Aug 18, 2011

Nasi Sup Siam


Malam tadi berbuka dengan nasi sup siam.Resepi ni dapat dari mak saudara husband.Sedap sebab ada masam dan pedas.Anak-anak memang suka ,semalam siap suruh stop makan sebab dia makan sampai habis nasi.Hehehe saya pula lupa nak lebihkan sikit nasi.
Resepi :
Daging dihiris kecil-kecil ,macam hujung jari kelingking .Perap dengan sos nampla selama sejam.Sos ikan ke ,sos sotong ke .Selalu saya beli brand Muslim Best tapi baru ni ada kat TV sos sotong dari Thai memang halal.Thai pun ada pusat penyelidikan halal macam kat Malaysia juga.
Kemudian cili kering diblender dengan bawang merah,bawang putih dan halia.Tumis cili ni kemudian masukkan daging.Masaklah sampai masak dan masuk garam dan gula .Kadang saya tak letak gula pun.

Untuk sup pula daging direbus dengan bawang merah ,bawang putih dan halia.Daging tak payah banyak just untuk ambil air daging je.

Nasi pula masak lembut sikit.Selalu saya masak bila nak makan jer nasi baru masak.Maknanya nasi masih basah-basah lagi ...
Sediakan ikan bilis goreng,bawang goreng,cili padi,limau nipis atau kasturi (untuk hiasan)
Dah siap semua tu boleh lah makan.Masuk nasi letak daging,ikan bilis ,bawang goreng,cili padi,daun sup perah limau last masukkan sup.Sup tu letak biar nampak macam kuah.So kena makan dengan sudu.Siap.Selamat mencuba yer.


Kat bawah ni pula puding karamel.Senang juga.Masak gula untuk buat gula hangus. Dah masak masukan dalam loyang. 5 biji telur ,3 keping roti ,susu pekat dan air.Blender sampai hancur.Kemuadian tuang adunan ni ke dalam loyang gula hangus tadi.Kemudian kukus hingga masak.Dah masak jangan lupa terbalikkan yer nanti tak nampak la macam gambar kat bawah ni ...hehhehe....macam ada pengalaman jer....Kalau tak masukkan roti pun boleh tapi terasa sangat telur so saya lagi suka masukkan roti.Kakak ipar punya resepi.



Oklah selamat mencuba semua yer....

Aug 17, 2011

Invisible Zip......

Dibawah ni sebenarnya jubah untuk Widad.Jubah widad ni dah 4x jahit zip sembunyi tapi masih ternganga macam ni .Kecewa betul.....masa kat kelas lawa jer jahit bila kat rumah hahhhhh ternganga la pula....Tapi saya pejam je mata sebab dah tak larat nak tetas-tetas ni.Budak-budak ni suka je baju diaorang ni ...Baju anak-anak dah siap tinggal nak jahit baju saya jer.Lagi satu husband suruh buat bag balik kampung.Tak nak guna travel bag tu sebab nya berat.Nanti barang penuh sangat.Tahu jelah kalau dah balik kelantan semua benda nak bawa balik.


Malam ni dah malam ke 19.Saya dah mula tak tahu nak masak apa dan dah mula tak lalu makan masa sahur .Tetapi satu je saya masih rasa bersyukur sebab masih lagi setia berterawih di surau.Tak terasa lagi nak ponteng.hehehe kalau dulu time macam ni nak mula liat je...Dan saya juga dah mula berkira-kira nak membuat biskut dan kuih raya .Sekejap je kan....dah nak sampai 10 mlm terakhir.Hmmmmm minggu depan saya nak hantar Milah pembantu saya balik beraya ke rumah makcik dia di Ipoh.So malam 26 hingga la ke hari raya saya tak ada pembantu jadinya tak boleh lah saya ke surau .Solat Aidil fitri pun terlepaslah nampaknya.

Sebenarnya banyak juga menu saya buat tapi tak sempat nak snap.Selasa lepas saya buat kuih pau.Sedap tapi tak lawa.Kulit pau berkedut macam kulit orang tua.Malam tu juga saya ke uptown Jln Reko Bangi...saja jalan-jalan kot la ternampak tudung-tudung baru tapi tak ada pun.Baju kurung biasa-biasa saja ....cantik-cantik tapi tak suka sangat baju yang bersepah di pasaran.Saya suka yang pelik sikit .Akhirnya lepas puas berjalan beli teh ais jer....hahahah
Malam tadi menu berbuka nasi goreng cili kering.Saya tumbuk cili kering tak guna cili kering blender tu.Sebabnya banyak sangat nasi lebih dalam peti.Semasa krisis beras dulu saya mula belajar nasi lebih simpan dalam peti.Bila dah simpan 2,3x boleh buat nasi goreng.Kalau ada lebih sesudu pun saya simpan nanti boleh boleh jemput-jemput nasi .Kalau lebih banyak saya kukus dan makan je nasi tu.Nasi bila kita kukus jadi lembut dan macam nasi yang baru dimasak.

