May 12, 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014 .......

Anak buah saya join sekali bersempit sempit dalam bilik

Assalammualaikum.....

Pesta buku 2014 dah pun berakhir ,saya pula baru nak buat entry .Bukan apa bila nak masukkan gambar ada je masalah so tinggal dulu.Jadinya lambat la nak buat entry pesta buku .

Saya perasan ada pesta buku bila ada iklan di radio ikim.Ingat pesta buku bulan April tapi tak tahu tarikh.Relax relax je tak pun google ke tengok paper ke .Bila dapat tahu je rupanya minggu depan je .So cakap dengan husband jom check inn hotel.Bila bab anak anak ni husband ok je.
Hari Sabtu kami ada wedding di Kelana Jaya.L epas habis kenduri terus ke PWTC, hujan lebat jalan pun jammed .On the way ke PWTC tu nampak banyak polis.Kenapa la pula banyak Polis ni .
Sampai hotel on tv rupanya Obama sampai petang tu .Patut pun ..heheh .Lepas solat asar kami turun PWTC ,check in pun lambat .Saya ronda dengan anak anak hampir hampir waktu maghrib.Pesta pula tutup pukul 9 mlm.
Esok lepas breakfast kami sambung lagi sampai pukul 12.Itu pun dah rasa nak tercabut kaki .heheheh dan tak semua tempat kami jelajah .Agaknya kena datang pagi pagi kot dan 2 hari berturut turut.




Widad beli komik atan dan penulisnya Ben Wong .





Itu antara buku yang saya borong .Anak anak lah banyak membeli .Saya beli 3 buah je kot .Tapi tebal tebal.Jumpa Ramlee Awang Murshid , penulis novel saya dan husband memang peminat dia tapi kami baru beli novel terbaru beliau di MPH so segan la nak bergambar.Rugi kan .Dan saya sudah tersangkut dengan penulisan Roza Roslan isteri kepada Proff Kamil Ibrahim .So belilah buku buku beliau .Dan katam dah sebuah buku .

Jumpa juga dengan Ustaz Zulkifli Mohd Al Bakri .Ramai peminat beliau .Saya tak beli pula buku tapi sabtu depan nya saya start baca kitab tulisan beliau .Tak tahu la pula ustazah saya guna buku beliau kalau tak boleh borong .
Sampai disini dulu ....rasanya next year kalau nak pergi pesta buku boleh kot check in hotel lagi .opppp lupa nak cakap saya check in hotel seri pacific.Book melalui Agoda .murah sikit .....

Ok .....jumpa lagi .Assalammualaikum....

May 6, 2014

Majlis ruzila dah syahmi .....anak buah saya.

Assalammualaikum....
Alhamdulillah , berkesempatan juga la upload gambar perkahwin raja sehari ni. Ruzila anak saudara saya. Anak kedua kakak saya yang sulung. Walau hari minggu balik juga kami sefamili ke Alor Star. Habis sahaja walimah nya balik Semula ke KL sebab husband nak terbang ke Myanmmar. Penat nya jangan cakap lah tapi ukhwah terbina gembira tak terkata. 


Anak buah saya. Sebab tu suka sangat anak anak saya balik Sebelah Perak sebab ramai kawan kawan.


Ini pengantinnya dengan kakaknya. Anak saudara sulung saya. 

Hmmm banyak betul gambar anak anak ni. Gambar saya ada la tengah berehat atas tangga . Nak tunjuk pun malu. Hihihi


Adik perempuan saya dan kakak no4 saya 


Tengok ....ini geng boys. Geng qaid dan affan. Sebaya je kan. 


Pengantin dah sampai .....kompang pun dipalu 


Chef untuk pengantin. Anak buah saya juga .dulu tugas ,sekarang dah malas 



Pengantin......


Group dapur.....abang abang ,adik adik n anak anak buah lelaki. Abang ipar n adik ipar pun ada. 


Emak pengantin....kakak sulung saya 


Abang ipar saya .....bapa pengantin 


Petang tu juga potong kek sebab ramai nak balik. 


Tunggu habuan .....heheheh

Ukhwah yang mengembirakan. Walau penat letih mengantuk tapi tetap mengembirakan. Balik KL pinggang saya cramp sebulan. Gara gara memotong bawang dan siang tauge. Hahahah 
Sampai disini dulu. Jumpa lagi nanti. 

May 1, 2014

Majlis faiz dan suri....anak buah saya

Assalammualaikum.......

Bazle Faiz anak sulung kakak saya . Kakak saya pula kakak no 2 saya. Saya ada 4 orang kakak. Majlis ni pada 1hb februari. Di sungai isap kuantan. Time CNY.. Ramai ramai turun dari Perak dan Alor Star berkumpul di KL dan kemudian ke Pahang. Musim ni cuaca sejuk sangat di Kuantan. Nak pijak lantai pun ngeri. Memang sejuk. 
Di Kuantan kami ambil 2 homestay di Indera Mahkota 15. Riuh rendah famili kami. Sebuah untuk anak anak sebuah untuk mak ayah. Hihihi makanan di sebelah mak ayah lah




Selesai sudah upacara akad nikah.



Kakak no 2 saya. Emak pengantin. 


Bercermin mata ....abang ipar saya. Bapa pengantin. 


Tengok .....diaorang yang suka sangat. 

Sempat posing .....tunggu pengantin siap nak berarak ke Kelab Golf Kuantan. 


Rombongan raja lah katakan .......dapat parking depan dewan. Hihihiji


Wafi ....jadi flower girl jap .....



Kami kena naik tepung tawar. Nampak sangat dah tua kan. .....huhuhu


Tengok ....geng duduk semeja 


My big famili. Ada yang x naik dan ada yang tak ikut. 

Lepas seminggu majlis Faiz ni kami bergerak ke Alor Star pula. Majlis anak buah saya juga . Anak buah perempuan. Nanti lepas ni saya buat n3 lain.
Kemudian masa cuti sekolah bulan Mac kami ke Alor star lagi. Sebab majlis menyambut menantu.
Buat majlis di rumah saja.



Tak ada pelamin cuma meja santapan yang dihias cantik. 


Antara menu untuk pengantin. 


Saya ....tudung biru .....jadi orang dapur. So tak payah lawa lawa just baju kurung cotton sebab cuaca panas sangat. 


Alamak ....lupa nak rotate. Sorryyyy....photo booth kami. 


Didapur pun kami ....penyambut pengantin pun kami. 


Nasib tak kena layan meja ni. Sebabnya kawan saya yang 20 tahun tak berjumpa datang bertandang. Hmmmmm best betul. 

Esok lepas walimah terus balik ke Besut. Penat letih tapi bila berjumpa dan berkumpul hilang segala penat tu. 
Sampai disini dulu. Jumpa di next entry.