Lama betul tak update blog ni. Masa bulan raya hari tu sibuk pergi open house lepas tu sibuk wafi nak periksa. Habis je exam husband terus terbang ke Vietnam. Tinggal lah dengan anak-anak. Elok je husband pergi saya pula demam. Demam sakit urat. Sejak puasa rasanya memang saya tak keluar shop mall. Kalau pergi pergi setakat Alamanda , Warta bangi ,Pkns bangi. Itupun untuk beli keperluan asas je. Nak keluar pergi jauh jauh memang malas.
So Hari Malaysia baru ni keluarlah juga. Bawa wafi pergi jalan-jalan ke MidValley. Keluar pun dah lewat petang. So sekejap je tak sempat nak mengadap kedai buku, dan tak sempat pun nak masuk Kamdar. Kamdar di Mv ni best sikit. Macam latest latest design gitu. Sempat pergi makan makan dan cari toys untuk anak-anak. Beli play doh untuk widad dan beli lego untuk qaid. Bila ada toys ni tak lah mengadap je ipad. Kalau x ipad je. Geram betul.
Dapat pusing MV dalam 4 jam macam rasa semangat pun ada. Kira macam senaman pusing pusing dalam tu. Hihihi yelah kami berjalan cari ice cream cari toys cari kasut sebab Effa nak cari kasut. Kadang- kadang masuk butik sampai 2x. Survey la konon. Saya tak beli apa pun. Semua untuk anak anak.
Beli play doh ni semua orang boleh main.
Nak cerita lagi Sabtu baru ni wafi n sofiya ikut kakak kakak sepupu dia ke Pavilion. Saya memang tak pernah sampai sana dan tak teringin pun. Saya tak suka pergi dan tempat makan susah nak cari. Ramai yang dah pergi semua kata makan tak best so tak teringin lah. Kalau ada yang bagi tahu kat situ makan itu ini best I'll go. Hehehe ingat makan je kan.
Saya tak join tapi bawa yang kecil kecil ni pergi Alamanda makan makan. Ahad saya cakap dengan anak anak mama nak keluar dengan auntie ya. Hehehe malam tu tak tahu nak kemana lagi. So pagi Ahad baru tahu nak kemana. Bangun pagi-pagi masak nasi lemak pandan. Tak ingat resepi dari mana tapi ok sedap. Warna pun cantik. Hijau gitu. Masak banyak untuk makan sehari tu. Effa pun cuti.
Pick up Dahlia di HUKM then pergi Jln TAR. Shopping tudung. Hahahahah 2 jam kami kat situ. Parking pun banyak dan tak jamed. Pukul 12 kami terbang ke MV. Hahahah Dahlia belanja saya lunch kat Delicious. Tapi serius saya bukan orang yang boleh makan banyak- banyak. I just order. Sandwich. Heheheheh tapi saya akan order jus yang sedap. Saya order pineapple jus. Tapi bagi saya pineapple jus di PapaRich Bangi lagi best. Tapi habis juga. Sorry saya juga bukan rajin nak snap2 gambo. Hahahahahteruk betul blogger ni.
Solat di MV jalan- jalan dari MV sampai ke Garden. Masuk butik ke butik last2 saya just beli hanger kat Metro. Hahahah dahlia memang shopping. Lepas tu belikan kereta fast lane untuk qaid n affan.
Tudung anak2 beli 10 pcs. Beli satu rm 20 beli sepuluh rm 15. Untung sebab ada 3 anak dara.
Dan ini velvet hanger. Beli kat Metrojaya. Sebelum ni dah pernah beli. Satu set to rm20 kalau beli 3 rm50. hanger untuk wardrobe je. Kalau guna plastik tu nanti dekat penyidai tak ada hanger sebab semua dah masuk wardrobe. So beli guna hanger ni kita dah boleh asing- asingkan.
Dah la cerita. Nanti sambung lagi. Aidiladha ni saya raya kat rumah dan kena masak bagai sebab MIL akan raya di sini.
Dan start early Oktober setiap minggu ada wedding. Full timetable so tak boleh lah nak jalan jalan lagii
Ok jumpa lagi yer......
P/s tq dr dahlia belanja .....hihihi
ASSALAM dan salam kenal to suzie gak..
ReplyDeletethanks sudi bacak N3 akak ye.. teruskan. hee..
well dear.. kalau ke sana mmg suka shopping. but akak more on the nature lah. but since kalau pegi dgn org ni.. tau je lah kan.. esp family.. tak larat lah tak sesuai lahl but for u, just baca my N3 dan dapat kan info places yg u sud pegi.. kalau suka, guna la Iyan tu. mmg bagus.. ari ni dia bawak my fren form JB.. mmg mintak Iyan, so dapat lah dia.. seronok sakan tu kat sana.
anything u boleh contact i.. i m happy to know u. INSYALLAH..
Tq kak yan. Saya dah supir. Sedara juga. Dia anak saudara pak cik husband. Cuma nak cari tempat n makan2. Sblm ni pergi sekejap just nak tahu tempat orang. Bila dah kenal baru tahu banyak benda nak teroka.
DeleteOk kak yan. Nanti senang2 i will contact u. Tq
suka awak ke MV yer... saya rasa mcm besar sgt, penat hihii
ReplyDeleteYela mila. Tak tahu kenapa. May be dekat dan banyak choice. Dan parking pun ok. Saya suka ke situ dengan ikea je. Hihihi
Deleteseronoknya jalan2 alamanda..lama dah takpergi..bertahun2 dah..duk jauh memang tak jengah ke sana lerrr..mesti macam2 perubahan dah..uhu
ReplyDeleteAlamanda dah byk butik baru....ada coach nanti tp terbeli la kot. Hihih
DeleteKak.. bestnyer jenjalan.. :D asya daaah laaamaaa tak ke MV.. en asben tak suka ke sana sebab besar sgt, tempat tak familiar dan oleh itu susah nak kawal tentera2.. hahaha... tapi ikea ok plak.. sebab cari brg rumah kan.. hihihi.. ;)
ReplyDeletebest la hanger akak tu.. :D
Akak suka p situ. Dulu pernah p bukit bintang masa anak 2 husband akak kata tak payah dah. Sejak tu kami mmg suka mid
DeleteLepas ni jom p lepak kat bangi gateway. Hihihi
..KL syurga shopping kan..jrg2 trn kl..rimas dgn kesesakan hehe..
ReplyDeleteAkak selalu keluar awal. Pukul 930 pg dah keluar. Senang parking dan sempat solat zohor kat rumah je. Mai la kl dating ngan akak. Hihihi
Delete