Selamat mengejar lailatulqadar

Aug 15, 2011

Badak Berendam...


Kalau tengok gambar ni bukan lagi badak berendam dah ni ,macam badak dah jatuh lumpur ...hehehhe.
First time buat kuih ni 3 tahun lepas.Buat adunan then masuk kan santan dalam kuih ni then kukus.Sedap tapi ada kepala santan .So semalam husband suruh buat ,rasa macam nak surrender dah tapi teringat nak cari resepi dalam internet.Terjumpa la blog ZalinZalina ,macam-macam tutorial, macam blog craft tapi cerita pasal masak-masak.So inilah hasilnya.Terlebih santan......orang jenis keje nak cepat tu la pasal....heheheh


Selepas 8 hari ABC , dah mula pergi Terawih .Tahun ni berazam nak buat terawih sampai habis dan kalau boleh lailatulqadar tu nak betul-betul nikmatinya.
Sekarang umur dah nak ke arah 40 ,lupa nak story birthday saya 14hb Ogos ....hari lahir yang ke 37.Hhehehe......berbeza memang berbeza.Dulu bujang-bujang dulu sanggup solat Isyak kat rumah then terawih kat surau padahal pahala solat Isyak berjemaah lagi banyak.Bila dah umur macam ni baru teringat jahilnya aku dulu.Tapi ok jugakan bila dalam hati kita terdetik kejahilan kita dulu maknanya kita  dah berubah ke arah kebaikan.Macammana kalau sekali pun kita tak kesal akan kekhilafan kita dulu .....dimanakah kita agaknya.Ya Allah ....teguhkanah iman hambamu ini ....Amin

Aug 13, 2011

Beg pensil...


Beg pencil ni untuk anak buah Cikgu Nor.Cikgu Nor ni ustazah anak-anak saya .Dia ajar semua benda .
Ini maybe untuk hadiah hari raya kot...hehehe tak tau lah.Saya sulam then letak butang pensil.Macam je dah cukup kot ,dah kering idea.

Ini pula juadah berbuka pada Jumaat.Anak-anak nak makan mee je so abah terpaksa la beralah.Tapi husband tiap-tiap malam makan cendol....hehehe Tq.
Malam tadi Aina wafi nak makan ayam drummet so saya just masak nasi minyak makan dengan sambal sotong dan ayam drummet.Desert pula beli Big Apple sebab semalam dah merayap di Alamanda.Dah 2 malam saya minum sirap selasih .Hmmmm memang sedap....Malam tadi lepas terawih boleh lagi kami merayap ke A&W PJ.Teringin nak makan float.Hampir 1jam beratur tapi berbaloi dapat minum float ...Ramai betul kat situkan walau dah tengah malam.Melayu ,Cina ,India semua ada.

Dah gantung Jalur Gemilang ke ....saya belum cari lagi .Yang lama dah buruk so kena cari yang baru .Pergi Giant lupa pula nak tengok.....
Ok jumpa lagi ....

Aug 11, 2011

Baju melayu ....for my boys


Akhirnya siap juga baju melayu untuk Affan ni .Bukan baju melayu cekak musang pun.Kalau nak buat baju melayu leher baju kurung boleh kot buat tapi bab poket tu lagi satu lemah sikit.Bulan ni ambil juga beajar baju melayu kat Epal tapi tak pergi kelas.Tak sempat .....semua benda tak sempat kan....Baju Affan ni nampak macam besar tapi bila pakai nampak handsome jer.Qaid punya pun sama macam ni juga.Kain ni bila tengah menjahit tu nampak macam daun ketupat palas.Kuning dan line hijau .heheheheh 



Ok cerita pasal juadah.Semalam makan pulut kuning dengan rendang pedas ayam.Buat 2kg pulut 1kg untuk rumah 1kg lagi sedekah kepada jiran dan adik-adik saya.

