Jul 16, 2013

Bulan puasa syaitan dipenjara kan tapi.....

Assalamualaikum...

Isnin baru ni turn more saya .Fuhhhh jenuh gak fikir nak masak apa. Last-last buat badak berendam dan potato salad. Husband kata mana match. Satu melayu satu lagi western. Biarlah siapa  nak makan lite makan salad siapa tekak melayu makan badak berendam. Tapi tak sempat snap gambar. Kelam kabut dengan nak masak untuk berbuka lagi. 

Semalam selasa pagi tu sempat potong sepasang baju tempahan. Ingat petang dalam pukul 3 nak lah menjahit. Sekali jiran depan rumah datang ,pucat lesi muka bagitahu rumah dia kena masuk pencuri. Aduhhh husband dia ke umrah husband saya ke turkmenistan. Elok lah kan 2-2 tak ada husband kat rumah. Masuk ikut sliding door ,dia keluar ambil anak sekolah pukul 11 saya keluar pukul 1130 nak ambil qaid. Dalam kita dok keluar masuk tu sempat lagi dia lompat masuk . Kami pun tak boleh bayang pencuri tu masuk ikut mana.  Cuma yang bersyukurnya tak ada orang dalam rumah. Mujur juga dia balik lambat sebab dia ke supermarket dan terus ambil anak2 yang lain. Pukul 3 baru sampai rumah. So sepetang semalam teman kan dia buat report polis. Sedih kan ....pencuri tak apa sangat pun yang bestnya barang kemas dan jam. Lain tu biasalah laptop handphone camcoder....yelah mana orang simpan duit dalam rumah kan...

Bila jadi macam tu saya pula naik takut. Bulan puasa ni 3 x dah kawasan taman ni masuk pencuri. Satu tu ambil kereta viva bibik , satu tu ambil camera biasa je dan satu lagi sempat tuan rumah nampak dalam cctv. Polis kata musim perayaan ni memang banyak kes. Hmmmm pencuri cari duit raya. Bulan ramadhan syaitan kena ikat tapi syaitan kepala hitam pula dok merayau. Syaitan ni lagi takut kalau tak dapat apa dia nak silap-silap cedera rogol semua dia sanggup. Takutkan..

Sebelum ni syaitan -syaitan ni masuk antara waktu maghrib dan isyak. Masa semua orang kat taman kalut- kalut nak pergi surau masa tu sempat dia masuk rumah orang .so semalam dah berani masuk siang. Dia memang berani kita je yang takut. 

Rumah saya tak ada alarm ,tak ada cctv tapi lock grill memang pasang lah. Jiran saya pula tak ada grill, tak ada alarm dan cctv. Majoriti kawasan sini ada alarm. Kami je tak pasang alarm. Sebabnya alarm pun dia pandai pula matikan. Sliding door saya lock grill dan sendal kayu dari dalam. So kalau nak buka sliding kena alih kayu. So tak tahulah kan , kita dah jaga dah berhati tapi kalau dapat masuk juga tak tahu lah nak cakap. Minta lah di jauhkan musibah ini. 

Berbagai usaha nak buat oleh persatuan penduduk harapnya dapat lah kami hidup dengan aman. Saya juga berdoa semoga pencuri ni semua dapat ditangkap oleh kami sendiri. Geram......

7 comments:

  1. Mestiakan rasa trauma bila rumah di masuki pencuri ni.. pernah terjadi few years back.
    Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

    Suzie, try baca doa ni untuk menjaga harta kita
    https://www.youtube.com/watch?v=G3Gmp0NVbTY

    ReplyDelete
  2. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.. marilah kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa memelihara keselamatan kita.. insyaAllah..
    selamat menunaikan ibadah puasa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikmanya kita jadi lebih berwaspada ....tq

      Delete
  3. Kak suzie.. taman akak xde la jauh dari taman saya ni.. huhu... mmg takut.. lagi satu takut time sahur/subuh pun syaitan2 ni rajin merayap...minta dijauhkan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila. ...mmg pun dekat. Diaorg ni org tadarus pun deorg masuk merompak.

      Delete
  4. Noen,,akak pun dgn anak2 je. Hati-hati lah yer

    ReplyDelete