Lama juga saya tak post apa apa seni menjahit saya. Hehehe seni keras tangan. Bila dah jahit lupa pula nak snap. Bila dah lupa tu jawabnya terkubur macam je lah kan.
Baru baru ni nak raya haji ada juga lah dapat tempahan , alter sikit sikit. Cukuplah ada lah juga sebab untuk belai belai mesin jahit. Rasa macam lega semua isi perut dalam perut. Heheheh gian tau bila lama tak pegang mesin jahit.
Kat atas ni dress or jubah kot untuk Sofiya. Kain ni dah lama saya beli. Hampir setahun. Sepatutnya nak pakai masa raya haji tak sempat siap so sofiya pakai masa kenduri Ezani hari tu. Anak dara dah besar nak melawa juga, mama nak pakai tudung apa ni ? Try tudung itu ini akhirnya pakai tudung gold saya. Ok ,cantik bila di padankan dengan baju yang sangat banyak warnanya. Kain ni fabric cotton from UAE. Saya beli kat jakel je. Sale , murah sangat or sangat murah. Heheheh .
Ini pula dress aka jubah untuk widad. Kain ni designer. Sepupu saya yang bagi hadiah , dibeli dari vietnam. Michael miller , heavy cotton. Lama juga dalam simpanan saya. Dulu saya ingat nak buat beg tapi sayang pula dan tak tahu nak buat pattern mana. Ada lagi satu warnanya marooon. Tunggu next projek. Tapi bila dah jadi dress widad sangat cantik dan bila dah dibasuh lembut pula kainnya. Widad pun suka pakai , dah 3 times widad pakai baju ni. Mama pula baru nak snap. Heheheh
Bila baca blog mila semalam dia nak habiskan scrap, saya pula bukan nak habis kan scrap tapi nak habiskan kain yang berkotak. - kotak. Adoiii letih. Kat atas ni saya buat seluar tidur untuk qaid dan affan. Lama juga kain pelikat ni saya beli. Hampir 3-4 tahun juga. Kain pelikat budak. Boys saya ni baju tidur semua dah kecil , baju affan sampai nak nampak pusat. Malas sangat nak pergi cari. Baju yang beli di Bandung dan lunyai sebab asyik pakai je. Ingat nak tunggu pergi Bandung lagi tapi bila terpandang kain kain ni baik buat je. T- shirt lama banyak dah masih elok. Boleh je pakai masa tidur.
Kat atas ni pula pants untuk 2 princess saya yang dah besar tu. Seluar diaorang dah pendek sampai betis. Itu pun pakai juga. Ada yang dah lunyai. Suruh buang tak nak. So kain lycra saya yang berlambak lambak ( see....sampai guna ayat berlambak.....banyak la kononnya hahah) tu saya buatkan seluar. Demand pula nak macam palazo. Palazo lah sangat. Saya potong ikut setakat besar kain. Tak ada nak buang buang kain. Kalau ada pun memang sikit sangat.
3 helai tu baru je disiapkan. Yang model pakai siap semalam. Ada lagi sehelai lycra jeans wafi dah pakai semalam. Kain hitam putih tu dah hampir 4-5 tahun. Masa tu saya baru tak pandai lagi buat tudung. Beli je kain nanti belajar. Hahahahah pandai sangat lah kan.
2 helai ni untuk widad. Noen mesti ingat kain yang gambar snail tu. Saya dapat hadiah dari noen. Sehelai lagi saya buat seluar juga tapi dah lama siap. Lagi sehelai tu pun saya designer cotton. Saya beli di SS2 . Lama juga terperap so bila tengok muat untuk widad so jadilah pants ni.
Lagi seluar tidur untuk affan dan qaid. Kain yang asalnya nak buat seluar tidur husband. Susah nak cari kain cotton murah macam ni sekarang. Rasanya semeter rm 3.50 or rm 3.90. Ini pun saya dapat di Pekan Selasa di Batu Kurau. Apek tu pun dah tua. Dari saya kecik dia jual kain sampai saya dah beranak pinak ni dia still jual kain tapi ada anak anak dia lah bantu. Bila tengok beli je lepas tu buat pekasam tapi ok juga sebab bila rasa nak jahit kainnya memang ada tinggal potong dan jahit.
Last week saya jahit langsir untuk bilik anak dara. Diaorang yang pilih kain ni. Hihihi qaid pula la nape bukan kat bilik qaid. Sorrylah qaid nanti kita cari. Kain dari ikea. Guna mesin besar sekejap je dah siap. Hihihi.
Pants kat atas tu saya jahit guna 2 mesin. Janome tu saya isi benang hitam si jelita tu saya isi benang putih. Menyenangkan. Bila tunjuk gambar ni kat husband dia kata berbaloi juga beli mesin tu. Heheheheh bangga mak kejap.
