Jan 22, 2014

Selamat hari lahir Qaid yang ke 7


Assalammualaikum.....

Ahad lepas 19.1.2014 hari lahir Ahmad Qaid yang ke 7. Cuti Jumaat tu kemas kemas rumah , basuh baju sekolah , kasut sekolah. Sabtu tolong jadi nanny kepada Adam. Cucu saya  , tak ada gambar pula dalam ipad. Semua ada dalam iphone n camera. 

Pagi Ahad tu baru confirm nak jemput sedara mara makan makan. Segala barang belum beli. Pagi tu keluar bawa Qaid pergi breakfast sebab dia ada latihan karate do di sekolah. Beli barang basah untuk mi kari. Senarai pun tak buat so ambil je mana ingat dalam kepala. Lepas tu pergi cari jajan jajan untuk disedekah kepada anak anak. Sampai rumah pukul 12 , lepas ambil kek. Kek order konon nak makan kek je hari tu.
So hari tu terjadi birthday party Qaid. Saya masak mi kari , puding caramel dan pengat pisang. Lepas tu saya dapat 2 voucher KFC waktu beli biskut lexus. So tambah KFC dan saya beli apple pie di Sandwich King. Saya juga beli grape. Itu je lah.  


Kakak 2 orang tu tolong decorate. Semua ada je dalam rumah cuma buat je. 


Mi kari saya . Saya dapat sepinggan terakhir lepas maghrib. Suka juga habis tak ada nak simpan simpan lagi. 


Grape. Hihihi 

Abg qaid dengan Affan dan sepupunya Siti Hawa.Tetamu belum sampai boleh posing jap. 


Gambar banyak dalam ni. Hampir 800 kot. Tak transfer pun lagi dalam pc. Malas nak ngadap pc. Tak boleh pula masuk ipad. So nak cerita cerita kat blog pun tak banyak. Gambar ke bandung dan Jakarta banyak sangat. Nantilah cuti panjang boleh ler transfer. 

Ok happy birthday qaid , tak nangis dah masa pergi sekolah. Dah ok pergi sekolah agama , sekolah kebangsaan. Semoga menjadi anak yang soleh. 


10 comments:

  1. Happy birthday Qaid.. moga jadi anak yg soleh yang membahagiakan kedua ibu bapa k

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Ahmad Qaid.. Semoga menjadi anak yang soleh.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Qaid.. sedapnya mee kari mama Qaid ni.. terliur auntie.. hihihi...

    Semoga sentiasa rajin ke sekolah ye Qaid.. Qaid anak bongsu akak kan?

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday to Qaid. Seronok dia, ada birthday party. Bestnya, ada mee kari. Suka juga mee kari. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yati tq. Alah saja-saja. Lama x buat makan2.

      Delete
  5. Happy Belated Birthday anak soleh.
    Wah pantas preparation.
    Sama age dengan anak sulong.

    ReplyDelete