Inilah rendang pedas ayam.Resepi mak saya ,guna ayam kampung.
Resepinya : Ayam
Cili kering
halia
bawang merah
serai (banyak kalau nak serbuk banyak)
santan.
kelapas parut
daun kunyit
Caranya:
Blender semua bahan rempah kecuali daun kunyit dan kelapa parut.Blender dengan santan.Bila dah lumat semua bahan-bahan tu masukkan kelapa parut dan blender sekejap.Kemudian masukkan terus bahan yang diblender dalam kuali dan masuk kan ayam n daun kunyit yang dihiris halus..Rendanglah sampai kering.Rasakan dengan garam.


Ini pula cendol.Selalu bulan puasa saya memang buat cendol sendiri jarang beli.Bising husband sebab kena tekan cendol.acuan kat rumah lama lagi guna tapis lubang besar tu ...heheheh .Buat banyak sebab nanti boleh simpan .Tapi tak makan banyak mana pun...suka je nak buat ..hehehhe

Aug 10, 2011

Homemade bubur lambuk

Semalam mentua datang sekejap sebab nak hantar biras saya nak ke Sudan.Saya plan nak masak nasi dan lauk pauk je tapi bila jumpa mentua dia kata nak buat bubur lambuk.So semalam makan bubur lambuk lah.Sedap tetapi sebab dah penat saya tak ada selera nak makan.Saya pula ABC ( Allah bagi cuti) hehehe anak-anak saya yang ajar.Nasi putih tetap kena masak sebab abah mesti berbuka dengan nasi .Tapi tak payah susah-susah lauk simple-simple pun dah ok....
Resepi homemade bubur lambuk saya ni dapat dari mentua ye ...

Bahan: Beras
Ikan bakar ,ambik isi dan tumbuk pecah-pecah..(semlm saya guna ikan kerisi)
udang
daging,/perut (rebus hingga empuk)
pucuk midin
pucuk kaduk
daun kesum
santan

Rempahnya
Bawang merah
bawang putih
halia
serai
lada hitam.

Cara: Masak nasi seperti bubur nasi ,bila nasi dah kembang masukkan bahan rempah dan udang,daging dan isi ikan.Bila dah masak semua masukkan sayur dan santan.RBiarkan mendidih sebentar.Rasakan dengan garam.

Sahur :
Terubuk goreng
sawi goreng
tapai ubi goreng
pisang goreng



Inilah belakang rumah saya.Pisang dah keluarkan jantungnya.Sekarang dah lama kera tak lepak -lepak belakang ni.Tapi banyak anjing la pula.
 Jantung pisang,ada kata pelik sebab jantung dan buah nye keatas.Pada fikiran saya ...heheheh nanti bila dah buah banyak dia akan merunduk kebawah.Tapi tak tahulahkan...Masa kat kampung manalah nak tengok jantung keluar ni.Bila dah kuning pisang baru cakap kat mak pisang dah kuning dan boleh tebang.Tebang jelah.Ini kat rumah sendiri kan, bila jantung keluar pun perasan...heheheh kelakar....Tak apa nanti kalau betul-betul pelik saya bagitau ...heheheh 

Ini Affan.Pantang on camera mesti nak suruh snap gambar dia.Siap buat aksi dengan berus gigi.Ingatkan dia ambil berus gigi nak buat pedang.Dia kan suka buat aksi pedang tapi hari ni baiklah pula nak tunjuk aksi berus gigi.

Aug 8, 2011

8 Ramadan

Hari ni berbuka dengan Dominos pizza.Tapi saya tambah mash potato .Buat sendiri.....anak-anak memang suka.Dan bersahur pagi nanti bercadang nak masak nasi lemak.Esok mentua nak datang bermalam kat rumah.Biras saya nak ke Sudan esok petang.Maknanya esok memang kena makan nasi so hari makan pizza.heheheeh

Ok ....saya bagi resepi mash potato : Rebus kentang hingga lembut.Jangan lupa masa rebus kentang letak garam.Kentang kena rebus sampai lembut betul.Lenyek kemudian ditambah susu segar dan stok ayam.Kacau sampai sebati.
.Untuk sos pula : panaskan butter ,kemudian masuk bawang besar yang dicincang.Bila bawang dah layu masuk kan secubit dua tepung gandum kenudian tambah susu segar.Kacau sampai sebati.Bila dah pekat angkat.Saya kacau ni dlm pan.

Peringatan untuk diri sendiri dan untuk dikongsi
Jangan dikira berapa pahala yang kita dapat sebab janji Allah sudah tentu tapi kuatkan amalan kita dengan ikhlas

Aug 6, 2011

Majlis berbuka puasa

Semalam ada jemputan ke majlis berbuka puasa di Rumah anak-anak yatim Darul Izzah Kg Teras Jernang.Anjuran jiran sebelah rumah saya sempena menyambut birthday yang pertama anak sulung mereka Mohd Faris.Ada bacaan Yassin dan tahlil.Semoga diberkati selalu.Sorry yer gambar tak memuaskan.Affan tiba-tiba demam so merengek sikit la .Duduk je atas riba .


