Mar 12, 2016

Macam-macam ujian

Assalammualaikum

Seminggu lepas semua anak-anak saya demam. Affan yang mula sekali kena , Khamis berlarut hingga ke hari selasa. Dua kali jumpa doktor , sampai habis ubat demam . Lepas Affan , Sofiya diikuti Qaid dan Wafi . Widad je yang tak demam dengan saya . Doktor kata demam virus , demam on off , malam perut kembung , muntah pening kepala . 

Hari Khamis Affan demam , hari Jumaat kereta saya kena langgar. Dilanggar motor budak sekolah , mujur jugalah dia tak apa-apa. Tapi geram sangat , bila ramai-ramai tu , ada geng , nak tunjuk handal , motor dah tak boleh dikawal terbabas. Kalau dia tak jatuh tergolek nak je saya cubit cubit . Geram .....muda lagi kan .


Inilah keadaan kereta saya , kepala dia terhentak kat cermin . Polis pun takut bila tengok , dia kata selalu ada patah ni .Tapi elok pula la budak sekolah ni. Lega saya dengar dari whatsap emaknya .

Habis cerita kereta anak-anak demam , Khamis lepas belakang rumah saya rumput dah dijilat api.Tak tahu apa puncanya , berkepul-kepul asap , saya pula nak keluar hantar anak-anak ke sekolah .Wafi je tinggal sebab dia demam . Kelam kabut minta tolong jiran panggil bomba ....asap berkepul-kepul. Alhamdulillah juga sempat dipadamkan . Sabar jelah kan ....


Ini cerita semalam , lepas hantar wafi sofiya ke sekolah bawa anak-anak breakfast . Qaid makan separuh je nasi .Selera belum ada , selalu dia boleh habiskan nasi lemak ni . Affan  dah boleh habiskan , widad pun , saya share dengan Qaid .Kesian tengok , seminggu makan muntah , minum muntah , beli tosei pun tak makan selalu favourite sangat .


Alhamdulillah semua dah sihat , dapat bercuti sekolah dengan santai nya . Wafi dan sofiya ada kelas tambahan di sekolah sampai selasa. Jadinya tak kemana-mana , lepak-lepak kat rumah , boleh agaknya jahit-jahit sikit . Mesin pun dah rindu dengan tuan dia ...

Ok jumpa lagi