Sep 22, 2013

Salam Isnin kawan kawan


Assalamualaikum....

Lama betul tak update blog ni. Masa bulan raya hari tu sibuk pergi open house lepas tu sibuk wafi nak periksa. Habis je exam husband terus terbang ke Vietnam. Tinggal lah dengan anak-anak. Elok je husband pergi saya pula demam. Demam sakit urat. Sejak puasa rasanya memang saya tak keluar shop mall. Kalau pergi pergi setakat Alamanda , Warta bangi ,Pkns bangi. Itupun untuk beli keperluan asas je. Nak keluar pergi jauh jauh memang malas. 
So Hari Malaysia baru ni keluarlah juga. Bawa wafi pergi jalan-jalan ke MidValley. Keluar pun dah lewat petang. So sekejap je tak sempat nak mengadap kedai buku, dan tak sempat pun nak masuk Kamdar. Kamdar di Mv ni best sikit. Macam latest latest design gitu. Sempat pergi makan makan dan cari toys untuk anak-anak. Beli play doh untuk widad dan beli lego untuk qaid. Bila ada toys ni tak lah mengadap je ipad. Kalau x ipad je. Geram betul. 
Dapat pusing MV dalam 4 jam macam rasa semangat pun ada. Kira macam senaman pusing pusing dalam tu. Hihihi yelah kami berjalan cari ice cream cari toys cari kasut sebab Effa nak cari kasut. Kadang- kadang masuk butik sampai 2x. Survey la konon. Saya tak beli apa pun. Semua untuk anak anak. 
Beli play doh ni semua orang boleh main.

Nak cerita lagi Sabtu baru ni wafi n sofiya ikut kakak kakak sepupu dia ke Pavilion. Saya memang tak pernah sampai sana dan tak teringin pun. Saya tak suka pergi dan tempat makan susah nak cari. Ramai yang dah pergi semua kata makan tak best so tak teringin lah. Kalau ada yang bagi tahu kat situ makan itu ini best I'll go. Hehehe ingat makan je kan. 
Saya tak join tapi bawa yang kecil kecil ni pergi Alamanda makan makan. Ahad saya cakap dengan anak anak mama nak keluar dengan auntie ya. Hehehe malam tu tak tahu nak kemana lagi. So pagi Ahad baru tahu nak kemana. Bangun pagi-pagi masak nasi lemak pandan. Tak ingat resepi dari mana tapi ok sedap. Warna pun cantik. Hijau gitu. Masak banyak untuk makan sehari tu. Effa pun cuti. 
Pick up Dahlia di HUKM then pergi Jln TAR. Shopping tudung. Hahahahah 2 jam kami kat situ. Parking pun banyak dan tak jamed. Pukul 12 kami terbang ke MV. Hahahah Dahlia belanja saya lunch kat Delicious. Tapi serius saya bukan orang yang boleh makan banyak- banyak. I just order. Sandwich. Heheheheh tapi saya akan order jus yang sedap. Saya order pineapple jus. Tapi bagi saya pineapple jus di PapaRich Bangi lagi best. Tapi habis juga. Sorry saya juga bukan rajin nak snap2 gambo. Hahahahahteruk betul blogger ni. 
Solat di MV jalan- jalan dari MV sampai ke Garden. Masuk butik ke butik last2 saya just beli hanger kat Metro. Hahahah dahlia memang shopping. Lepas tu belikan kereta fast lane untuk qaid n affan. 
 Tudung anak2 beli 10 pcs. Beli satu rm 20 beli sepuluh rm 15. Untung sebab ada 3 anak dara. 

Dan ini velvet hanger. Beli kat Metrojaya. Sebelum ni dah pernah beli. Satu set to rm20 kalau beli 3 rm50. hanger untuk wardrobe je. Kalau guna plastik tu nanti dekat penyidai tak ada hanger sebab semua dah masuk wardrobe. So beli guna hanger ni kita dah boleh asing- asingkan. 
Dah la cerita. Nanti sambung lagi. Aidiladha ni saya raya kat rumah dan kena masak bagai sebab MIL akan raya di sini. 
Dan start early Oktober setiap minggu ada wedding. Full timetable so tak boleh lah nak jalan jalan lagii
Ok jumpa lagi yer......

P/s tq dr dahlia belanja .....hihihi

Sep 10, 2013

Dalam debar Upsr tiba-tiba dikejutkan berita sedih

Assalamualaikum......

Hari ni 10.9.2013 Aina Wafi akan menduduki peperiksaan UPSR. Periksa sekarang bukan macam dulu. Sepanjang darjah 6 ni ada 5 trial exam. Sesiapa berminat untuk masuk MRSM kena elok juga result 5 trial ni dan peperiksaan akhir tahun untuk subjek Sivik , KT  dan subjek lain selain subjek UPSR. Peperiksaan Pafa pun kena bagus. Tak tahulah. Walaupun wafi tak berminat dimasukkan ke sekolah berasrama tapi saya nak juga hantar sekolah harian terbaik. Semoga dapat menjawab dengan tenang. Saya tak push sangat- sangat. Relax jer. Sebab cikgu yang mengajar di sekolah dan dirumah dan banyak beri penekanan dan motivasi. Saya cuma doakan yang terbaik sahaja. 

Semalam 9.9.2013 ada satu kemalangan ngeri melibat ustazah dan 3 anak beliau meninggal. Wafi dan Sofiya balik bagitahu anak ustazah darjah 3 meninggal sebab accident. Dia kata semua cikgu menangis. Lebih kurang pukul 3 ptg saya buka fb dapat tahu kemalangan tu melibatkan ustazah rahoya dan anak-anak sekali meninggal. Saya dah menangis kenangkan ustazah kenangkan ustaz yang mengajar di sekolah yang sama. 2-2 saya kenal dan anak2 kami pernah tadika bersama. 
Tunggu berita TV3 tapi terlepas. So hari ni beli surat khabar semua dimuatkan di muka depan. 


Gambar dari utusan malaysia muka depan. Ustaz Taufik sedang mencium jenazah. 
Ustazah rohaya ni ada 7 orang anak. Yang pergi bersama ustazah 3 yang tinggal dengan ustaz Taufik ada 4.Tengok je gambar sebak sangat. 
Menurut wafi di sekolah pagi ni semua guru-guru merah mata lagi. Sedih lagi. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan keluarga mereka. Hilang 4 sekali gus. Semoga tabah hendaknya. Yelah dalam sibuk-sibuk sekolah persiapkan peperiksaan tiba-tiba guru- guru dikejutkan berita sedih ni. Kawan seperjuangan , anak didik tiba-tiba hilang dengan sekelip mata. Semoga ustazah rohaya ditempatkan dikalangan orang- orang beriman. 


Sampai sini dulu. Jumpa lagi yer. 

P/s baru dapat info anak ustazah yang berumur 3 tahun masih di icu. Tadi lepak-lepak kat sekolah dapat berita ni. Masih di icu tapi perkembangan positif. Menurut guru-guru yang melawat di hospital bengkak2 dah surut. Semoga cepat sembuh hendaknya.