Sep 29, 2011

Saya dah ada.......

Assalammualaikum....

Bukan nak lah nak megah-megah tapi suka sebab lepas ni boleh la jalan-jalan kat blog kawan-kawan.Sejak 2-3 hari ni nak jalan-jalan kat blog pun jenuh tungu berjam.Saya harap lepas ni senang lah sikit ...hehehehhe alhamdulillah.Sebenarnya kos untuk bayar unifi ni mahal juga tapi kawasan perumahan saya ni terpaksa guna unifi.Kat sini tak boleh guna streamyx dan telefon kalau nak mesti guna unifi.So nak ke tak nak terpaksalah kan .....



Ok nak cerita pasal lain pula ...nak cerita pasal anak perempuan saya kat atas ni .Baru-baru ni saya berceritalah pasal angan-angan saya .Nak buka kedai jahit dan kalau boleh nak keluarkan design kain sendiri .Hahaahhaha boleh tak angan-angan mat jenin .Lepas tu cakaplah wafi jaga pengurusan ,sofiya jaga pemasaran ,Aina Widad pula jadi fashion design.....hahahaha kelakar bila ingat balik.
2 -3 hari lepas tu saya baru cadang-cadang nak hantar anak-anak saya pergi kelas kreatif.Main piano ke ,swimming ke ,lukisan ke .Tiba-tiba si widad ni cakap widad nak pergi kelas lukisan sebab nanti widad nak design kain dengan baju.Ketawa besar saya .....yelah tak terfikir pula dia ambil serius angan-angan saya tu .
Aina widad ni anak di tengah ,pendiam sikit ,bersalin pun secara ceasarian dan lepas bersalin dia badan saya jadi mengecil.Berat sama tapi lemak-lemak semua dah tak ada.Kesian juga sebab kadang-kadang dia macam terpencil dari kakak2 dan adik2 dia.Sebab masing-masing ada kawan dia je seorang diri tapi itulah specialnya dia .

Oklah membebel je ...saya tengah jahit tudung haji untuk kakak saya nak ke Mekah 7hb ni...kakak ipar pula 22hb....moga dapat haji yang mabrur....


Sep 27, 2011

Cerita sikit-sikit je.....


Assalammualaikum......



For Makcik chah


Dah siap masuk beg

Lupa nak tunjuk blouse saya masa raya ....ala-ala baju fazura dalam tahajjud cinta

Ini pula puduraya.....hantar kakak baik Taiping,so teringin nak masuk padahal boleh je drop  by..

Sep 21, 2011

Rumahku Nurseri

Assalammualaikum.....

Dari start raya hari tu ini budak-budak yang ada kat rumah saya .Heheeh Anak saya 5 anak adik saya 3.Fenin....yang tak tahan tu 3 boys...semua benda main sama-sama lepas gaduh.Budak berlapan ni lepas satu-satu cirit birit .Bila sorang berhenti esok orang lain pula....sekarang semua dah ok tapi hari ni Affan mula selsema pula.

Ok pasal menjahit pula kan ....dah mula jahit tilam sekarang ni dah dekat tengah malam saya menjahit binding.Dah nak siap esok lusa dan boleh hantar to Mak cik Chah.Kesian dia lama tunggu si suzi ni buat untuk cucu dia.

Oklah dah malam esok kena bangun pepagi siapkan anak-anak nak kesekolah....

My blogger friends camna nak buka FB bisnes tu pilih Local bisnes ke?2-3 kali cuba tapi selalu separuh jalan rasa macam salah .....boleh tolong tak...?

Sep 17, 2011

16.9.2011



Selamat Hari Malaysia .........lambat posting busy dengan open house dan busy juga dengan rumah.Kebetulan pula Tadika Aina Widad sekolah hari tu sebab sambutan Hari Malaysia.
Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia dari kami .......


Kami anak Malaysia



Hari ini dalam sejarah bukan sahaja kami semua mengadap depan tv tengok sambutan hari Malaysia tapi pagi tu bila bangun je Mila pembantu saya dah lari.Emmmmm geram juga tapi ok juga sebab dah tak payah bayar gaji untuk 2 bulan ni ...hehehe 

Balik dari beraya hari tu memang dia ada minta berhenti tapi saya suruh dia berhenti bulan Nov ni sebab tunggu husband uruskan semua urusan permit .Tapi kami adalah bagitahu, dia kena balik Kemboja sebab kita kena matikan permit dia,Agaknya dia tak nak balik terus je lari.Hari raya baru ni pun dia balik beraya di rumah emak saudara dan emak dia ada sekali.Dia juga tak ambil passport dan duit gaji rm1500.Maybe dia dah banyak duit kut.

