Sebelum puasa dulu saya ada beli jahit industri ketika jualan murah LSN. Semasa beli tu tempoh penghantaran dalam masa 2 minggu.
Saya menunggu dengan sabar. Lepas 3 minggu baru saya call. LSN janji 2 minggu saya tambah lagi seminggu. Adoiii sedih saya tau ....bila dah call 2-3 kali barulah sampai mesin saya ni. Bila masa sampai pula dekat sangat dengan waktu berbuka. Kelam kabut dibuatnya. Dia nak ajar cara guna pun saya dah tak dengar. Nak masak lagi. Saya kata tinggal buku nanti saya study. Hehehe janome tu sampai laaaa dok rujuk buku lagi.
Lepas 2-3 hari kot baru saya cuba- cuba guna si cantik jelita ni. Mula mula cuba di perca ,jahit lurus je. Berat lah mesin ni dalam hati saya . Nyesal beli. Hihihi lepas dah cuba tu ok macam yakin je nak jahit baju kurung. Sekali bila jahit .........
Eh.....mana button reverse ni
Takkan tak ada pula. Mesin punya la besar takkan tak ada butang reverse.
Akhirnya tengok buku....kat buku ada mesin tak ada.
Aikkkk tak ada.
La.... Depa ni tak pasang ke .
Ke mesin ni memang tak ada butang reverse.
Kena call lagi. Call lah saya ni. Nasib baik dapat kat ros staff yang uruskan penghantaran dulu.
Ros , awat mesin akak ni tak ada butang reverse ke memang tak ada.
Ada lah kak warna putih dekat badan tu.
Mana ada ?mesin ni ada ke butang reverse ( kot la macam mesin hitam singer dulu ) .
Ehhh ada la kalau tak macammana nak mati jahitan.
Eh yela. Dah tu awat depa tak pasang.
Ha.....tak pasang? Bagi no resit kak ....
Adoiii dah nak kena cari resit pula. Nasib baik resit landing baik atas mesin. Hihihi
Dah selesai ,saya cakap dengan ros datang lepas raya. Akak dah nak balik ni. Saya siap bagi tarikh lagi. Datang lepas tarikh tersebut.
Balik dari raya saya tunggu lagi. Lama juga la. Rasanya saya call dekat 31 ogos. Tak ingat dah.
Saya call nak cakap dengan ros.
Ros tak ada ,cuti.
Ok, saya nak tanya resit no ( nasib tak hilang , dah balik raya lama dah tak ingat mana simpan resit).
Saya call semula.
Alah takkan tak tahu. Saya cuma nak suruh technichian datang pasang reverse butang tu je.
Dah cek skru kat bawah mesin.
Skru apa pula? Hari tu diaorang hantar lupa nak pasang reverse button tu je.
Itu kena tunggu ros lah. Dia cuti hari ni. Ros ni selalu buat kerja macam ni.
La....tak apalah. Saya call ros lah. ......geram betul kan.
Esoknya saya call Lns. Dapat cakap dengan ros.
Ros , kak suzi ni . Ingat tak butang reverse mesin akak hari tu. Kenapa tak datang lagi?
Eh.....dah pasang lah akak. Saya dah keluar work order suruh pasang. Dah siap pun.
Mana ada ros. Kalau tak takkan akak nak call pula.
La...akak, budak budak ni kata dah pasang. Siap tutup lagi work order. Tak apa lah nanti ros buat work order baru.
Itulah ceritanya. Seminggu lepas tu barulah datang pasang reverse button tu. Masa tu lah saya tanya kenapa berat ekkk mesin ni. Barulah dapat belajar. Dia pula datang adjust sana sini. Mata jahitan ,pedal, untuk matikan jahitan dan macam macam benda jugalah dia betulkan. Baru macam sedap nak jahit. Dan selepas dah settle tu saya tak guna langsung mesin tu. Lama juga la terbiar je. Baru la minggu lepas hari Khamis saya mula menjahit.
