Dec 21, 2011

Mannequin in the house...


Assalamualaikum...

Dah seminggu kawan saya ni ada tapi baru hari ni buat entry.Beli online tapi pick up di Giant Kinrara.Lepas ni baru la cantik nak tunjuk -tunjuk baju  dengan tudung.Manalah tahu kot nak jual baju ready made dengan tudung ready made.Sebelum ni semua tempahan je...



Tudung ni dah siap lama dah .Tapi belum lagi ada tuannya...
 


Ini pula cardigan Ayuni,dia request reben sebab bila tak ada reben tu nampak  tak cantik.Bila dah ada cik adik ni senang pula saya pasang sebab ada kita tahu mana pinggangnya..saya tak guna reben pun tapi guna tali halus tu.Dia kata ok...
Tak berapa hari lagi nak masuk 2012.Azam tu nak lah jual online.Nak jual macam-macam.Nak jual baju ,nak jual tudung ,nak jual handmade tapi belum lagi jadi kenyataan.Masa nak menjahit tu sangat terhad.Next year anak-anak saya dah ada sekolah 4 orang.Sesi pagi dan petang.Tak tahu la berapa kali la pula keluar masuk rumah .Tapi sebenarnya kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya kan...Kalau tak bersungguh-sungguh memang la tak menjadi.Jangan beralasan....kalau penuh dengan alasan memang tak menjadi ...betul tak?
Oklah jumpa lagi nanti.Harap-harap sebelum tahun depan...tak berapa hari lagi ni ....

6 comments:

  1. dah ada "cik adik" model ni kenalah tambah production kan kan... Awak mmg ambik dan hantar anak kesekolah ke? tak try bg diorg naik bas sekolah... hehe just cadangan je lah kan.

    apa pun mmg masa menjahit tuh rasa sgt kurang, baru je nak mula tgk2 dah nak pukul 11 malam. time sekolah nnt plak dah kena tido kul 10 mlm, hujung minggu plak nak keluar.. kekadang rasa nak memerap jer kat rumah on weekend hehehe

    ReplyDelete
  2. Mila...anak2 saya ada juga naik transport. .Maknanya ada yang saya urus, ada yang naik transport.kalau tgk jadual saya memang pengsan.heheheh...tapi boleh lah curi-curi juga masa menjahit tapi kita tak boleh tekun betul-betul.Skrg pula maid tak ada tu yang lagi suntuk masa.nak memasak ,mengemas,nak pergi pasar....saya betul-betul rehat bila ada husband.masa tu memang saya x bangun2 dari meja jahit.balas dendam...hahah

    ReplyDelete
  3. senang kerje kalau ada "cik adik" tu... seronok tgk Suzie pandai jahit macam2...
    harap2 azam utk tahun depan jadi kenyataan... suka tgk org berjaya dgn online business... :)

    ReplyDelete
  4. hrp2 impian suzie akn jd kenyataan. Ikutkn hati mcm2 nk buat tp benda lain pon kena buat. 2012 pon dh x lama lg.. alahai... byk projek tpaksa dbawa ke thn dpn ler jwbnya...

    ReplyDelete
  5. Yoon....Amin.moga diberkati bisness online saya nanti.suka menjahit ni .semua nak cuba.skrg tengah cuba-cuba crochet.dah lama tinggal dah lupa dah ...

    ReplyDelete
  6. Rosh...masin mulut awak nanti ye.ye la saya pun berlambak kain yang konon nak potong tapi yg tak terpotong pun ...

    ReplyDelete