May 10, 2016

Makan kek di bulan Syaaban

Assalammualaikum..

Lamanya tak ada update blog.Husband balik bercuti 10hari je. So sibuk pula kesana kemari ,uruskan kereta ,kerja-kerja yang tertangguh yang kena dibuat berdua .Hari-hari keluar cari-cari masa lapang dicelah-celah apabila anak-anak ke sekolah . Semput juga kesana sini .
Bila dia dah pergi kerja , mood dah kelaut .Sedih kena tinggal hahahahha

Ok last week penuh dengan ucapan hari ibu .Lepas tu ada pula pendapat haram menyambutnya , so banyak perbalahan. Bagi saya bila-bila je boleh nak beli hadiah , nak beli kek ....ikut suka kitalah kan . Ahad lepas kebetulan keluarga dari kampung datang bawa ikan lampan 7 ekor yang besar-besar .Jemputlah semua menjamu selera. Anak saudara saya pula beli kek untuk minum petang siap tulis happy mother day  lagi .Saja-saja heheh anak-anak excited , sebiji kek sekejap je habis.

Last week saya dah beli hadiah ...untuk saya dan mentua .Boleh lah kunun-kunun hadiah hari ibu .Sebenarnya dalam hati banyak sebab nak beli hadiah ni.Nak bagi sebagai hadiah hari ibu , nak kasi hadiah sebab nanti nak balik kampung masa cuti sekolah , nak kasi hadiah sebab dah nak Ramadhan , nak kasi hadiah sebab dah nak raya.Mentua saya hanya pakai baju sutera sejuk katanya . So bila nak raya saya akan bagi benda lain selain kain untuk baju .



Dapat kek 


banyak ni je mak pun ....heheh