Jun 30, 2011

Semalam.....

Testing...testing...testing....camera baru.Tapi tak boleh nak tunjuk kat sini sebab camera tu dia tak pandai snap gambar dia sendiri ..hehehheh

 Baju tempahan dari kawan .Dah siap tinggal nak tunggu tuan datang ambil.Harap-harap memuaskan hati...


Semalam ke kelas Epal.Belajar jahit tudung gunakan mesin jahit tepi.So hari ni cuba jahit skirt widad.Guna perca-perca kain tudung.Banyak sangat,nak buang sayang.Tetapi hari ni tekad potong square then yang lebih-lebih tu terus buang.Nanti kalau pandang-pandang,belek-belek lagi ha...siap simpan lagi.Aduh penuh rumah. 


Simple skirt.Jahit semua guna mesin jahit tepi je.

Ini la yang pergi belajar semalam.Guna mesin jahit tepi Janome Mylock744.Guna tapak khas dan dimasukkan tali tangsi.Sebab tu la jadi bulat cantik je.Belum beli tapak tunggu next budget.heheheh


Ini la tudung nya.Labuh tapi saja pendekkan sikit sebab modelnya pun kurus dan kecik je.Awning tu saya tak guna kertas gam just kain semata-mata.Dah malas nak pakai tudung awning keras tu .Susah nak simpan.Kalau ikut pattern Epal ada kertas gam tu tapi anak murid tua kan mana nak dengar cakap cikgu.Hehehe...kita kan tokey tudung ...hahahhah

Ok ...x boleh log in blog kat google chrome...pelik...hmmmmmm

Jun 28, 2011

Cadar Untuk Dijual.....



C002
Size : Queen
4 biji bantal
100% cotton, lembut dan sejuk.
RM200


C003
Size Queen
4 biji bantal dan 1 bantal panjang
% cotton....sejuk dan lembut
RM200
Sesiapa yang berminat sila email ke suziazan@gmail.com.
Harga tidak termasuk kos penghantaran.

Jun 20, 2011

No picture.....emmmm

Kamera dibawa jauh ke Bintulu.Emmmm...tengah fikir mana nak cari kamera.Nak beli ,nak tukar video cam lama ke baru or biarkan sahaja.Bulan ni pula Widad ada games bola jaring then ada cousin wedding ....fikir lagi..

Puan Suzie baru nak ganti puasa.Sebanyak-banyak bulan dah terlepas bila Rejab baru nak ganti puasa.Teruk betul la kan...Hope jangan la ada macam saya ni ..hehheh.Dulu masa kerja selalunya Syawal dah qada sebab senangkan.Tapi jadi surirumah ni lambat pula nak qada puasa.

Saya tengah suka menonton drama Indonesia Para Pencari Tuhan di channel Al Hijrah.Tahun lepas saya menonton di channel oasis Astro Jilid 1.Sekarang sedang ditayangkan di Alhijrah (channel 114) Jilid 2.Mula-mula saya dengar tajuk saya tak suka cerita ni.Pelakon pula Ya Allah ...tambah-tambah yang pegang watak Juki lagi la.Tapi sebab tajuknya saya teringin nak tengok dan nak tahu apa ceritanya.First time saya menonton saya dah terpikat.Dan sepanjang bulan puasa tahun lepas saya masak awal sebab siarannya pukul 530 ptg(kalau tak silap).Ceritanya cerita agama ...kemuskilan agama yang ada didalam kehidupan tetapi kadang-kadang kita lupa perkara-perkara ini .Kemuskilan agama ini dibawa dengan santai ,kelakar dan kita senang faham....Kalau kita menonton setiap hari ada saja hukum-hukum agama yang dilakonkan.Macam ceramah tetapi dalam bentuk drama....Saya rasa pengarah drama ini sangat kreatif.Otaknya bergeliga...tak percaya jom tengok tapi siaran dia Alhijrah ini tak ada subtitles so ada yang saya tak faham.Dan lagu Para Pencari Tuhan dari kumpulan Ungu memang best.

Ok....menu:

Puasa kan :) Dinner Sambal siakap.Siakap di belah dan digoreng garing dan sambal.Sup kentang n suhun.

Jun 13, 2011

Nasi Minyak Ikan

Masak resepi ni ahad yang lepas. Nasi beras basmathi dan ikan pula ikan merah.Rasanya maybe jenahak lagi sedap.I'm not sure tapi mil selalu guna jenahak.Makan bersama acar timun atau jelatah dan sambal tomato.Memang sedap.Anak-anak saya pun suka.....

Nasi Minyak Ikan dan acar timun.

Lupa nak rotate ...hehehhe tapi boleh je kan....

Baru ada masa nak update blog.Sebelum ni bercuti dan balik kampung.Boleh juga berinternet kat kampung tapi faham-faham  jelah guna broadband.Tersangat la lambat...malas nak update.Semalam anak-anak dah sekolah so hidup saya kembali seperti biasa.Kalau cuti sekolah boleh bangun lewat sikit.Lunch kat luar tambah balik kampung makan pun ikut sempat jer...pastu semua bedal ..hmmmmmm lagi sebulan lebih dah nak start puasa.....sibuk dengan baju raya dan kalau boleh teringin juga nak selit small projek tapi tak tahu lah kan ....angan-angan tinggi .....

Ok see again..

Hmmmm.....i'm win giveaway my botang ...........

Jun 7, 2011