Assalammualaikum.....
Hari kedua kami berkhemah. Pagi tu bangun cuaca sejuk sangat tapi belum hujan. Anak-anak ada morning walk , kami kaum ibu memasak .Tukang masak kami cuma akan masak untuk lunch sahaja. Pagi itu kami goreng pisang hasil kem juga , buat jemput pisang atau cokodok pisang heheh dan bihun goreng putih dengan pucuk salang.Bihun ni memang resepi kami dari kecil lagi.Pucuk salang memang tumbuh meliar di kawasan rumah saya. Memang akan tumbuh sendiri.
Selepas sarapan hujan turun mencurah-curah.Sejuk sangat cuaca...lepas mandi tu kami lepak lepak je.Lunch tu menu kami kerabu pucuk paku , kerabu pucuk setang ( pucuk setang ni pahit sesangat , kalah peria or pucuk betik tapi buat kerabu atau dicicah sambal kelapa memang best ,boleh dimakan mentah atau dicelur.Selalu kami masukkan pucuk dalam talam atau dulang dan dicurah air panas.Kalau dicelur didalam periuk or kuali rasa pahitnya akan melekat ,kalau memasak makanan lain dalam tu memang tidak boleh dimakan ...pahit sesangat. )
Pagi tu hujan lebat jadinya terpaksa masuk kan khemah di dalam dewan.Kelam kabut masing masing alihkan khemah.Kalau tak, basah pula nanti ...Tapi nikmatnya, hujan mencurah-curah badan penat sebab saya drive sendiri dari KL....malam tadi tidur lewat ,Awal pagi dah bangun memang mata asyik nak lelap. Sebelum makan tengahari sempat juga saya tidur....syukur alhamdulillah.Bangun tidur terus ke tempat makan ....mentang-mentang ada tukang masak ...hehehe
Sebab hujan, aktiviti anak-anak cuma indoor game. Main dam ,dam ular ,chess , batu selambut ( seremban) mak nya ketiduran ...hehehe.Khemah saya siap ada tilam sebab saya memang bawa tilam pam...pertama kali pula tidur atas tilam ni sebab baru dibeli .heheh sempena kem...apalagi memang terbaik...
Lepas solat zohor hujan renyai-renyai aktiviti kayak dijalankan. Walau hujan renyai tapi anak-anak ni semangat .Kalau dapat main air suka sangat lah kan ...
Sungai memang abang saya tidak benarkan turun sebab selalu terjadi kepala air.Saya pernah saksi kan kepala air ni tapi tidak seteruk abang saya tengok.Kepala air ni memang bawa kayu hanyut batu besar ...jadi bayangkan besar dan lajunya kepala air ni ....
Aktiviti kayak ni buat di kolam yang dibuat oleh pihak kem.Air nya tak laju so tenang sahaja. Suka tengok anak-anak ini mencuba .Qaid pun boleh berkoyak single walaupun pertama mencuba.Affan pun boleh berkayak.Memang enjor sesangat .....
Cuaca hujan so anak-anak lepak-lepak dan main indoor game saja...
Dari dalam khemah saya , sempat suruh anak-anak ni posing .Hari kedua adalah warna merah , kuning atau oren ...so sepakat pakai shirt warna-warna tadi.
Briefing sebelum berkayak...cara mendayung ...kusyuk semua ...heheh
Tunggu giliran nak naik kayak...saya siap berpayung tengok saja anak-anak ...
Anak-anak saya kan ada sepupu sebaya so pandai masing masing cari pasangan ...
Duduk ditebing pula kena hati-hati banyak pacat ...hehehe
Tengok, ni Qaid...mula-mula dia takut-takut sebab kena naik single tapi bila dah dapat step hmmmm susah pula nak disuruh naik ...hehhe
Pemandangan yang hijau ....mendamaikan juga .....
Hari ini hari sabtu jadinya malam itu ada bolasepak Malaysia lawan Thailand.Lepas kayak kami makan malam , solat maghrib kemudian 4-5 biji kereta juga balik ke rumah kakak saya .Balik tengok bola.Saya dengan kakak dan abang saya lepak di kem.Malas nak tengok .....hehehe takut kalah.Anak-anak yang kecil kami tidurkan awal.Penat berkayak petang tadi .Sakit tangan kata Qaid tapi best ...heheheh
Sampai disini dulu untuk kali ni ...ada satu lagi entry ....jangan jemu yer.....