Anak-anak saya pula macam happy pula.Wafi dengan piya kata mama kita rasa bebas lah.Hahahah saya pun rasa macam tu sebab kita boleh kemas apa yang kita nak.Sebelum ni semua kita suruh lepas tu kerja tak macam yang kita harapkan.Saya jadi penat bila bibik balik sebab saya terpaksa bersihkan rumah saya.Sebelum ni memang nampak bersih tapi sebenarnya bersih dimata yang tersorok Allahhuakbar.Saya dah ada 6 bibik semua sama je .Bila dia balik je baru kita tahu dalam bilik tidur dia  macam tak pernah bersapu.Hmmmmmm sekarang ni saya dalam proses membersih rumah part by part.

Saya juga suka hehehe Rm 500 tak perlu dibayar.Saya ada part time maid yang biasa saya panggil untuk kerja-kerja major.Bersihkan tingkap,cuci kipas mob rumah saya sebersih-bersihnya.Selalunya saya ambil dia dalam 4-5 bulan sekali.Bibik saya si Milah ni cuma buat rutin kerja biasa dirumah sahaja.Mob , vakuum , kain.iron baju dan siapkan barang masak saya.Itu je nanti kalau saya dah tengok rumah sepah saya panggil Kak Nor iaitu pembantu part time saya . 

Dah lah dah boleh stp ambil pembantu ...Affan pun dah besar so dah boleh bawa kesana-sini.Menjahit saya apapun belum jalan...hahahahha banyak dah tempahan...akin hari makin mask tapi yang lama pun belum gerak-gerak...tolongggggg

Saya belum baik cirit birit .Bukan saya sahaja tapi dengan anak-anak sekali.Sekarang tengah cuci rumah dengan dettol.Kakak saya datang cakap dah bau hospital.Hahaha apa nak buat.Then kedai ubat cina bagi tahu minum eno ..then baru boleh makan pil ckit kit teck aun.Hmmm hari ni dah start minum ...Minta menjadilah...penat dah semua orang.Puasa pun belum start...

Ok semua selamat berhari minggu....

Sep 12, 2011

Puasa sunat Syawal




Assalamualaikum,

Niat semalam nak puasa hari ni tapi tak jadi sebab rasa kembung sikit perut tapi dah makin sihat...alhamdulillah.

Sebelum ni bila syawal saya selalunya sibuk menqada puasa ,dan selalu tak sempat nak menunaikan puasa enam.Rasanya dah bertahun saya buat macam tu .Tapi bulan puasa baru ni dalam Tanyalah Ustaz TV9 ,dia kata puasa je sunat tu qada tu kita minta dengan panjangkan umur kita sampai bertemu Ramadhan.Saya tak ingat ustaz mana tapi saya pegang kata-kata ustaz tu .Dia pun cakap isteri Nabi Muhammad ,Aisyah r.a  pun kadang-kadang qada puasa di bulan syaaban .So hari ni nak juga cari kot ada mana-mana lagi pendapat ustaz lain kan so jumpalah artikel ini .....



Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyahradhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Sebenarnya ada lagi pendapat lain kita memang qada dulu puasa tapi kalau dah macam saya di kampung dah 10 hari ...bila balik KL Allah bagi lagi cuti 10hari nak qada puasa 8 hari manalah sempat nak puasa sunat syawal ni kan....so tahun ni saya dah pasang niat nak puasa sunat pastu lepas baru nak qada.Niat di hati juga nak qada cepat sikit dari tahun lepas...heheheheh......

Saya cerita pasal puasa ni sebab ada kawan-kawan yang pesan jangan asyik kejar puasa sunat, qada tak buat.Tapi bagi saya kejar puasa sunat syawal bukan kejar puasa sunat yang lain kan.Syawal pun sebulan je kan so kita kena kejar macam kita kejar Ramadhan jugakan.....lepas tu baru kita qada.

Ada tak yang tak setuju dengan saya .....?