Jahit kain perca panjang gitu. Dah yakin baru jahit sarung bantal. 2 biji. Lepas tu jahit kain batik 2 helai. Lepas memang yakin sikit barulah menjahit baju widad. Jubah je.
Panjang betul kan kisah saya dengan LSN.
Inilah si jelita saya. Gold edition lagi. Rm800. Ok tak. Mana nak dapat kan. Jahitannya memang cantik.
Inilah projek pertama dengan si jelita tu. Sarung bantal , kain batik dan hijau tu jubah widad. Tinggal nak cantum lengan je. Ini tak berapa yakin. Kadang kadang saya tekan terlaju sangat. Kadang kadang elok je. Kena banyak praktis lagi .
Sempat juga menyelit skirt ni. Skirt ni dah berusia 15 tanun kot. Saya pakai semasa prengnant.
Sekarang dah umur macam ni tak nak lagi pakai gambar di bawah. So saya potong jadi skirt.
Asal skirt tu. Sorrylah terseksi sekejap. Hihihi . Anak anak dah tanya tak ada lagi ke mama. Mana lah nak ada lagi. Hihihih
Saya dah dapat bilik jahit baru. Dah lama juga pindah sini. Tapi tak berkemas pun. Sebenarnya berkemas tapi masa raya hari tu asyik menjahit je. Dah bersepah sepah. Dah janji dengan anak anak nak kemas lepas exam. Sebab rak tu nK dijadikan rak buku. Kami nak bina mini kutub khanah. Ikut nasihat Dr Farid Shahran. Bila bina mini kutub khanah ni kita asingkan dan labelkan kategori buku. Nampak menarikkan. So kami nak buat. Kalau dah jadi nanti boleh lah dikongsi di blog saya ni.
Bersepahnya kan. Sabar sabar. Lepas ni projek mengemas akan berlangsung.
Dari bilik jahit saya ni boleh nampak kebun saya. Kemudian surau yang sedang dalam pembinaan. Harap dapatlah guna masa hari raya korban nanti.
Sampai disini dulu nukilan saya. Jangan jemu membaca yer. Heheheh terpanjang pula kan.
Ketemu lagi nanti.
wah suzie .. semakin semangat la menjahit..semuga sukses.
ReplyDeleteHarap harap begitulah azah. Hehehe
Deletemm LSN... mcm kes yg sama.. n sejak itu saya move terus ke servis center di PJ untuk mesin brother.. knp pun tak tau.. push sana sini.. mmm.. by the way.. siyok nyer umah dia dekat dgn surau gitu...
ReplyDeleteFirst time beli ngan Lsn.....itulah pengalamannya. Belum siap lagi. Raya haji ni in sya Allah solat raya kat situ.
Deletememang betul2 x pasang ke reverse button tuh suzie, peliknya.
ReplyDeletemurahlah dapat rm800 jer.. boleh merempit laju lajus
Yelah mila. Pelik betulkan. Saya mula nak marah juga tapi sabar jelah. Maybe terlepas pandang kot.
Deletewaaa... murah tu rm800.. aritu mak saya tukar mesin pun kena 1k plus plus.. dah lah nak raya mesin mak buat meragam pulak..
ReplyDeletekalau rak buku tu nak tukar ke library, kena la cari rak lain untuk bilik jahit.. hihihi... ;)
Betul zila. Juki pun dlm 1200 kot. Tapi akak budget 1k je so oklah dapat ni pun bukan nak ambil upah sangat pun. Saja lepas gian. Hehehe
DeleteMesin jahit industri ni laju kan, tapi boleh jahit fabrik tebal ye kak Suzie? Tahniah, dapat mesin baru. Moga bertambah produktif.
ReplyDeleteYati pernah berurus niaga dengan LSN dulu. Beli kabel mesin jahit, ok la, tak tunggu lama sangat.