Mar 20, 2013

Hadiah dari kawan blog

Assalamualaikum....
 
Dok teringat nak  snap gambar dan nak tayang kat entry tapi terlupa .Sian noen .....hihihi.Bukan tak suka , suka sangat.Lepas dapat parcel tu petang tu juga saya bawa kakak pergi jakel beli kain cadar.Offer semeter  rm8.90 bidang 96.Kalau tak harganya dekat 20hinggit.Lepas tu biasa la tuan tanah pun shopping juga walau kain berlambak belum jahit.Dan yang bestnya dapat la kain cotton semeter rm5 .Hihihi suka.Terlalut sudah ,ok inilah kain yang dapat dari noen....lama dah tak dapat hadiah.Tak sangka dapat.hihihi  .Nanti kita dah jahit kita tayang tau.Dah  tahu apa nak buat cuma belum gunting je lagi.


 Getah rambut kat bawah ni terajin buat.Geram tengok noen buat so saya dengan terajinnya membuat getah rambut ni.Dapat la kami 4 beranak pakai.Dah setahun tak tukar getah rambut.
Dan yang best tu terajin pula letak ricrac dan bias tape.






Yang ini jadi kecil sebab kain  ni potong lama so guna jelah.
Saya berhenti disini dulu.Bulan lepas saya dapat tempahan sepasang baju kurung.Bulan ni ada 5 pasang.Saya tak serius ambil upah ni tapi tak sangka pula rezeki saya.Saya tahu kenapa sebab saya yang minta .Lain kali saya cerita ok.Oklah jumpa lagi nanti.

Mar 17, 2013

Cloth pad


 Assalammualaikum....

Mula-mula nak cerita pasal cloth pad ni .Saya mula guna cloth pad selepas menang giveaway dari mila.Lepas tu saya order lagi 2.Tapi lepas tu kawan baik saya jadi sangat banyak so saya guna pad yang 32cm.3-4 hari tu memang habis 10 pad tu .Lepas tu baru boleh pakai maxi atau slim.Punya la banyak nak kena beli pad.Tapi sejak Sofiya pun ada juga best friend dia so saya pun rasa nak serius guna cloth pad.Bukan lah saya tak guna langsung cloth pad mila  tu ,guna cuma tak banyak kan so bila basuh so terpaksa lah guna pad biasa. Sekarang saya semakin serius menjahit cloth pad.Dan saya pun dah buat yang panjang punya 32cm ....hahahah tapi entah mana si sofiya letak so tak boleh nak snap gambar .Lepas ni saya akan jahit banyak untuk sofiya dan saya .Wafi pun dah start guna pantliner .

 Ok nak cerita binatang yang hitam tu .Kura-kura, husband jumpa masa nak hantar anak-anak kelas malam .Lepas tu husband ambil konon nak  bela.Tapi sayang esoknya kami jumpa dah mati .Apa lagi nak buat, dah mati.Mungkin juga dia dah tua kot ......kalau tidak, ada la pet kami ...hehehhe

Kat atas ni keluarga kami yang besar .2 minggu lepas saya balik ke Perak nak melawat sepupu di ICU.Kebetulan pula husband cuti so kami balik berdua,anak-anak di rumah tinggal dengan anak buah saya .Qaid dan Affan ikut ....kami sampai pukul 1230 di hospital dan masa itu juga lah dapat info doktor dah minta pilihan untuk mencabut mesin life support .Walau pun Kak Tam saya ni hanya sepupu tapi suami nya akan minta nasihat abang-abang saya dan pakcik saya yang seorang itu.So pukul 530 dibawa balik pukul 6-630 kak tam pun menghembuskan nafasnya .Nasib juga kami sempat balik .....

Esok lepas kebumi baru kami balik KL dan kakak saya 2 orang ikut balik .Itu yang hari minggu tu penuh rumah ,makan tengahhari di rumah saya .Tak masak apa pun sebab ada wireman tengah pasang kipas di dapur kami .Dengan rumah berhabuk ,dengan sedara penuh  rumah .....jadilah juga juadah lunch kami ni .meriah juga ....

Oklah sampai di sini dulu ....saya baru balik cabut geraham ...dah tak boleh diselamatkan lagi sayangnya .Lepas kena buat rawatan akar dan pasang crown ....huhuhu

ok jumpa lagi