Jan 14, 2014

Macam mana lah boleh lupa pula kan ......



Assalammualaikum.....

Bila cerita pasal lupa ni kan. Banyak benda yang kadang kadang kita memang terlupa. Terlupa sangat sangat. Dan ada juga yang kita saja buat lupa. Hihihi tu mesti nak ngelat. 

Hari ni nak cerita pasal lupa ....kereta hitam saya tu roadtax nya mati pada 25.12.2013. Dan saya baru sedar Jumaat lepas. Sabo jelah kan. Kereta myvi tu mati 27. Januari ni. Yang itu saya memang dok ingat. Nanti nak renew kereta myvi saya ni. 

Nasib la kereta hitam tu untuk jalan jauh jer. Tapi yang kelakar dalam mati roadtax tu saya drive ke rawang , ke gombak pergi dan ambil mentua saya di airport balik dari umrah. Memang la tidak ler periksa pun roadtax. Tahu dah nak mati tapi ingat Januari. Ha sekali ambik. Hahahahaha

Saya cakap dengan husband roadtax nak mati ni. Dia pula boleh jawab alah tak apa nanti CARS or AAM ingat kan. Ha tu la harap lagi dengan orang sekali tak ada pun terima call dari siapa siapa. Kereta sendiri kan sendiri mahu ingat lah. 

Minggu ni pula cuti panjang lambat lah sikit nak buat. Kali ni saya tak buat sendiri. Eric tempat saya beli kereta dulu tolong buatkan. Saya mana ada masa nak melepak kat bank lama lama. Nak cari parking , nak tunggu giliran pas tu nanti nak pergi ambil lagi. Adoiiii mak kan busy ngan anak anak. Hahahah

Oklah cerita sini dulu. I nak jaul tau kereta putih tu. Nak ambil yang besar sikit. Tak muat nak angkut anak anak semua. Kesian dan hari ni dah passenger baru. Nak jadi macam Melor juga. Hahahah nak buat transport. Boleh juga buat top up minyak kan. Alhamdulillah. 

Sampai sini dulu ......jangan jadi pelupa macam saya. 

4 comments:

  1. hahaha.. kalau dulu selalu lupa lesen memandu dah expired.. haha..
    nak jual myvi ke.. nak amik keta apa kak?

    ReplyDelete
  2. Nasib tak kena roadblock kak suzie.. kalo tak, aiya..

    ReplyDelete
  3. Hello Suzie, ha ha, I guess it happens to everyone, lupa ini itu.
    Saya pun. But now I tulis on sticky note paper stick on the fridge, bila buka take out my iced coffee tentu nampak.
    As well beside my computer....
    Right now there's a note to remind me to was my 3 bottles where I keep my Siamese fighting fish, tomorrow.

    Jaga jangan police berenti, lechah la tu, da expired. Ha ha.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete