Aug 3, 2011

MORE

Semalam sepatutnya ada majlis berbuka di rumah adik lelaki saya tapi sebab saya pula ada more so jemputan tidak dapat dipenuhi.Anak-anak saya yang bertiga tu je sibuk nak ikut sebab sukalah kan berkumpul dengan sepupu dia orang.Semalam berbuka saya masak lemak udang galah ni je.......terliur tak.Kalau beli udang kalah suka cari sepit besar sebab nanti buka makan.Ketam saya tak makan tapi udang makan .

Berbuka semalam:
Udang masak lemak ( tu je sebab dah penat siapkan juadah more)
Pasembor.....
Bersahur :
Udang lagi 
Daging goreng dengan carrot

Dah tinggal 2 ekor je......
 Inilah juadah MORE saya ,walau tak ramai sebab hujan lebat tapi habis juga.Makan dan dibawa pulang juga.Alhamdullilah......
Timun,sekuang,kentang,tauhu dan cucur kucai

Kuah kacang

Resepi Kuah Kacang :

Kacang tanah digoreng
Bawang besar digoreng
Cili kering di goreng

Blender semua bahan diatas.Kacang eloknya guna blender kasar.Saya punya ni helper saya dah blender halus.
Rasakan dengan gula,garam dan air asam jawa.Semasa blender gunakan air yang boleh diminum sebab bahan-bahan ni dah dimasak so bila dah bancuh terus boleh makan.

4 comments:

  1. suzie, resepi kuah kacang tuh untuk pecal ke eks? sebab kat gambar atas tuh mcm rojak? kerr sama jer kuah pecal n rojak eks...

    ReplyDelete
  2. Mila ,a'a sama je dengan kuah pecal.Tapi kalau kita makan kat kedai mamak tu dia masak kuah kacang tu saya tak suka macam tu ....

    ReplyDelete
  3. sy ni kurenngg cket bab2 mmsk...sy ingtkn ssh nk bt kuah kacang ni... :P

    ReplyDelete
  4. Zira : kuah kacang ni senang tapi kalau kuah kacang nasi impit tu lama sikit nak masak.senang juga....campak-campak je hehehehe

    ReplyDelete