Inilah tempat kami menjamu selera.Makanan pun sedap.Disini cuma ditempatkan anak-anak lelaki sahaja.Anak-anak perempuan disediakan asrama di Melaka.Menurut Ustaz diDarul Izzah ni sebulan Ramadan ni sudah penuh dibooking untuk jamuan berbuka.
Sahur malam tadi cuma dengan husband je.Anak-anak dara semua kerumah adik saya .Biasa la kalau jumpu sepupu diaorang tu memang lah nak ikut tak pun si Damia tu tidur kat sini .

Berbuka:
Asam pedas ikan tenggiri
Ayam goreng rempah
udang sambal
sayur campur
kuih muih dan buah-buahan
Sirap bandung

Sahur :
Tenggiri bunga goreng ( diperap sejak malam dengan serbuk kunyit,garam dan cili blender, bangun pagi terus goreng)
Sawi goreng

Aug 5, 2011

Tak ada nasi....


Malam tadi menunya : Ayam bakar (diperap dengan bawang merah,bawang putih,halia ,lada hitam dan butter)
Sosej bakar
roti pita 
salad 
Jemput-jemput gula
Habis semua kecuali roti.Tak pe boleh simpan nanti buat kuah pula cicah.

 Ayam yang baru angkat dari dapur .....berpeluh-pluh bakar ayam.

Resepi Jemput-jemput gula:

Tepung naik sendiri dibancuh dengan gula.Pukul hingga tepung dengan gula hingga gebu kemudian biarkan sehingga 30min.Selepas tu goreng dalam minyak yang banyak.....

Sori ...no picture .....

Berbuka malam tadi : Spaggeti je ( dah bosan la makan nasi )
Jemput-jemput durian

Sahur : Nasi putih
Ikan cencaru sumbat sambal
Tauge goreng
jemput-jemput pisang

Special nya jemput durian.Hehehehe tak sempat ambil gambar.Husband lepas terawih balik nak makan dah habis.Kesian pula.2 minggu sebelum puasa saya ke pasar malam beli durian murah.Yang rasanya kurang sedap nak makan simpan dalam freezer yang mana sedap makan .....So dalam freezer ada 2 kotak bekas ice cream berisi durian.Simpan untuk makan bulan Ramadan.

Resepi jemput-jemput durian :

Durian di asingkan dari biji.Gaul durian dengan sedikit gula sehingga lembut.
Bancuh tepung gandum + tepung naik sendiri dengan telur.Saya masuk dalam blender je supaya  tepung tak berketul.Bancuh adunan tepung ala-ala roti jala.Kemudian bulatkan isi durian tadi masuk ke dalam tepung dan terus digoreng.Jangan masukkan banyak-banyak dalam minyak sebab nanti adunan melekat satu sama lain.Bila dan kuning-kuning angkat.Durian juga boleh diganti dengan lempuk durian.Cubalah memang sedap.

Aug 3, 2011

MORE

Semalam sepatutnya ada majlis berbuka di rumah adik lelaki saya tapi sebab saya pula ada more so jemputan tidak dapat dipenuhi.Anak-anak saya yang bertiga tu je sibuk nak ikut sebab sukalah kan berkumpul dengan sepupu dia orang.Semalam berbuka saya masak lemak udang galah ni je.......terliur tak.Kalau beli udang kalah suka cari sepit besar sebab nanti buka makan.Ketam saya tak makan tapi udang makan .

Berbuka semalam:
Udang masak lemak ( tu je sebab dah penat siapkan juadah more)
Pasembor.....
Bersahur :
Udang lagi 
Daging goreng dengan carrot

Dah tinggal 2 ekor je......
 Inilah juadah MORE saya ,walau tak ramai sebab hujan lebat tapi habis juga.Makan dan dibawa pulang juga.Alhamdullilah......
Timun,sekuang,kentang,tauhu dan cucur kucai

Kuah kacang

Resepi Kuah Kacang :

Kacang tanah digoreng
Bawang besar digoreng
Cili kering di goreng

Blender semua bahan diatas.Kacang eloknya guna blender kasar.Saya punya ni helper saya dah blender halus.
Rasakan dengan gula,garam dan air asam jawa.Semasa blender gunakan air yang boleh diminum sebab bahan-bahan ni dah dimasak so bila dah bancuh terus boleh makan.

