May 14, 2011

Diam seminggu .........ada apa ye....

Dah lama tak lepak dalam ni dan dah lama tak masuk entry.Sibuk  dengan aktiviti dan sibuk juga dengan anak-anak.Aina Widad wakil bola jaring Zon Serdang dan akan bertemu dengan Zon Balakong.So latihan setiap Sabtu.Sapa yang sibuk mama dia jugalah.Setiap Sabtu kena la ke padang tunggu Widad buat latihan .

Posing dari Widad

Ini pula majlis Aqiqah anak saudara yang ke 47 or 48 dah tak ingat.Zikraa Awatif nama baby  kali ni.Yang pegang kelapa tu la adik saya dan yang pegang baby tu pun adik saya .Majlis bercukur dan aqiqah.
Ahli-ahli marhaban
Ini pula ahli-ahli makan.....heheheh ada adik perempuan saya ,ada kakak ada kakak ipar.Tengah nak kacau rojak buah untuk jamuan.Kuah Rojak mak bee from aloq staq.



Ini pula cucur jawa.Orang Batu Kurau la....tapi kalau orang Kelantan panggil cucur topi tapi dibancuh  dengan gula putih.Yang ini dibancuh dengan gula merah dengan tepung beras.
Resepinya:
500gm tepung beras
1 cwn tepung gandum
air gula merah secukup manis.

Caranya
Masak gula merah hingga cair.Kemudian tuang kedalam tepung ketika masih panas.Kalau adunan keras boleh tambahkan sedikit air panas.Kacau hingga sebati.Untuk mendapatkan hasil yang cantik perap kan adunan 1jam hingga 4 jam.
Gareng dgn minyak secukupnya.......Selamat mencuba.....

3 comments:

  1. lapo la pulak tgk kuih tu pg2 ni....hehe

    ReplyDelete
  2. oooo... banyak acara ya, Kak Suzie. Cucur jawa tu macam pernah nampak kat pasar malam, tapi rasanya kueh kelantan kot.

    ReplyDelete
  3. wah.. ramainya anak sedara akak... saya nye anak sedara campur anak sendiri baru 13 org.. tu pun kalo raya meriah/kecoh sekampung.. hahaha.. bestnya tgk majlis mcm tu... :)
    mcm kuih akok saya tgk.. sama ke kak?

    ReplyDelete