Feb 28, 2016

Akademi Berkerja Dari Rumah

Assalammualaikum ...

Lamanya tak buat lawatan kat sini kan . Rindu pula dengan kawan-kawan . Kawan-kawan blog pun berapa kerat jer. Ramai juga yang dah hilang khabar berita .Harap-harap saya tak la hilang dalam blog ni .

Saya dah ada blog baru  russuziabdullah.blogspot.com , lebih kurang  sebulan rasanya saya create blog ni . Saya dah join ABDR dibawah guru online Anysidayu .

Mungkin pelik sikit nak menulis diblog ni .Blog ni blog hentam keromo , blog baru lebih formal lebih tertib lebih sastera. Heheheh... nanti lama-lama blog ni pun jadi macam blog sebelah ...lebih sastera sebab dilatih untuk penggunaan bahasa yang betul.Sebelum ni betul juga cuma ikut sedap rasa ...heheheh.

Saya join ni sebab anak-anak dah besar , suka nak menulis . Bila ada kerja menulis saya akan jadi berdisiplin . Belum nampak hasilnya tapi saya cuba menulis setiap hari . harap-harap disiplin lah hendaknya .Hendak berjaya perlukan pengorbanan .

Setiap pengobanan akan dapat hasilnya . Support me plssssss hehehehe

Jap ....itu baru intro tau ...hahahha .Banyak cerita ni .Rindunya . Banyak juga gambar nak dishare dengan kawan-kawan semua .


Gambar ini cerita sabtu lepas , lepas balik dari sukan hadirkan diri majlis menyambut menantu sepupu husband .


Ini pula hari ahad.Majlis anak kepada sepupu saya . Perempuan tu anak sepupu saya .


Pizza epal...hahah projek wafi .Saya rasa sikit je , tak cukup .Dia kata sedap dan nak buat lagi .


Ini projek saya tapi tak berapa nak menjadi , anak-anak saya kata sedap .Saya rasa macam kena baiki lagi . Ada kurang sana- sini .Roti boys. jangan tak tahu ada yang nak suruh saya jual ...hahahah .

Kalau rasa nak resepi komen lah nanti saya taipkan resepi .Ini semua kali pertama dibuat .Nak buat lain kali tak tahu pula bila ada masa terluang .Mungkin cuti sekolah hmmmm hehehe.

Saya dah 6 minggu join senaman sihat . Satu jam setengah melompat di tengah panas . Mula-mula memang semput ...rasa macam nafas laju.Tapi sekarang dah macam best , tiap minggu seboleh-boleh mesti nak juga join . Di taman permainan kawansan rumah saya saja, malas nak join yang jauh-jauh nanti nak drive, cari parking , ini jalan kaki boleh naik basikal boleh naik motosikal pun boleh . Saya bawa motosikal sebab nak panaskan enjin . 

Badan rasa ringan , perut rasa kosong ( jaga pemakanan juga ) kurang rasa mengantuk. Syukur, husband saya tanya bila dapat gambar kenapa kurus ....Rindu ke . Hehheh maknanya saya dah kurus sikit dari sebelum ni .heheheh 

Ok jumpa lagi insya Allah .

Feb 4, 2016

Projek cuti sekolah 2015

Assalammualaikum...

Buat entry ni dari tahun 2015 tapi tak ada idea nak menaip so simpan jelah .
Hari ni rasa macam nak siapkan juga entry ni .Cuti sekolah lepas ajar anak dara saya yang berdua tu cara potong baju kurung.Baju kurung sekolah je pun ....ajar buat pola dan gunting kain.Sabo juga nak jadi cikgu ni . Nak mengunting pun terkial-kial geram je...hehehe

Tapi saya juga yang jahit sebab nya nak cepat .Kalau suruh budak berdua mau pergi sekolah pakai baju lama yang singkat dan ketat di bontot ...heheh
Tapi jahit tepi memang dia berdua yang buat.Senang sikit saya .Tingal jahit je.Tapi tak tahu lah boleh ke tak lagi lepas ni dia orang buat sendiri pola baju kurung .
Saya jahit baju sekolah sendiri ketika tingkatan dua,main kutu dan beli kain sendiri.Bila dah beli kain sendiri tak boleh la nak minta mak jahitkan.Mak saya cuma guide je macam mana nak potong dan jahit .Tapi ada juga yang tak masuk dalam otak sebab kena belajar lain selepas berhenti kerja ....heheheh

Ok sampai disini dulu ...jumpa next entry