Sep 12, 2011

Cirit-birit dan muntah

Balik dari kampung hari tu kami semua cirit birit dan muntah kecuali husband.Hari isnin anak-anak tak ke sekolah sebab semua macam lembik je lagi.Selasa aktiviti berjalan macam biasa cuma saya je still rasa kembung.Husband kata makanlah halia.Tak menjadi juga.Perut kembung dan tak sendawa dan buang angin juga.Hari Khamis husband dah ke Miri so tinggallah kami yang masih lemah-lemah ni.Jumaat Affan dah mula balik cirit birit .Sabtu pagi mula pula dengan widad dan semua orang termasuk saya.Pergi klinik ,biasalah air garam.Itu jelah kan ubatnya.Actually kami dah minum 100+ berbotol.Makan pill cit kit teck aun pun tak jalan.Air garam pun minum,termasuk smecta.Saya pernah ada pengalaman ni dulu sampai kena tahan ward 2jam masuk air 2 botol.Sihat lepas tu.Tapi doktor pernah pesan lain kali cari air kelapa.Saya memang ada beli tapi saya siap minta ais dan air gula.Nak minum sedap lagi ...heheheh
Hari ni sebab sofiya dengan widad masih berak-berak saya pun carilah dlm google kot ada fakta yang boleh bantu.Saya dapatlah info kat sini http://www.ehomemakers.net dan yang bestnya ada juga ni ....

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan. 

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar."

 Lepas tu terus pergi cari kelapa tapi tak nak bungkus beli terus biji balik belah kat rumah.Masa kecil-kecil dulu saya selalu makan isi kelapa yang lembik sambil gigit tempurung kelapa yang lembut tu.Ada rasa kelatkan so maybe itu juga membantu.Masalah nya pula anak saya yang kecik tu tak nak minum .Tak sedap....pelik betulkan ...dulu kita suka dapat minum air kelapa dia orang lagi suka minum 100+ tu.....sabo je lah...


Kelapa muda segar.
Tapi bila fikir balik maybe ada hikmah sebab 2 hari ni tak putus-putus tetamu datang ke rumah.Sebabnya saya tak dapat nak ke open house walau pun dekat-dekat sebab rasa lemah satu badan.So bila ada orang call kita ada di rumah ramai lah yang singgah.Itulah cakap walau tak dapat nak beraya tapi ramai yang datang beraya kat rumah kita.Kuih raya pun dah nak kena top up.Esok anak-anak mula cuti bolehlah buat biskut lagi....

Belum mula lagi sunat syawal.....harap-harap sihatlah minggu ni .....blogger semua dah raya 6 ke ?



7 comments:

  1. ciannye raye2 kne CB....xpe2..ade hikmahnya :)..

    errr...raya 6?? hehe blm lg la...

    ReplyDelete
  2. alahai....kesiannya..yg lebih kesian kt anak2 la kn...

    raya 6???pose pun blom stat lg..hehe

    ReplyDelete
  3. Air kepala tu penawar. Kalau racun pun, boleh cuba, orang kata. Tapi sebiji kelapa muda tak campur apa-apa la, macam Kak Suzie minum tu. Yati tak puasa lagi bulan syawal ni.

    ReplyDelete
  4. zira : a'a cian hehehe akak pun belum puasa baru ni cuti sampai 10hari aduh...pengsan ...minggu ni baru nak puasa ...bagi sihat sikit

    ReplyDelete
  5. noen: heheh jom puasa...nak mulakan minggu ni juga...

    ReplyDelete
  6. Yati: memang orang tua2 kata kalau terminum racun penawarnya air kelapa...akak nak puasa minggu ni ...

    ReplyDelete
  7. ada lg 2 hari nak kena ganti nii... pasni boleh sambung lagi 6 hari terus

    ReplyDelete