Nov 8, 2013

Laksa ....

Assalamualaikum....

Last week lagi saya buat laksa. Saja teringin nak makan. Kalau beli ada je tak kena dengan selera. 
Pergi pasar nampak ikan mata besar or ikan apa yer. Lupa dah nama ikan yang betul. Mentua saya ajar kalau nak buat laksa kelantan guna ikan ni nanti kuahnya putih tak de lah hitam.
Saya beli sebab ingat nak bakar sekali nak makan laksa asam lah. Laksa asam rasanya sedap ikan kembung or ikan sardin lagi.  Kalau guna ikan mata besar kuahnya putih sikit. Saya buat laksa ni tak tumis. Semua rebus je. Ada yang pernah ajar tumis cili tapi tak naklah macam tu. Bila dah makan tu yang direbus lagi sihat kan. 
Ini laksa saya makan sebab tu tak ada ketam. Kalau anak anak saya memang cari ketam dulu. 


Ha inilah laksa saya. Masak je terus makan. Tak tunggu lagi. Patutnya kuah masak hari ini, esok baru makan. Baru sedap. Hihihi saya dari dulu memang suka makan makanan yang masak terus makan. Kalau dah simpan tu dah macam makan makanan semalam. Ngada kan. 
Specialnya laksa asam saya ni ialah ada ketam. Dulu dulu tak pandai pun letak ketam. Tapi bila mula makan laksa mak su saya dia ajar letak ketam sejak tu memang letak ketam. Dah lama juga la resepi laksa berketam ni. Sebab anak anak kalau buat laksa mesti cari ketam. Husband pun sama , ada ketam yer. Saya tak makan isi ketam. Tak lalu sebab isinya rasa manis sangat. Macam muak. Tapi kalau dimasuk kedalam kuah saya akan makan. Bukan ada alah apa pun cuma rasa macam tak boleh nak telan isinya. Ruginya ....ramai cakap macam tu. Hihihihi

Resepi saya 

Rebus ikan dengan asam keping dan garam. Perisi isi ikan dan asingkan tulang. Blend isi dan tulang beasingan. Tulang tu lepas blend kena tapis ambik airnya saja. Blend pula cili kering bawang merah dan bawang besar merah . Bawang lagi banyak lagi best. Manis rasa kuah.  Air rebusan ikan jangan buang, buat blend isi ikan or cili. Lepas tu masukkan semua bahan dalam periuk dan rebus. Masukkan bunga kantan, daun kesum , asam keping. Laksa asam memang sedap dengan asam keping. Rasakan cukup garam dan asam. Kena rebus lama sikit bagi asam keping betul betul masam baru sedap. Masukan juga ketam. Selalu saya masukkan 2-3 ekor. Kalau besar sekor je buat manis kuah. Potonglah 2 ke 4 ke. 
Laksa belilah yang kering ke basah ke tak kisah. Ulam ulaman nya timun , bawang merah , cili api or merah , limau nipis ,salad or selom or pucuk gajus. Tp susah nak dapat pucuk gajus. Masa kecik dulu memang ulam pucuk gajus. .....pehhhh memang terangkat. 

Cubalah yer laksa asam resepi saya ni. Mesti best. 

14 comments:

  1. Elok buat laksa sendiri ikut citarasa sendiri kan.
    Dekat rumah ada pokok gajus tapi tak rajin nak pergi petik pucuknya nun di belakang sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerlah diana , sedap betul. Makan pun puas.

      Delete
  2. Mel pun suka buat laksa sendiri. Lagi pekat lagi sedap. Setakat ni beli tak pernah menepati kehendak. Biasa cair je kuahnya. Mel selalu buat guna ikan sardin tapi kat sini susah nak jumpa. Kalau ada pun dah benyek. 1st time dengar letak ketam. Nanti boleh cuba, kami ni peminat ketam tegarr! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la mel lagi pekat lagi sedap tapi akak ikut je janji sedap. Kadang tak tunggu pekat dah makan.

      Delete
  3. bila ek last buat laksa.. dah tak hengat dah. tak berapa reti nak adjust banyak mana ikan tuh.... kalau kuah laksa putih tuh selalu ler jugak.

    nanti2 boleh try ler isi ketam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut je mila. Saya kalau rumah ni dalm 10 ekor ikan sedang2 tu dah ok. Bukan isi tau masukkan sekor2 tak pun potong dua ke.

      Delete
  4. akak... terliur.... hahaha..
    tak pernah masak laksa.. nanti teringin aii refer sini ek... :P
    saya suka ketam.. kalau gi makan ikan bakar petai kat bangi tu mesti order ketam sweet sour.. hihihi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila , try lah. Nnti akak tulis resepi detail sikit. Ni main bantai je tulis. Hihihih tak leh lah join u makan i tak makan ketam. Hihihih

      Delete
  5. Hi Suzie, women like you are dangerous to bachelors, ha ha ha. I always say, a woman who can make good laksa is worth bring home show mummy....ha ha ha.
    I have eaten laksa from every state and kampong in Malaysia, Sabah, Sarawak. Semua pun sedap!
    And one of the foods my wife made before she sangkut me was Penang style laksa. She had found out secretly I love laksa. Habis cherita!
    If not for food I would have lasted longer as a bachelor, ha ha ha.

    Suzie, I love your this laksa. Outstanding! And yes, kalau ada ketam pun bagus juga. Tapa la, looking at your pic, I agak no problemos lichin dua bowls, easy! By the way, you ada put a bit of tu bunga kantan?
    Asam keping is a must! Good for you. Outstanding!

    Suzie, bila senang, if you not playing golf, drop by my pondok, ada important message, last 2 postings.
    Oh ya, also try drop by tu Amelia's blog.
    Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle lee .....suka sangat laksa.
      Heheheeh main golf hehehe tak la busy main golf tapi busy dengan itu 5 budak.
      Ok nanti i check ur blog. Tq uncle lee

      Delete
  6. Kak Suzie,
    laksa tu nampak sangaaaaat sedap! Cuma yati tak pernah buat, sebab yati sorang je yang layan laksa dalam rumah ni. Rugi kan dia orang yang tak reti makan laksa ni. Sluuurrrppp kuah sampai abis punya la, lagi masam lagi best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La , boring a makan sorang2. Malas nak masak camtu kan. Cuba letak ketam mesti ada yang suka.

      Delete
  7. Renyah nak membuatnya. Tapi nak masak senang campak2 je

    ReplyDelete
  8. Hi Suzie, I have tried to contact you via email 3 days ago but no response. This last call....please leave your GMAIL message at my pondok asap. I shall response.
    I will note it but not expose....
    Terima kaseh.
    Lee.

    ReplyDelete