Nov 17, 2011

Seminggu yang sibuk....


Assalammualaikum...
Walaupun cuti sekolah dah nak mula tapi minggu terakhir ni lah makin sibuk bagi saya .Nasib baik jugalah husband dah balik so boleh lah gilir-gilir.
Isnin lepas kena ambil report kad sesi pagi dan petang ,selasa pula Aina Widad ada ujian saringan untuk darjah 1.
Hari rabu pagi lagi husband dah ke sekolah sebab nak ambil duit bantuan yang kerajaan bagi tu.Dapatlah RM200.Aina Widad belum dapat lagi.Syukur juga tu boleh lah beli buku sekolah.
Khamis pula widad ada Majlis Konvo di Kolej Keris Mas UKM, Wafi dan Sofiya ada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah.So kami terpaksa pecah 2 sebab dibuat serentak.hmmmmm nasib lah kan ...
Hari Rabu tu juga saya dan suami bergegas ke Semenyih sebab Nurul anak abang saya yang ke Mekah hari tu jatuh tangga.Bengkak kaki.So hari ini Jumaat kena hantar dan ambil dia ke kolej ,Isnin pun sama sebab ada exam.Rasa penat sungguh.....Cuti ni banyak palnning tapi tak tau jadi ke tak sebab semua dah macam kena flu.....tapi yang pasti kena habiskan tempahan dulu ....

Aina Widad dapat anugerah pelajar cemerlang....

Ini pula ambil sijil....

Aina Sofiya dapat no 3....first time dia naik pentas suka lah dia....

Aina Wafi ...dapat no 1 tapi tak dapat kekalkan no 1 keseluruhan ...kecewa juga dia ..tapi dia rangkul juga 3 hadiah..

Peneman husband semalam bergambar dengan kawan wafi

Ok semua ...tak ada lah nak tunjuk projek baru tapi baru juga ke kedai kain beli kain untuk tudung...hmmm kain lagi...
Jumpa lagi...

7 comments:

  1. Banyak aktiviti ya, Kak Suzie.
    Pandai anak-anak akak. Sekolah Amirul takde pun kena amik report card, dia bagi slip result je, kena sign dan hantar balik.
    Syukur juga dapat duit 100 tu. :)

    ReplyDelete
  2. saya yang anak sorang ni pon bizi haha... cikgu plak limitkan masa untuk ambik duit RM100 tuh, pastu nak bayar yuran sekolah agama tahun depan lg.. tapi hari kecemerlangan pelajar langsung kami tak datang hahaha.. ambik hadiah kendian jelah.

    ReplyDelete
  3. Yati ..yelah...ramai pula tu kat rumah semua .Alhamdulillah...kena push juga kalau tak malas jua baca buku...Dapat duit tu alhamdulillah t

    ReplyDelete
  4. Mila ...yelah ambik duit tu memang ada timenya...saya tak boelh tak pergi sebab budak2 ni xcited kan nak ambil hadiah ...abah diaorang pula first time pergi tengok...

    ReplyDelete
  5. hujung tahun ni mmg sibuk dgn konvo dan penyampaian hadiah....samalah kita

    ReplyDelete
  6. Kak Suzie,
    blog kita sama-sama berabuk la, kak. Yati baru nak cuci-cuci balik ni. Kak Suzie ni mesti sibuk dengan aktiviti anak-anak ni. Tak pun, ada projek jahit. :)

    ReplyDelete
  7. wah.. tahniah untuk anak-anak akak... :) tapi tak best plak sekolah buat acara serentak ek.. tak dapat kita gi semua..

    ReplyDelete