Assalammualaikum...
Walaupun cuti sekolah dah nak mula tapi minggu terakhir ni lah makin sibuk bagi saya .Nasib baik jugalah husband dah balik so boleh lah gilir-gilir.
Isnin lepas kena ambil report kad sesi pagi dan petang ,selasa pula Aina Widad ada ujian saringan untuk darjah 1.
Hari rabu pagi lagi husband dah ke sekolah sebab nak ambil duit bantuan yang kerajaan bagi tu.Dapatlah RM200.Aina Widad belum dapat lagi.Syukur juga tu boleh lah beli buku sekolah.
Khamis pula widad ada Majlis Konvo di Kolej Keris Mas UKM, Wafi dan Sofiya ada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah.So kami terpaksa pecah 2 sebab dibuat serentak.hmmmmm nasib lah kan ...
Hari Rabu tu juga saya dan suami bergegas ke Semenyih sebab Nurul anak abang saya yang ke Mekah hari tu jatuh tangga.Bengkak kaki.So hari ini Jumaat kena hantar dan ambil dia ke kolej ,Isnin pun sama sebab ada exam.Rasa penat sungguh.....Cuti ni banyak palnning tapi tak tau jadi ke tak sebab semua dah macam kena flu.....tapi yang pasti kena habiskan tempahan dulu ....
Aina Widad dapat anugerah pelajar cemerlang.... |
Ini pula ambil sijil.... |
Aina Sofiya dapat no 3....first time dia naik pentas suka lah dia.... |
Aina Wafi ...dapat no 1 tapi tak dapat kekalkan no 1 keseluruhan ...kecewa juga dia ..tapi dia rangkul juga 3 hadiah.. |
Peneman husband semalam bergambar dengan kawan wafi Ok semua ...tak ada lah nak tunjuk projek baru tapi baru juga ke kedai kain beli kain untuk tudung...hmmm kain lagi... Jumpa lagi... |