Jan 5, 2014

Anak anak semua ke sekolah

Assalammualikum.....

Tak boleh nak tulis panjang-panjang sebab nak kena masuk dapur dan kejap lagi nak ambik widad dan qaid dari sekolah agama. 

Teringat nak update pada 31.12.2013 konon konon entry terakhir 2013 tapi hampas kelapa balik dari sekolah kepala berdenyut-denyut langsung ke laut. 
31.12.2013 tu daftar anak anak sekolah. Wafi masuk form 1. Alhamdulillah upsr nya dapat 5a dapat lah masuk Sekolah Jalan 4 BBB. Sekolah ini sekolah harian terbaik. Semua anak anak 5a dari sekolah rendah BBB akan ditempatkan disini. So wafi sekolah kat sini je. Tak ke boarding school pun. 

Qaid pun masuk darjah 1. Affan pula di tadika. Cuma widad dan Sofiya yang relax sikit .Tapi sofiya pula nak upsr tahun ni. Sekolah 2 hari rasa macam nak cabut lutut. Mata pula dah ada problem semula. Memang sakit kepala. Silau yang tinggi. Sabar jelah. So tengah tunggu cermin mata. 

Tak ada lah pula gambar anak anak pergi sekolah. Anak dah ramai kan so x minat lagi dah nak snap. Ada lah ambik gambar affan di tadika but he a good boy. Tak nangis pun. Hari kedua  dah boleh cakap mama balik dulu tau. 

Qaid pula kejap berair mata. Aduhhh. Sekolah belum mula belajar lagi. First day masa rehat pergi jenguk dia nangis lagi. Cikgu bawa melawat so maybe panas kot dan letih nangis lagi. Lemah betul lutut. Pagi ni nangis lagi dia cakap batuk pula. Sabo jelah. Hahahahhah 

Oklah sampai disini dulu. Rindu nak buat entry tapi sangat busy. Insya Allah lepas ni qaid dah ok senang sikit kot. 

Jumpa lagi.  Rindu korang. 

3 comments:

  1. Tugas seorang isteri memang tak pernah habis baik yang bekerja mahupun tidak. Moga diberi kekuatan pada akak menguruskan anak2. hihi

    ReplyDelete
  2. owh.. kak suzie... pekabo? kembali busy nampaknya... dah sek menengah dah anak akak... :) harap2 Qaid ok la selepas beberapa hari sekolah ni... tahun depan giliran saya pulak.. tahun ni saya relaks sikit.. hihi..

    ReplyDelete
  3. Izzah sama umur dengan sofiya rupanya yerr..

    Tahniah to wafi for her 5A UPSR, saya pun kalau bole takmo anak dok asrama, sunyi sepi ler rumah. Tetiba arituh Izzah bgtau yg dia nk try dapat 5A utk dapat masuk MRSM... uhuk uhuk...

    ReplyDelete