Aug 22, 2016

Balik kampung di hari minggu


Assalammualaikum

Dua minggu punya cerita ,balik ke Besut sebab mak mentua sakit kaki .Bengkak meletup lutut masa sibuk nak pakai selipar masa turun dari masjid . Sekejap je balik pun , Jumaat then ahad dah balik sini.Kat kampung nak masak pun malas , tambahan pula menu di sana memang lah sangat best sampai kan tak sempat nak rasa semua hehehehe


Saya order bihun tomyam di restoran rumbia kampung raja ...memang terbaik. Sedap sesangat 


Budak-budak yang join kami makan di restoran rumbia, dah lama tak beranak kecil bila makan dengan anak-anak kecil rasa macam serabut hahahah melompat sana sini sebab kami makan atas pondok.



Bawa balik bertiga ni saja , kakak-kakak busy tak boleh ikut .Wafi nak exam , sofiya pula ada latihan tarian so dia tak boleh ponteng hari Jumaat .Kami berhenti makan di pantai penarik masa on the way balik ke Kajang .Oklah ....hehehe ikan celup tepung , sotong dan udang celup tepung .

Saja tunjuk gambar ni kasi surprise , sebenarnya ular ni dalam lori jpam. Ular ni diaorang tangkap di pekan Jerteh . Suami pula call Jpam sebab nampak ular kat belakang rumah .Jpam datang , hujan renyai-renyai, dah lepas asar dah pun .Tapi tak dapat pun ular maybe dah lari . Sebelum ni memang pernah ada ular masuk dalam bilik , dah kena tangkap.Sejak tu habis satu rumah mentua saya di jaring heheheh .MIL  saya jadi fobia sebab biasanya memang dia sorang kat rumah . 




Balik besut ni saya pun ambik kesempatan menyoping ikan segar .Dah terdelete gambar beli ikan.Saya bawa balik satu polisterin besar ikan .Kemudian singgah pasar beli pula laksa beras.Simpan seminggu juga dalam peti , nak makan just kukus semula. 
Kuah laksa kali ni memang best sebab ikan nya masih sedap  .Rasa lagi kemanisan ikan .
Anak-anak saya selalunya tak makan laksa kelantan ni tapi kali ni diaorang makan.Saya pula ajar makan dengan tangan .Hehheehhe Dalam mangkuk tu husband makan , dia pula tak nak guna tangan , dulu dia yang ajar saya makan laksa guna tangan .

Saya stop disini dulu , jumpa lagi nanti yer .....next entry hehehe

7 comments:

  1. Takutnya tengok ulor tu.
    Tengok gambar kak Suzie baru rasa, dah lama tak makan laksa kelantan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujn masa tu yati...kak zie x tgk srh husband snap gambo sebab bdk2 sibuk nak tengok...
      kak zie pun lama x makan laksa homemade...lain mcm selera nya...hehheh

      Delete
  2. Mak Diana pun semalam mengemas di kampung katanya nampak ular tedung.
    Rumah baru siap masih berselerakan lagi.

    Wah sedapnya makanan semua tu Kak Suzie.

    Moga cepatlah sembuh bengkaknya.

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan laksa dgn tangan hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa kelantan je sbb kuah dia kita letak sikit je...

      Delete
  4. Kat kelate pun org mkn laksa dgn tgn. Mula2 tgk mmg pelik.. lain dr yg lain.. hehee...
    Lamanya x singgah besut.. feveret saya sata la.. hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tapi laksa masak kat rumah je mkn dgn tangan kalau beli x mkn camtu hehe
      sgah ler...nasi berlauk pun sedap kat besut...habis lah diet tau heheh

      Delete