Jan 22, 2014

Selamat hari lahir Qaid yang ke 7


Assalammualaikum.....

Ahad lepas 19.1.2014 hari lahir Ahmad Qaid yang ke 7. Cuti Jumaat tu kemas kemas rumah , basuh baju sekolah , kasut sekolah. Sabtu tolong jadi nanny kepada Adam. Cucu saya  , tak ada gambar pula dalam ipad. Semua ada dalam iphone n camera. 

Pagi Ahad tu baru confirm nak jemput sedara mara makan makan. Segala barang belum beli. Pagi tu keluar bawa Qaid pergi breakfast sebab dia ada latihan karate do di sekolah. Beli barang basah untuk mi kari. Senarai pun tak buat so ambil je mana ingat dalam kepala. Lepas tu pergi cari jajan jajan untuk disedekah kepada anak anak. Sampai rumah pukul 12 , lepas ambil kek. Kek order konon nak makan kek je hari tu.
So hari tu terjadi birthday party Qaid. Saya masak mi kari , puding caramel dan pengat pisang. Lepas tu saya dapat 2 voucher KFC waktu beli biskut lexus. So tambah KFC dan saya beli apple pie di Sandwich King. Saya juga beli grape. Itu je lah.  


Kakak 2 orang tu tolong decorate. Semua ada je dalam rumah cuma buat je. 


Mi kari saya . Saya dapat sepinggan terakhir lepas maghrib. Suka juga habis tak ada nak simpan simpan lagi. 


Grape. Hihihi 

Abg qaid dengan Affan dan sepupunya Siti Hawa.Tetamu belum sampai boleh posing jap. 


Gambar banyak dalam ni. Hampir 800 kot. Tak transfer pun lagi dalam pc. Malas nak ngadap pc. Tak boleh pula masuk ipad. So nak cerita cerita kat blog pun tak banyak. Gambar ke bandung dan Jakarta banyak sangat. Nantilah cuti panjang boleh ler transfer. 

Ok happy birthday qaid , tak nangis dah masa pergi sekolah. Dah ok pergi sekolah agama , sekolah kebangsaan. Semoga menjadi anak yang soleh. 


Jan 14, 2014

Macam mana lah boleh lupa pula kan ......



Assalammualaikum.....

Bila cerita pasal lupa ni kan. Banyak benda yang kadang kadang kita memang terlupa. Terlupa sangat sangat. Dan ada juga yang kita saja buat lupa. Hihihi tu mesti nak ngelat. 

Hari ni nak cerita pasal lupa ....kereta hitam saya tu roadtax nya mati pada 25.12.2013. Dan saya baru sedar Jumaat lepas. Sabo jelah kan. Kereta myvi tu mati 27. Januari ni. Yang itu saya memang dok ingat. Nanti nak renew kereta myvi saya ni. 

Nasib la kereta hitam tu untuk jalan jauh jer. Tapi yang kelakar dalam mati roadtax tu saya drive ke rawang , ke gombak pergi dan ambil mentua saya di airport balik dari umrah. Memang la tidak ler periksa pun roadtax. Tahu dah nak mati tapi ingat Januari. Ha sekali ambik. Hahahahaha

Saya cakap dengan husband roadtax nak mati ni. Dia pula boleh jawab alah tak apa nanti CARS or AAM ingat kan. Ha tu la harap lagi dengan orang sekali tak ada pun terima call dari siapa siapa. Kereta sendiri kan sendiri mahu ingat lah. 

Minggu ni pula cuti panjang lambat lah sikit nak buat. Kali ni saya tak buat sendiri. Eric tempat saya beli kereta dulu tolong buatkan. Saya mana ada masa nak melepak kat bank lama lama. Nak cari parking , nak tunggu giliran pas tu nanti nak pergi ambil lagi. Adoiiii mak kan busy ngan anak anak. Hahahah

Oklah cerita sini dulu. I nak jaul tau kereta putih tu. Nak ambil yang besar sikit. Tak muat nak angkut anak anak semua. Kesian dan hari ni dah passenger baru. Nak jadi macam Melor juga. Hahahah nak buat transport. Boleh juga buat top up minyak kan. Alhamdulillah. 

Sampai sini dulu ......jangan jadi pelupa macam saya. 

Jan 8, 2014

Wallet for boy

Assalammualikum.....


Ha dapat pun tunjuk hasil kerja jahitan . Jahit semalam dari pukul 3 sampai pukul 430 petang. Nak siapkan cepat cepat sebab kalau dah tolak ketepi jawabnya tak tahu bila nak pegang. 

Ini sebenarnya hadiah untuk Qaid. Dia nak beli tapi macam besar dan susah nak dibuka buka. So janji dengan dia nak jahitkan wallet. Jahitan pun tak cantik. Kerja nak cepat siap. Nasib juga banyak stok kain tebal. Beli dari ikea dulu. Ada 3-4 keping lagi yang belum terusik. 


Pattern wallet. Tak ada ukur ukur pun. Main agak agak je. Tapi potong juga pattern dulu atas kertas. Adjust sana sini baru potong di kain. Dan ada design juga dalam sketch book. Hihihi

Dah siap. Kain ni tebal so macam susah nak jahit. Sedih betul. Sebenarnya kalau ambil masa memang kemas. 


Ini kira belakang kot. 


Patutnya poket sebelah tu nak buat zip tapi bila dah jahit then konon nak test zip terkeluar terus kepala zip. Aduhhhh. Terus malas ,tetas semula. Huhuhu sedih betul. 


Ok lah kan. Tapi nak jual tak laku ni. Hihihih sampai sini dulu . Insya Allah jumpa lagi nanti. 

Daaaaaa


Jan 5, 2014

Anak anak semua ke sekolah

Assalammualikum.....

Tak boleh nak tulis panjang-panjang sebab nak kena masuk dapur dan kejap lagi nak ambik widad dan qaid dari sekolah agama. 

Teringat nak update pada 31.12.2013 konon konon entry terakhir 2013 tapi hampas kelapa balik dari sekolah kepala berdenyut-denyut langsung ke laut. 
31.12.2013 tu daftar anak anak sekolah. Wafi masuk form 1. Alhamdulillah upsr nya dapat 5a dapat lah masuk Sekolah Jalan 4 BBB. Sekolah ini sekolah harian terbaik. Semua anak anak 5a dari sekolah rendah BBB akan ditempatkan disini. So wafi sekolah kat sini je. Tak ke boarding school pun. 

Qaid pun masuk darjah 1. Affan pula di tadika. Cuma widad dan Sofiya yang relax sikit .Tapi sofiya pula nak upsr tahun ni. Sekolah 2 hari rasa macam nak cabut lutut. Mata pula dah ada problem semula. Memang sakit kepala. Silau yang tinggi. Sabar jelah. So tengah tunggu cermin mata. 

Tak ada lah pula gambar anak anak pergi sekolah. Anak dah ramai kan so x minat lagi dah nak snap. Ada lah ambik gambar affan di tadika but he a good boy. Tak nangis pun. Hari kedua  dah boleh cakap mama balik dulu tau. 

Qaid pula kejap berair mata. Aduhhh. Sekolah belum mula belajar lagi. First day masa rehat pergi jenguk dia nangis lagi. Cikgu bawa melawat so maybe panas kot dan letih nangis lagi. Lemah betul lutut. Pagi ni nangis lagi dia cakap batuk pula. Sabo jelah. Hahahahhah 

Oklah sampai disini dulu. Rindu nak buat entry tapi sangat busy. Insya Allah lepas ni qaid dah ok senang sikit kot. 

Jumpa lagi.  Rindu korang.