Husband belum balik. Sedih. Dalam hati tak ada bunga tak ada lagu happy. Hihihi lepas tu macam macam problem di rumah. Toilet bocorlah ......main hole melimpah .adoiii sedih. Harap- harap jangan lah diduga lagi lepas ni. Letih sungguh. Bila husband ada kita tak ambil kisah biarlah dia buat tapi bila dia tak ada semua atas bahu ni. Husband pun simpati. Nak hadiah gelang lagi ke. Hihihihi sebabnya hari tu kan kena tinggal hampir 3 bulan masa dia ke turkmenistan. Bulan puasa pun tak ada kat rumah. Dapatlah hadiah. Taklah mahal tapi suka sangat . Hadiah besday hadiah anniversary hadiah kena tinggal. Huhuhuh
Sampai sini dulu lah. Kalau di layan hati yang kerinduan memang lagi panjang cerita.
Dalam hati ada lagu ' penantian ' nyanyian febians. Hahahahah jiwang tak.
Lawanya jubah tuk widad tu.. pastu berkenan ng sluar tido tu. Boleh mik idea akak ni. ^^
ReplyDeleteSabar kak menanti! Tuhan nak uji supaya akak jadi lebih berdikari tuuu..Selain dari tambah rasa sabar..*Nanti adalah beg tangan/gelang emas ke menyusul* hiihii
Tq mel. Seluar tido tu lpas basuh lembut sangat.
DeleteSabo lah ni. Jarang nak dapat hadiah. Selalu untuk anak anak je. Hihihi x kisah pun.
Hi Suzie, wow! You're very creative and artistic too. I am impressed! Outstanding!
ReplyDeleteNot many wives or mothers boleh sew. And you have very good imagination with your mix match colours....ni la chakap designer brand. You ada put an 'S' anywhere? Ha ha. Macham 'YSL' or 'CH'.
Nasib baik sebelum kawai I da interview dapat isteri pandai masak pandai sew....she sews all my jammies. Or jeans koyak ke...
Otherwise lecheh kawain dua isteri, satu masak, satu sew, ha ha ha.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Uncle lee tq...... Bukan kreatif sangat pun. Potong2 kain jadi. Hahahahah i memang keturunan boleh menjahit. Bagus kan. Heheheh
DeleteTak ada brand pun uncle lee.
Hahahah bertuah uncle lee dapat wife u. I bertuah juga husband i. Heheheh
Sekali jahit amik ko.. banyak tu kak Suzie.
ReplyDeleteSeluar tidor best pakai besor-besor.. nampak selesanya.
Oh no.. tumpang simpati, kak Suzie. Bertahan la kak, nanti husband bawak balik present besor! :D
Yati ...gian menjahit. Betul seluar tido tu lpas basuh lagi lembut.
DeleteHusband akak mmg bawa hadiah beso yati. Hadiah luggage bag. Dah 5 biji dia beli tapi semua untuk anak anak je
alahai kak.. kita paham la sesangat bab kena tinggal tu.. bertabahlah kak.. :D part dapat hadiah tu mmg syok.. hihihi.. sejuk sikit hati kan.. ;)
ReplyDeletewaaa... banyak betul projek.. ni betul lepas gian ni.. lepas menjahit mesti hati berbunga-bunga je kan.. biarlah keje rumah bertingkat-tingkat tak abis pun tapi gumbira je rasa kan..kan..kan... aii understand sangat2! hihi.. (saya memang laaaamaaa betul x pegang mesin saya... uwaaaaaa)
Zila , akak kan dari kahwin memang kena tinggal je tau. Bila kena tinggal ada je masalah tu yang boleh hilang sabo.
DeleteSian .....sabo pantang dulu. Kak z dulu pantang 100 hari tau. Hehehehhe
wahhh kalerpul betul jubah sofia tuh yerr
ReplyDeleteanak2 sedang membesar ni cepat benor seluar/kain singkat kan... baru buat tgh tahun arituh, dah singkat. mmmg lebih berbaloi buat sendiri, dari nak beli jer memanjang.
Tak rugi kan beli mesin laju... saya ni kalau disuruh guna semula mesin portable untuk jahit lurus tuh mmg bercintan cintun.... rasa mcm rugi masa jer. no turning back hahaha
Mila ....aa kan nak pakai tudung apa pun boleh tapi susah juga lah nak match.
DeleteBetul x rugi. Saya x berani lagi nak jahit yang kecil kecil sebab nak pandai nak adjust laju. Nanti lah lama sikit dah terror lah. Heheheheh
kejap jer nak terror nyerr... try jahit banyak2... otomatik boleh control kelajuan dah.
DeleteLepas gian. Hehhehehe
ReplyDeleteWah so kreatif. Very nice.
ReplyDelete