Oct 23, 2013

Majlis sepanjang bulan Oktober ni

Assalammualaikum......

Sejak dari awal Oktober setiap minggu ada majlis yang saya kena attend .Awal minggu 5-6 Oktober ada majlis perkahwinan sepupu husband . Akad nikah dan kenduri sebelah perempuan .Saya wakil dari rombongan lelaki lah .Ada snap gambar tapi tak tahu mana lah hilang nya .

Minggu ke dua tu pula ada Majlis Konvo Qaid peringkat Dun Bangi . Majlis ni diadakan di Dewan Cempaka PKNS Bangi .Majlis ni khas untuk anak-anak 6 tahun sahaja .Husband tak pergi pagi tu sebab ada majlis gotong royong di surau baru .Saya pula masa naik pentas ambil sijil asyik sangat berborak dengan mak kawan Qaid tetiba je Qaid dah datang ke tempat saya .Ehhh dah naik pentas ehhh Kesian ...ingatkan lambat lagi ..hihihi

Lepas habis majlis tu esok lusa nya saya dah sibuk buat persiapan hari raya pula .Ada juga dapat gambar dari geng wassap Taman .Wassap kami ni aktif dan juga cepat .Ada info apa-apa wassap je .Sekitar majlis qurban di surau baru .Saya tak join tapi jenguk jenguk juga .Dan yang pasti saya juga dapat sup tulang dan gulai kawah .heheheh




Ini pula majlis anak kawan saya di Majlis Uniten .Kak Su kawan ajk Tadika Kemas .Nampak saya dah tua sebab yang kahwin semua anak kawan-kawan .Hahahha Dulu-dulu kita attend majlis kawan-kawan .Sekarang semua majlis anak kawan tak pun majlis adik sepupu atau anak saudara .Betul kan ?Bulan November ni ada lagi majlis di Masjid Uniten .Bulan December pun ada lagi majlis disini .Suka Dewan Uniten ni sebab luas dan sangat selesa.

Dan ini kira penutup majlis bulan Oktober .Majlis perkahwinan Dr Ezani . Tak sempat jumpa Ezani sebab ramai sangat .Kesian kat pengantin kan .Gambar ni anak anak snap .Comel sangat kan .Dr Ezani dah menikah awal Oktober resepsinya baru diadakan pada 19 oktober . Majlis diadakan di Bukit Mahkota club house . Tak boleh nak lepak lama sebab ramai sangat tetamu, kesian pula .Dan hari tu pula hujan renyai-renyai .Lepas menjamu selera kami terus balik .





Lepas majlis Dr Ezani ni ada satu lagi majlis nikah anak jiran saya .Heheheh majlis international sebab pengantin lelakinya dari Pakistan .Majlis kecil kecilan je .Tak sempat snap juga gambar sebab pengantin dah nak balik .heheheh

Saya kalau tiada aral melintang Insya Allah saya akan cuba attend majlis yang dijemput .Pernah juga 2-3 kali boleh terlupa .Dah pukul 3 baru ingat .Kalau dekat tak apa ini kadang jauh .Patut lah mentua saya bila musim kenduri mentua saya akan buat senarai dan tampat di notice board.Mentua saya kadang-kadang lebih dari 5 majlis satu hari .Lelah rasakan .

Sampai di sini dulu , jumpa lagi nanti .

p/s mana pergi si mila rimbun ni .Lama tak nampak .Yati dah muncul .Noen pun dah lama juga tak nampak .

4 comments:

  1. Banyak betul majlis kahwin akak pergi.. Seronok ni beramah mesra dengan orang, jalinkan silaturrahim.

    *Bestnya ada geng wasap setaman..Senang kerja zaman sekarang ni!

    ReplyDelete
  2. Mel....dah dapat jemputan. Dapat jemputan tu maknanya orang ingat kita kan.

    Ada pro dan kontra. Bila bab politik habis. Bila politik je tak boleh langsung bersatu. Kadang2 akak malas nak layan tapi kadang geram. Hheheheh

    ReplyDelete
  3. Hi Suzie, I enjoyed looking thru your well taken pics here. Very nice. Budak2 tu all look so cute in their konvo bajus.
    Your mention of october....for us its autumn, before long snow will arrive.
    You have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.
    ps, senang datang pondok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle leeeee..... Hahahaha rasa nak ketawa sambil jerit2. I tak boleh tengok nama u sebab n3 semua buat i senyum sampai telinga dan senyum sampai habis air liur.
      Tq uncle lee nasib baik qaid nak pakai baju konvo tu tau sebab warna pink. Dia mmg x suka sangat pink. Macam girl. Hehhehe
      Picture snap dengan iphone 3 je uncle lee. Malas nak bawa camera. Camera pun digital camera bukan dslr pun. Itupun malas nak bawa. Hahah

      Delete