Mar 12, 2016

Macam-macam ujian

Assalammualaikum

Seminggu lepas semua anak-anak saya demam. Affan yang mula sekali kena , Khamis berlarut hingga ke hari selasa. Dua kali jumpa doktor , sampai habis ubat demam . Lepas Affan , Sofiya diikuti Qaid dan Wafi . Widad je yang tak demam dengan saya . Doktor kata demam virus , demam on off , malam perut kembung , muntah pening kepala . 

Hari Khamis Affan demam , hari Jumaat kereta saya kena langgar. Dilanggar motor budak sekolah , mujur jugalah dia tak apa-apa. Tapi geram sangat , bila ramai-ramai tu , ada geng , nak tunjuk handal , motor dah tak boleh dikawal terbabas. Kalau dia tak jatuh tergolek nak je saya cubit cubit . Geram .....muda lagi kan .


Inilah keadaan kereta saya , kepala dia terhentak kat cermin . Polis pun takut bila tengok , dia kata selalu ada patah ni .Tapi elok pula la budak sekolah ni. Lega saya dengar dari whatsap emaknya .

Habis cerita kereta anak-anak demam , Khamis lepas belakang rumah saya rumput dah dijilat api.Tak tahu apa puncanya , berkepul-kepul asap , saya pula nak keluar hantar anak-anak ke sekolah .Wafi je tinggal sebab dia demam . Kelam kabut minta tolong jiran panggil bomba ....asap berkepul-kepul. Alhamdulillah juga sempat dipadamkan . Sabar jelah kan ....


Ini cerita semalam , lepas hantar wafi sofiya ke sekolah bawa anak-anak breakfast . Qaid makan separuh je nasi .Selera belum ada , selalu dia boleh habiskan nasi lemak ni . Affan  dah boleh habiskan , widad pun , saya share dengan Qaid .Kesian tengok , seminggu makan muntah , minum muntah , beli tosei pun tak makan selalu favourite sangat .


Alhamdulillah semua dah sihat , dapat bercuti sekolah dengan santai nya . Wafi dan sofiya ada kelas tambahan di sekolah sampai selasa. Jadinya tak kemana-mana , lepak-lepak kat rumah , boleh agaknya jahit-jahit sikit . Mesin pun dah rindu dengan tuan dia ...

Ok jumpa lagi 

14 comments:

  1. Ya Allah.. semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga..

    Kuat pulak budak yang hentam kereta akak tu.. harap family dia bawak la dia cek dengan doctor.. bahaya gak takut ada yang cedera dalam kan.. huhuhu.. takut saya tengok budak2 sekolah bawak motor nih..

    selamat membelai mesin jahit kak.. saya ni sibuk dengan senam tabata..hihihi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia x apa2 pun zila, ok je mak dia kata. keta repair guna ins akak , habis ncd

      Delete
  2. Musim panas ni, anak-anak yati pun demam juga minggu lepas.
    Gerun tengok kete kek Suzie. Budak sekolah yang bawak motor tu ada lesen ke tidak, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa yati. semua org gerun tgk...x da rezeki

      Delete
  3. Thank you for his article
    I can learn a lot and could also be a reference
    I wait for an update next article

    vimax aceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you to u too....insya Allah will later

      Delete
  4. Nasib baik semua orang tidak apa2. Cuma anda perlu bazir sikit wang utk baiki kereta. Kesian...

    Hook and loop tape

    ReplyDelete
  5. alahai suzi.. sabar yer.. banyakbetul dugaan.
    Dah repair ke kereta?
    Musim panas camni memang pun senang dapat demam dgn suhu tinggi kan, saya pun arituh cirit birit sampai lembik. Alhamdulillah dah sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dpt smlm mila ...sebulan juga sebab nak claim insuran

      Delete
  6. uishhh kak suzie, banyak betul dugaan tu. Alhamdulillah semua selamat. Mungkin nak dapat durian runtuh tak nih? ^^

    ReplyDelete
  7. Terkejut tengok kereta remuk begitu.
    Nasib baik tiada kecederaan apa-apa semuanya selamat.
    Musim panas-panas ni keep cool Kak Suzie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa D , tapi ada yg kata keta skrg cam ni impact kat luar teruk tapi dlm kurang .wallahualam tapi kami semua ok.alhamdulillah

      Delete