Cirit-birit dan muntah

Balik dari kampung hari tu kami semua cirit birit dan muntah kecuali husband.Hari isnin anak-anak tak ke sekolah sebab semua macam lembik je lagi.Selasa aktiviti berjalan macam biasa cuma saya je still rasa kembung.Husband kata makanlah halia.Tak menjadi juga.Perut kembung dan tak sendawa dan buang angin juga.Hari Khamis husband dah ke Miri so tinggallah kami yang masih lemah-lemah ni.Jumaat Affan dah mula balik cirit birit .Sabtu pagi mula pula dengan widad dan semua orang termasuk saya.Pergi klinik ,biasalah air garam.Itu jelah kan ubatnya.Actually kami dah minum 100+ berbotol.Makan pill cit kit teck aun pun tak jalan.Air garam pun minum,termasuk smecta.Saya pernah ada pengalaman ni dulu sampai kena tahan ward 2jam masuk air 2 botol.Sihat lepas tu.Tapi doktor pernah pesan lain kali cari air kelapa.Saya memang ada beli tapi saya siap minta ais dan air gula.Nak minum sedap lagi ...heheheh
Hari ni sebab sofiya dengan widad masih berak-berak saya pun carilah dlm google kot ada fakta yang boleh bantu.Saya dapatlah info kat sini http://www.ehomemakers.net dan yang bestnya ada juga ni ....

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan. 

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar."

 Lepas tu terus pergi cari kelapa tapi tak nak bungkus beli terus biji balik belah kat rumah.Masa kecil-kecil dulu saya selalu makan isi kelapa yang lembik sambil gigit tempurung kelapa yang lembut tu.Ada rasa kelatkan so maybe itu juga membantu.Masalah nya pula anak saya yang kecik tu tak nak minum .Tak sedap....pelik betulkan ...dulu kita suka dapat minum air kelapa dia orang lagi suka minum 100+ tu.....sabo je lah...


Kelapa muda segar.
Tapi bila fikir balik maybe ada hikmah sebab 2 hari ni tak putus-putus tetamu datang ke rumah.Sebabnya saya tak dapat nak ke open house walau pun dekat-dekat sebab rasa lemah satu badan.So bila ada orang call kita ada di rumah ramai lah yang singgah.Itulah cakap walau tak dapat nak beraya tapi ramai yang datang beraya kat rumah kita.Kuih raya pun dah nak kena top up.Esok anak-anak mula cuti bolehlah buat biskut lagi....

Belum mula lagi sunat syawal.....harap-harap sihatlah minggu ni .....blogger semua dah raya 6 ke ?



Sep 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidi Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.Sibuk dengan kuih raya dan baju raya sampai tak sempat nak jengok-jengok blog.hehehehe Cuti lama dan syukur juga sebab di kampung sempat habiskan terawih walaupun pembantu cuti.Aina wafi tolong jaga adik...hehehe dan syukur juga malam raya sempat solat tasbih berjemaah di Masjid Alor Lintang Besut.Sayu sangat bila dengar takbir sebab rasa macam this year Ramadhan terbaik saya.Semua dengan ikhlas -seikhlasnya.
Kami sangkut dalam traffic jammed pada hari raya ke 3 dari Besut ke Batu kurau.Selalu travel 5 jam ni dah jadi 12jam.Penat sungguh.Then macam biasa qaid mesti cirit birit dan habis satu rumah berjangkit.So Hari ni Isnin semua lepak kat rumah.Pembantu saya minta tambah lagi cuti sampai Selasa ,Rabu baru balik..Tulakan baik Indonesia ,Kemboja ke bila bagi muka mulalah.Saya dah bagi cuti 2 minggu nak tambah lagi.Dah la kita bayar tambang...geram sungguh.....
Oklah .....lepas ni boleh buka mesin jahit ...hehehehhe...banyak tempahan nak kena siap...
Hari raya pertama....semua jahit sendiri cuma baju melayu husband je tempah.Baju ,tudung semua jahit sendiri.

Cucu ma tok n abah tok.Berkat doa ma tok, abah tak jadi pergi Germany...hahaha

Hari raya ke 4 celebrate birthday widad di Batu Kurau.

Raya ke 5 ...biasalah aktiviti wajib bila berkumpul...berkelah di Air Itam.....