Berbuka malam tadi : Spaggeti je ( dah bosan la makan nasi )
Jemput-jemput durian
Sahur : Nasi putih
Ikan cencaru sumbat sambal
Tauge goreng
jemput-jemput pisang
Special nya jemput durian.Hehehehe tak sempat ambil gambar.Husband lepas terawih balik nak makan dah habis.Kesian pula.2 minggu sebelum puasa saya ke pasar malam beli durian murah.Yang rasanya kurang sedap nak makan simpan dalam freezer yang mana sedap makan .....So dalam freezer ada 2 kotak bekas ice cream berisi durian.Simpan untuk makan bulan Ramadan.
Resepi jemput-jemput durian :
Durian di asingkan dari biji.Gaul durian dengan sedikit gula sehingga lembut.
Bancuh tepung gandum + tepung naik sendiri dengan telur.Saya masuk dalam blender je supaya tepung tak berketul.Bancuh adunan tepung ala-ala roti jala.Kemudian bulatkan isi durian tadi masuk ke dalam tepung dan terus digoreng.Jangan masukkan banyak-banyak dalam minyak sebab nanti adunan melekat satu sama lain.Bila dan kuning-kuning angkat.Durian juga boleh diganti dengan lempuk durian.Cubalah memang sedap.
No comments:
Post a Comment