Assalammualaikum.....
Lama tak cerita cerita dalam blog ni. Bulan februari banyak cuti dan setiap minggu ada je program.
Dah lama nak cerita pasal kemas kemas ni. Bukan apa tetiba rajin tengok utube. May be juga jeles sama si zila mama D. Heheheh dia rajin tau. I pun nak juga rajin tapi i tak boleh rajin macam dia.
Datang idea ni bila fikir macam mana nak susun drawer ni. Dah lama beli drawer tapi barang barang main simpan je. So bila tengok tengok balik kalau susun elok elok mesti banyak benda boleh disimpan.
Gambar bawah ni laci bawah sekali. Saya simpan tudung. Bila dah lipat dan disusun muat semua tudung. Nak cari pun senang. Nampak semua warna. Tak ada lagi tudung yang beli dah lama tapi tak pakai. Heheheh.Tudung saya ada syria , awning lembut, shawl ....tu je. Awning keras dah lama tak pakai. Malas nak jaga.
Drawer ni pula second drawer dari bawah. Saya simpan singlet husband , boxer , tie dan stokin. Sebelum ni di asingkan. Susah dia nak cari. So bila dah susun macam ni sekali buka drawer semua lengkap. Susun pula nampak semua warna. .....saya dapat tips ni dari youtube. Alejandra namanya. Dalam banyak banyak video tu saya paling suka dia.
Ini drawer yang kecil kecil tu lah. Saya simpan inner , stokin , inner tudung syria , kain dalam , bra , panties. Laci kecil tapi dalam tu saya simpan alat make up. Panties saya lipat gulung dan disusun dalam laci. Nampak semua warna panties. Saya belajar gulung ni dari pembantu rumah saya Tini, yang lama sekali kerja dengan saya. Bila panties ni digulung memang tak terbuka atau terlerai. Tapi segan lah nak letak gambar dalam ni. Hehheeh
T shirt husband yang tinggal ni saja. Semua yang tak dipakai saya kumpul dan disedekah. Ada yang tak disentuh lansung hampir 3 tahun. Sabar jelah. Nak cari pun senang saya susun ikut warna. Wardrobe ni dalam bilik saya , so saya yang simpan, saya yang susun.
Setakat ini baru drawer , wardrobe dan drawer anak anak dara saya kemas. Banyak step lagi ni. Huhuh harap rajin lah 2-3 bulan ni. Sampai sini dulu .......jumpa lagi nanti.