Jan 27, 2011

Birthday Qaid N Affan

Hari lahir Qaid yang ke 4.Suka betul dia dapat kek power ranger .Bila dah order kek ni tetiba dia kata 'mama,qaid nak kek Maher Zain la,' Sabar je lah anak aku ni .Mana ada kedai kek buat kek maher zain ...hahaha macam-macam budak-budak ni .Kek ini beli di Yome Bakery Sg Chua Kajang .Kedai bersebelah dengan Akojaya dan Tabung Haji .Memang sedap dan yang penting bumiputera.Bila dah tau bumiputera nak makan pun seronok kan sebab dah tentu halal .

Ini lagi satu kek dari Yome Bakeri.Kek perkahwinan....Cantik kan ....Kek ini sempena perkahwinan sepupu suami saya tahun lepas .Kalau tengok album kek ni memang rambang mata sebab banyak sangat pilihan ...kek ini ikut tema lah kan ......biasa lah sekarang semua perkahwinan ada tema tapi kadang-kadang tak perasan pula baju, pelamin, langsir dan cat rumah sama warna.Kena berhati-hati tu ...hahahahhaha

2 comments:

  1. x tau pun ada kedai kek kat situ.. nanti nak terjah la.. thanks... :D

    ReplyDelete
  2. Pegi jangan tak pegi ...memang best

    ReplyDelete