.

Lepas raya saya dapat tempahan , mula-mula mee kari ni order kali kedua nasi putih dan lauk-pauk.Kira budget juga lah...saya cuma masakkan kari ayam , sambal udang petai dan kacang panjang dengan hati ayam.Saya tambah sambal belacan dan ulam tenggek burung.Petik je belakang rumah...Alhamdullillah rezeki .Best juga , kena bangun pagi-pagi siapkan makanan.Tapi tak sempat lah join exercise pagi .Tapi hari lain boleh pergi . 




Ini jemput-jemput durian mentua saya punya version.Isi durian yang dah dibuang biji , dihancurkan kemudian dicelup kedalam adunan tepung then goreng .Yummy ..memang sedap .Saya memang ada banyak stok durian dalam freezer, rasa nak makan bila-bila je boleh makan .Anak-anak pula makan laju jer, kita berpeluh-peluh didapur menggoreng tapi mangkuk tak penuh-penuh heheheh

Sampai jumpa lagi ....kena cek handphone dan belek gambar-gambar yang boleh dibuat cerita ..
Assalammualaikum

5 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah murah rezeki kak Suzie.

    ReplyDelete
  2. akak.. sedapnya pau... aritu tetiba teringin nak belajar.. tapi aritu je la. hahaha..
    akka amik tempahan makanan ke? boleh la open order kak.. :)

    ReplyDelete
  3. emmm.. biasanya saya lenyek durian kalau nak goring, dah mcm cekodok. Next time boleh try camni ler plak..tq suzie

    ReplyDelete