Hari ni 10.9.2013 Aina Wafi akan menduduki peperiksaan UPSR. Periksa sekarang bukan macam dulu. Sepanjang darjah 6 ni ada 5 trial exam. Sesiapa berminat untuk masuk MRSM kena elok juga result 5 trial ni dan peperiksaan akhir tahun untuk subjek Sivik , KT dan subjek lain selain subjek UPSR. Peperiksaan Pafa pun kena bagus. Tak tahulah. Walaupun wafi tak berminat dimasukkan ke sekolah berasrama tapi saya nak juga hantar sekolah harian terbaik. Semoga dapat menjawab dengan tenang. Saya tak push sangat- sangat. Relax jer. Sebab cikgu yang mengajar di sekolah dan dirumah dan banyak beri penekanan dan motivasi. Saya cuma doakan yang terbaik sahaja.
Semalam 9.9.2013 ada satu kemalangan ngeri melibat ustazah dan 3 anak beliau meninggal. Wafi dan Sofiya balik bagitahu anak ustazah darjah 3 meninggal sebab accident. Dia kata semua cikgu menangis. Lebih kurang pukul 3 ptg saya buka fb dapat tahu kemalangan tu melibatkan ustazah rahoya dan anak-anak sekali meninggal. Saya dah menangis kenangkan ustazah kenangkan ustaz yang mengajar di sekolah yang sama. 2-2 saya kenal dan anak2 kami pernah tadika bersama.
Tunggu berita TV3 tapi terlepas. So hari ni beli surat khabar semua dimuatkan di muka depan.
Ustazah rohaya ni ada 7 orang anak. Yang pergi bersama ustazah 3 yang tinggal dengan ustaz Taufik ada 4.Tengok je gambar sebak sangat.
Menurut wafi di sekolah pagi ni semua guru-guru merah mata lagi. Sedih lagi. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan keluarga mereka. Hilang 4 sekali gus. Semoga tabah hendaknya. Yelah dalam sibuk-sibuk sekolah persiapkan peperiksaan tiba-tiba guru- guru dikejutkan berita sedih ni. Kawan seperjuangan , anak didik tiba-tiba hilang dengan sekelip mata. Semoga ustazah rohaya ditempatkan dikalangan orang- orang beriman.
Sampai sini dulu. Jumpa lagi yer.
P/s baru dapat info anak ustazah yang berumur 3 tahun masih di icu. Tadi lepak-lepak kat sekolah dapat berita ni. Masih di icu tapi perkembangan positif. Menurut guru-guru yang melawat di hospital bengkak2 dah surut. Semoga cepat sembuh hendaknya.
Aina Wafi.. selamat mengahdapi peperiksaan.. good luck dear.. :)
ReplyDeleteInnalillah.. saya rasa saya ada tgk kat berita kat tv9 pasal kemalangan ni.. semoga ahli keluarga dan rakan2 arwah tabah mengahdapi dugaan ini...
Tq zila ......
DeleteAssalam Suzie... good luck utk wafi... arwah utzh rohaya rupanya satu sek dgn saya, tapi beza batch.. semoga Allah merahmati beliau...berat ujian ni utk Ustaz Dan keluarganya.. al fatihah
ReplyDeletePn hazel amin.
Deleteada terbaca jugak...
ReplyDeleteajal maut ketentuan Ilahi kan... besar dugaan buat ustaz dan keluarganya
Ye mila laluan biasa ustazah lalu. ......kita yang tengok dan dengar dah sedih yang menanggung tu tak tahu la
Deletemoga mereka ditempatkan dikalangan hambaNYa yg beriman..amin..
ReplyDeleteAmin
Delete