Jul 23, 2013

Fucuk dumpling ......

Assalamualaikum.....

Try resepi ni sebab hari tu kak jee ( daridapurkakjee) dok tayang kat blog dia. Simple n lain dari biasa. Isinya ayam dan udang. Ayam tu ada sikit sangat so kenalah campur udang. Ada carrot dan daun bawang. Sedap , sekali makan 4-5 biji. Heheheheh siapa nak try boleh lah jengah blog kak jee. 


Dah 15 hari kita puasa. Sekejap saja rasa dah nak habis puasa. Sedih pun ada juga. Belum ada mood nak raya pun , cuma anak- anak lah sibuk pasal raya. Terutama nya si widad lagi berapa hari kita nak raya. Baru- baru nak rasa penat lelah puasa so nak lah ganjarannya. 
Sekarang hari-hari saya dengar Ikim. Kalau tak dengar kat kereta je. Radio pula ada kat bilik jahit. Dah pandai download kat apple store so mana pergi bawa ipad n boleh dengar ikim. Sampai ke dapur pun bawa..hehehehe

Oklah sampai disini dulu , jumpa lagi yer. 

Jul 19, 2013

Buah mulberi

Assalamualikum.....

Semoga terus beramal ibadat di bulan yang mulia ini. 

Hari tu masa post pokok mulberi yati n zira tanya warna apa mulberinya. Hari ni masa melawat kawasan ( kawasan lah sangat , lepas potong rumput kena la check bersih ke tak hihihhi ) tengok banyak sangat buah. Agaknya tupai ni puasa kot. Dia tak makan pula kalau tak asal hitam je habis kena makan. So dapat lah kutip mulberi ni. Bab tart belum lagi yer. Dok kumpul buah lagi hehehe




Ok sampai disini dulu. 

Ingat 2 perkara : Ingat keburukan kita pada orang dan ingat kebaikan orang pada kita 
Lupa 2 perkara : lupa kebaikan kita pada orang dan lupa keburukan orang pada kita 

Ok jumpa lagi ......

Jul 16, 2013

Bulan puasa syaitan dipenjara kan tapi.....

Assalamualaikum...

Isnin baru ni turn more saya .Fuhhhh jenuh gak fikir nak masak apa. Last-last buat badak berendam dan potato salad. Husband kata mana match. Satu melayu satu lagi western. Biarlah siapa  nak makan lite makan salad siapa tekak melayu makan badak berendam. Tapi tak sempat snap gambar. Kelam kabut dengan nak masak untuk berbuka lagi. 

Semalam selasa pagi tu sempat potong sepasang baju tempahan. Ingat petang dalam pukul 3 nak lah menjahit. Sekali jiran depan rumah datang ,pucat lesi muka bagitahu rumah dia kena masuk pencuri. Aduhhh husband dia ke umrah husband saya ke turkmenistan. Elok lah kan 2-2 tak ada husband kat rumah. Masuk ikut sliding door ,dia keluar ambil anak sekolah pukul 11 saya keluar pukul 1130 nak ambil qaid. Dalam kita dok keluar masuk tu sempat lagi dia lompat masuk . Kami pun tak boleh bayang pencuri tu masuk ikut mana.  Cuma yang bersyukurnya tak ada orang dalam rumah. Mujur juga dia balik lambat sebab dia ke supermarket dan terus ambil anak2 yang lain. Pukul 3 baru sampai rumah. So sepetang semalam teman kan dia buat report polis. Sedih kan ....pencuri tak apa sangat pun yang bestnya barang kemas dan jam. Lain tu biasalah laptop handphone camcoder....yelah mana orang simpan duit dalam rumah kan...

Bila jadi macam tu saya pula naik takut. Bulan puasa ni 3 x dah kawasan taman ni masuk pencuri. Satu tu ambil kereta viva bibik , satu tu ambil camera biasa je dan satu lagi sempat tuan rumah nampak dalam cctv. Polis kata musim perayaan ni memang banyak kes. Hmmmm pencuri cari duit raya. Bulan ramadhan syaitan kena ikat tapi syaitan kepala hitam pula dok merayau. Syaitan ni lagi takut kalau tak dapat apa dia nak silap-silap cedera rogol semua dia sanggup. Takutkan..

Sebelum ni syaitan -syaitan ni masuk antara waktu maghrib dan isyak. Masa semua orang kat taman kalut- kalut nak pergi surau masa tu sempat dia masuk rumah orang .so semalam dah berani masuk siang. Dia memang berani kita je yang takut. 

Rumah saya tak ada alarm ,tak ada cctv tapi lock grill memang pasang lah. Jiran saya pula tak ada grill, tak ada alarm dan cctv. Majoriti kawasan sini ada alarm. Kami je tak pasang alarm. Sebabnya alarm pun dia pandai pula matikan. Sliding door saya lock grill dan sendal kayu dari dalam. So kalau nak buka sliding kena alih kayu. So tak tahulah kan , kita dah jaga dah berhati tapi kalau dapat masuk juga tak tahu lah nak cakap. Minta lah di jauhkan musibah ini. 

Berbagai usaha nak buat oleh persatuan penduduk harapnya dapat lah kami hidup dengan aman. Saya juga berdoa semoga pencuri ni semua dapat ditangkap oleh kami sendiri. Geram......

