Oct 13, 2013

Selamat hari raya aidil adha

Assalammualaikum.....

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha. Saya beraya di rumah sendiri tahun ini. Qurban pun akan diadakan di surau baru taman saya. Belakang rumah je. Solat raya pun diadakan disurau baru juga. Tapi sayang tak boleh join lah pula. 

Aidil adha tahun ni meriah sebab mentua pun raya disini. Dah semua anak anak tak balik so dia orang datang ke sini. Petang tadi dah sampai 4 kotak hasil titipan. Esok takut tak muat kereta nak bawa. Heheheeh jadinya hari ni dah dihantar melalui bas. Pengsan you bila i tengok. Hahahah . 2 kotak polisterin dan 2 kotak biasa. Polisterin tu ada pulut lepa dan rendang. Sekotak lagi ada ketupat dan ikan.  Adoiiii penuh freezer saya. Dah la freezer ada ikan bilis tapi tak apa bisa diatur. Rezeki. 

Malam ni ambik kesempatan tulis post sebab esok dah sibuk nak memasak dan nak ke airport jemput mentua. Tapi dalam meriah tu sedih juga. En husband baru balik Khamis lepas dah nak kena pergi offshore lagi pada hari raya pertama. Flight pukul 9 so kena turun lepas subuh. Sedih la pula. Punya excited ma dan abah nak datang last last tak boleh beraya. 



Rumah dah disusun cantik hihihii( cantik la sangat kan .....) bukan cantik tapi dah ditolak ketepi sebab nanti ramai yang nak beraya kesini . Affan tertidur depan tv sebab penat sangat siang tadi. 



Semua dah ditolak ketepi dan dah hamparkan tikar ni. Sorry lah rumah saya belum cukup permaidani nak tutup seluruh rumah. Beli sikit sikit. 



Buat ni petang tadi masa bibik datang cuci rumah. Buat siap sipa sebab esok sibuk nak masak rendang dan ketupat. Itu je nak buat pun hehehe . Kuah kacang kot. Then nak masak dinner for mentua sebab esok sunat berpuasa kan. 

Sampai disini dulu. Nanti raya insya Allah saya update apa menu saya di pagi raya. Semua mil punya planning. Saya biasalah lontong je.....qurban pun buat dibelakang rumah je. Husband dah sewa khemah maybe boleh la hulur juadah raya kepada petugas surau so persediaan memang kena kemas kemas. Hehehe tak tahu nak guna ayat apa. 
Ok akhir kata Selamat hari raya Aidil Adha .



8 comments:

  1. Salam Aidiladha kak. Meriah sunggu persiapan nak sambut raya. Mel kat sini turut saya merasai kemeriahan dari akak cite tu. Bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....meriah sangat .sampai sekarang sakit betis lagi. Huhuhu

      Delete
  2. Selamat hari raya kak... :D lauk ada lagi tak? nak singgah... hahahahaa... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La awat x singgah. Sampai hari ni ada lagi. Sampai je akak dah blh masak daging gireng kunyit hahaha

      Delete
  3. wahhh meriah rumah awak yer suzie.
    Saya balik kampung, tapi petang raya dah balik sini... yg seronoknya before raya ler, memasing sibuk ngan mesin jahit, mak plak ikut borak sama hihi... dah tak de kerja sgt kan... relex n santai jer. Malam raya baru bizi skit

    Apa-pun.. selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesesekali beraya di rumah sendiri. Surau pun surau baru tu yang lagi best.

      Delete
  4. Kemasnya rumah kak Suzie. Lapang je nampak. Salam raya korban, kak Suzie. :)

    ReplyDelete