Mar 17, 2013

Cloth pad


 Assalammualaikum....

Mula-mula nak cerita pasal cloth pad ni .Saya mula guna cloth pad selepas menang giveaway dari mila.Lepas tu saya order lagi 2.Tapi lepas tu kawan baik saya jadi sangat banyak so saya guna pad yang 32cm.3-4 hari tu memang habis 10 pad tu .Lepas tu baru boleh pakai maxi atau slim.Punya la banyak nak kena beli pad.Tapi sejak Sofiya pun ada juga best friend dia so saya pun rasa nak serius guna cloth pad.Bukan lah saya tak guna langsung cloth pad mila  tu ,guna cuma tak banyak kan so bila basuh so terpaksa lah guna pad biasa. Sekarang saya semakin serius menjahit cloth pad.Dan saya pun dah buat yang panjang punya 32cm ....hahahah tapi entah mana si sofiya letak so tak boleh nak snap gambar .Lepas ni saya akan jahit banyak untuk sofiya dan saya .Wafi pun dah start guna pantliner .

 Ok nak cerita binatang yang hitam tu .Kura-kura, husband jumpa masa nak hantar anak-anak kelas malam .Lepas tu husband ambil konon nak  bela.Tapi sayang esoknya kami jumpa dah mati .Apa lagi nak buat, dah mati.Mungkin juga dia dah tua kot ......kalau tidak, ada la pet kami ...hehehhe

Kat atas ni keluarga kami yang besar .2 minggu lepas saya balik ke Perak nak melawat sepupu di ICU.Kebetulan pula husband cuti so kami balik berdua,anak-anak di rumah tinggal dengan anak buah saya .Qaid dan Affan ikut ....kami sampai pukul 1230 di hospital dan masa itu juga lah dapat info doktor dah minta pilihan untuk mencabut mesin life support .Walau pun Kak Tam saya ni hanya sepupu tapi suami nya akan minta nasihat abang-abang saya dan pakcik saya yang seorang itu.So pukul 530 dibawa balik pukul 6-630 kak tam pun menghembuskan nafasnya .Nasib juga kami sempat balik .....

Esok lepas kebumi baru kami balik KL dan kakak saya 2 orang ikut balik .Itu yang hari minggu tu penuh rumah ,makan tengahhari di rumah saya .Tak masak apa pun sebab ada wireman tengah pasang kipas di dapur kami .Dengan rumah berhabuk ,dengan sedara penuh  rumah .....jadilah juga juadah lunch kami ni .meriah juga ....

Oklah sampai di sini dulu ....saya baru balik cabut geraham ...dah tak boleh diselamatkan lagi sayangnya .Lepas kena buat rawatan akar dan pasang crown ....huhuhu

ok jumpa lagi

13 comments:

  1. Takziah, dan alfatihah pada arwah. Moga tergolong dalam orang yang husnulkathimah, Amiinn

    once pakai CP mesti rasa mcm tak berapa best pakai disposable dah kan... saya ni selalunya gatal ler, pakai sehari dua, dah start merah n gatal, alergic kut. sejak bertukat ke CP mmg takde dah masalah gatal tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mila.Sepupu yang rajin layan saya masa kecil dulu.

      Betul, lepas tu malas la nak membeli.Bila ada CP tak payah fikir nak beli

      Delete
  2. innalillah dan alfatihah

    saya ni bila la nk bertukar ke CP...aisy kak mila la ni xbuat CP untuk dijual...hihi salah kan org pulak ;p

    ReplyDelete
  3. takziah dan alfatihah buat arwah. untuk suzie lak rajin suzie jahit bagussss tu. "boleh jadi payung ketika hujan"

    ReplyDelete
  4. ..saya teringin jugak nk pkai CP..tp ntahla, smpai skrg blm pernah cuba..

    #takziah untuk arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zira cuba2,bila dah guna ha baru tahu

      Delete
  5. yeah...finally berjaya siapkan my 1st CO...suka2..hehe

    ReplyDelete
  6. Saya pun dah start pakai CP, beli dgn kak mila gak.. nak jahit sendiri tak pandai..hihihi...

    alfatihah untuk arwah..

    takziah juga utk gigi geraham akak.. saya bab gigi ni mmg ngeri sikit.. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. Zila akak tekap pad kotek....hahahaah
    Sakit tau ,hari ni sakit gigi bongsu , isnin ni baru nak jumpa doc....huhuhuh

    ReplyDelete