Aug 2, 2011

Butang....butang ...butang

Baju kurung anak buah husband.Masa jalan-jalan di Metrojaya Mid Valley banyak baju kurung budak-budak dihias dengan butang-butang.Then terpandang lagi baju-baju yang dijual di PKNS Bangi,pun banyak juga yang dihias dengan butang-butang.Saya pula memang banyak koleksi butang.Dan inilah hasilnya.Baju ni nak pos ke JB.


Ini baju Attirah Hana ...dihias di leher ....

Ini pula baju Safiyya di hias di kaki baju 

Ini baju Natradtul Jannah ...di hias di lengan ....

Ok kita cerita pasal Ramadhan pula:

Berbuka : Asam pedas kepala ikan merah..
Kerabu kacang panjang 
Ayam goreng kari 
Lopeh sagu 
Air kelapa muda
air tebu 
air barli

Resepi kerabu kacang panjang: ( Resepi mentua)
Kacang panjang dihiris nipis.Ikan bakar ditumbuk dengan kerisik.Kemudian gaul bersama kacang tadi.Mayang bawang merah digaul juga.Rasakan dengan garam dan maybe sedikit gula.Saya jarang letak gula sebab ikan bakar dah sedap.Ikan bakar ni jangan bakar sampai kering.Saya selalu guna ikan selayang(sardin) kerisi atau kembung.

tamb:( dari dapur adik perempuan saya )
Kari ikan merah 
kerabu selom
ikan goreng
bubur som-som

Sahur tadi :
Nasi goreng cina
Cempedak goreng
teh susu

Saya sebenarnya nak masak laksa johor tapi adik lelaki tiba-tiba datang bawa ikan merah dan suruh masak.So terpaksa lah cancel laksa Johor tu.Dan pukul 2 anak saudara balik dari kampung nak singgah berbuka .5 orang semuanya so kena lah tambah ayam.Nasib baik saya beli ayam 2 ekor so masaklah 2 ekor sekali.Dan kebetulan ramai, saya jemput juga adik perempuan join sekali.Dia masak juga jadilah lauknya banyak ...heheeh masak tak banyak cukup-cukup tapi banyak pilihan.
Bila bulan puasa selalunya kami adik-beradik di KL ni akan buat giliran tiap-tiap hari minggu untuk berbuka puasa.Sepatutnya turn saya hari Sabtu ni....tengoklah macam mana.
Hari ni turn MORE saya ....bercadang nak buat cucur udang,timun,sengkuang,tauhu dan kuah kacang.Kalau menjadi hari ni saya entry esok...hehehehhe
Semalam solat terawih kat rumah seorang sebab ada tetamu....so tak ada dengar tazkirah....

OK....juadah apa hari ni ?



Aug 1, 2011

Ramadan....

Hari Sabtu komuniti taman saya mengadakan gotong royong dan ceramah Ramadan.Disampaikan oleh Ustaz Zaidi .Rumah saya berdekatan dengan surau so husband suruh goreng pisang untk minum petang.Dan kerabu timun untuk makan malam tu .
Topik ceramah oleh Ustaz Zaidi memang best.Banyak menyentuh hal akidah dan tauhid.Dan bila difikirkan memang kadang-kadang kita tak perasan dengan perkataan kita dan tulisan kita .Kena renung-renungkan....
Ramadan juga mengajar kita berdisiplin pada diri kita sendiri.Ada ke orang tahu kita tak puasa...tak kan ...cuma kita dengan Allah saja yang tahu .So kita belajar jujur dengan diri kita dan Allah .

Hari Ahad pula inilah aktiviti saya ...sediakan sambal ikan bilis untuk Ayuni anak saudara yang sedang buat nursing course di Asunta.Ikan bilis ni memang garing dan tahan lama.

Resepi saya ikan bilis saya : 
Ikan bilis digoreng garing.
Cili yang dikisar bersama bawang merah dimasukkan kedalam kuali tanpa minyak.Masak sampai airnya kering.Bila dah kering baru masukan minyak gorengan ikan bilis.Masuk gula dan garam secukup rasa.Insya Allah ....menjadi 



Dan ini pula karipap ....buat banyak dan difrozen kan.So nanti senang masa sahur nak makan panas kan je.Intinya daging dengan kentang.Memang best ....hehhehe perasan

Sahur malam pertama
Nasi putih
daging dendeng (dikirim oleh mentua dari Trengganu )
Sup kentang
Telur dadar kucai

Berbuka:
Nasi minyak ikan
Dalca Sayur
Salad
Sambal Tomato
Buah Melaka