Jul 12, 2013

First time cuba ....suka...suka

Assalammualaikum.....

 Ada budak yang baru baru nak puasa so masak pun kena kreatif. Kena bagi naik semangat.
Malam tadi berbuka dengan resepi ayam penyet. Saya suka sebab banyak sayur dari lauk. Kredit to dariduniakakjee. Tengok dia dok tayang kat blog so kali ni saya cuba. Anak2 suka. 
Ayam tu saya beli waktu pagi lepas anak2 sekolah , balik tu terus perap then simpan dalam peti. 

Petang tu baru siapkan sup , sambal , terung berlado dan ulam. Ulam ada timun je kobis tak beli. Kuih anak- anak beli kat tepi-tepi jalan je. Lagipun ada lagi cendol sagu adik saya bagi semalam. So makan cendol je lah.

Oklah sampai di sini dulu..




Siap berdaun pisang...daun pisang free. Saja suka suka. Budak tu makan dulu sebab perut dah kembong. Padahal makan nasi lemak waktu tengahari. 

Ayam penyek, tempe ,timun sambal dan terong berlada. Tauhu tak beli sebab selalu dapat tauhu yang rasa masam. Mana yer nak dapat tauhu best.

Jul 9, 2013

Kenapa lah sampai senget

Assalamualaikum..







Pokok mulberi saya ni. Mula- mula elok je dia tegak. Tapi lepas hujan masa jerebu hari tu tiba- tiba jadi condong ke rumah. Ribut kuat sangat ke. Pokok kantan tak pula condong. 


Atau sebab buah lebat ni?  Lebat betul buah kali ini. Jangan lah tupai makan habis. Selalunya bila mulberi ni berbuah hari- hari dapat tetamu si tupai ni. Tupai warnanya hitam. Saya rasa chipmunk. Heheeh ye ke ?


Tengok  , sampai ke pangkal pun ada buah. Senang je , bila dah habis buah ni potong dahannya bila mula berpucuk buah pun sama naik nya. Ini lepas potong lah ni. Rasa macam nak buat tart mulberi. Hihihi

 Oklah sampai disini dulu. Cerita pokok pula kali ni. 

Jul 7, 2013

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Assalamualaikum ....

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan....

Sedih ke , takut ke , gembira ke  tak tahu nak cakap. 
Rasa berdebar-debar Ramadhan kali ni. ....harapnya Ramadhan kali ini lebih baik dan semoga saya dan keluarga diberkati selalu. 

Sempena Ramadhan yang akan menjelang sehari dua lagi saya memohon kemaafan diatas tulisan saya selama ini. Maybe ada yang terguris hatinya , terasa hatinya atau maybe tertiru , tercopy harap dimaafkan yer.....

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. 

Sekian semoga jumpa lagi ...

Suzi.

Jul 3, 2013

Lace .....

Assalamualaikum....

Nak cerita pasal shopping lagi.... Shopping yang perlu sebab nanti kalau tak ada tak cantik pula kan. Ok ini lace beli masa nak siapkan telekung widad hari tu. Saya beli di kedai bunga depan econsave jln reko kajang. Saya pergi masa teman Mok Sah beli barang tunang. Masa pergi tu saya tengok  je lepas tu tak beli pun. 
 So bila ada projek dah tahu mana nak beli. Sekali beli ha sampai 3 pattern. Takut habis kot. Lace ni memang susah nak carikan. Kedai ni kedai bunga dan jual barang pengantin. Banyak benda lagilah tapi saya dok belek belek lace ni dan jewelery. Hahahah macam emas betul. Fuhhhh



 

Yang ada grey tu semeter rm 1.80 or 2 hinggit. Tak ingat dah. Lace kecil tu 1.80 semeter dan yang besar tu 4.90. Tak tahu mahal ke murah. Tapi kalau mahal 10 - 20 
sen tu berbaloi kot sebab dekat je dengan rumah. 

Ini baju mak cik chah. Orangnya kecik molek tapi bajunya nak besar. Ikutlah mak cik chah. Hahahah 

Ok sampai jumpa lagi. 

Jul 2, 2013

Tapak sembat aka blind hem foot

Assalamualaikum....

Nak story pasal tapak sembat ni. Beli mesin Janome dengan macam-macam tapak tapi jarang nak gunakan. Tapi semalam nekad try tapak sembat ni. Sebelum ini pernah juga cuba tapi tak menjadi. Tengok arahan di buku pun tak dapat. Lepas tu dah malas nak cuba. 
So semalam rasa macam nak kena cuba ni sebab malas nak ngadap silang pangkah. Kalau boleh semua kerja nak disiapkan cepat dan pantas. Hihihi ini versi dah kelam kabut tau. 


 Ini tapak sembat yang diberi semasa beli mesin saya Janome. Senang je pasang tak payah nakmbuka skru bagai. 


Kain lipatan tu kena masukkan kedalam. Tak tahu nak explain tapi beginilah kainnya bila nak mula menjahit. 

Di tangan pun saya guna tapak ini juga. Nak cepat yong oiiiii 

Ini hasilnya. Alhamdulillah cepat je. Lepas ni confirm semua sembat mesin je. Hehehehe

Sampai di sini dulu. Lagi seminggu nak Ramadhan , hope saya boleh ada satu dua n3 lagi sebelum Ramadhan ini. Ok jumpa lagi yer.