May 2, 2013

Ketuat Qaid

Assalamualaikum ....

Lepas satu-satu ....anak baru  5 belum 13 macam Arwah emak saya tak tahu lah yer ...
Kali ini nak cerita pasal ketuat Qaid.Dia kena tahun lepas satu je di jari manis tiba-tiba bulan lepas ketuat tu naik sampai 5 6 biji pula.Dan ada satu pula di tapak tangan .Sebelum naik banyak -banyak tu dia mengadu juga sakit so saya letak diflam je tapi tak jadi apa-apa pun .Dulu masa sofiya kena saya letak diflam tu ok je .
Kebetulan dia demam so terus tunjuk ketuat ni .Doktor Kwan pakar kanak2 di Kajang kata ni virus dan boleh jangkit .Hmmmmm so terpaksalah berubat kan .Doktor suruh datang lepas baik demam .2 hari sekali kena datang .Adoiiiii.....


Ini rawatan pertama.Doktor just letak antibiotik.2 x juga buat rawatan ni ...Mula sebiji di jari  manis kemuadian merebak sampai 2 jari 

Mama belanja kek ...kesian 

Tapi boleh je main games

Tak ingat rawatan ke berapa tapi rasanya yang coklat tu doktor dah start bakar guna nitrogen ...Qaid kata tak sakit .

Lepas 3 atau 4 kali buat rawatan bakar tu Rabu 1 mei tu semua ketuat dah jatuh.Hampir 3 minggu juga .Tapi saya ingat masa saya kecik umur 8 tahun or 9 tahun ketuat penuh di jari manis saya .Rasa penuh jari .Bila umur saya 11 tahun tiba-tiba semua ketuat tu jauh.Kata doktor antibodi budak-budak tak kuat so ketuat akan naik .Tapi bila meningkat dewasa antibodi dah ok memang jatuh sendiri .Cuma bimbang nanti merebak ke tempat tak sepatutnya.....
Sofiya kena ketuat dia dalam kuku memang menangis dia sebab sakit .Tapi ada sebiji je.Anak saudara saya kena di tapak kaki sampai kena buat surgeri .....potong dan korek buang ...errrr ngeri .2x dia kena .Sama juga adik ipar saya sampai kena surger.Hmmmmmm tak sanggup kot .Sebab itu tak nak ambil ringan benda yang kecil-kecil ni ...

Ok jumpa lagi ....

2 comments:

  1. memang tak bleh buat main ek penyakit ni.. mmg bahaya..
    dulu kalau kecik2 kat kampung mak abah relak je tgk ketuat ni.. hihihi..

    ReplyDelete
  2. Zila ...memang pun.kita ni cepat gabra hehee

    ReplyDelete