May 10, 2016

Makan kek di bulan Syaaban

Assalammualaikum..

Lamanya tak ada update blog.Husband balik bercuti 10hari je. So sibuk pula kesana kemari ,uruskan kereta ,kerja-kerja yang tertangguh yang kena dibuat berdua .Hari-hari keluar cari-cari masa lapang dicelah-celah apabila anak-anak ke sekolah . Semput juga kesana sini .
Bila dia dah pergi kerja , mood dah kelaut .Sedih kena tinggal hahahahha

Ok last week penuh dengan ucapan hari ibu .Lepas tu ada pula pendapat haram menyambutnya , so banyak perbalahan. Bagi saya bila-bila je boleh nak beli hadiah , nak beli kek ....ikut suka kitalah kan . Ahad lepas kebetulan keluarga dari kampung datang bawa ikan lampan 7 ekor yang besar-besar .Jemputlah semua menjamu selera. Anak saudara saya pula beli kek untuk minum petang siap tulis happy mother day  lagi .Saja-saja heheh anak-anak excited , sebiji kek sekejap je habis.

Last week saya dah beli hadiah ...untuk saya dan mentua .Boleh lah kunun-kunun hadiah hari ibu .Sebenarnya dalam hati banyak sebab nak beli hadiah ni.Nak bagi sebagai hadiah hari ibu , nak kasi hadiah sebab nanti nak balik kampung masa cuti sekolah , nak kasi hadiah sebab dah nak Ramadhan , nak kasi hadiah sebab dah nak raya.Mentua saya hanya pakai baju sutera sejuk katanya . So bila nak raya saya akan bagi benda lain selain kain untuk baju .



Dapat kek 


banyak ni je mak pun ....heheh 

Mar 12, 2016

Macam-macam ujian

Assalammualaikum

Seminggu lepas semua anak-anak saya demam. Affan yang mula sekali kena , Khamis berlarut hingga ke hari selasa. Dua kali jumpa doktor , sampai habis ubat demam . Lepas Affan , Sofiya diikuti Qaid dan Wafi . Widad je yang tak demam dengan saya . Doktor kata demam virus , demam on off , malam perut kembung , muntah pening kepala . 

Hari Khamis Affan demam , hari Jumaat kereta saya kena langgar. Dilanggar motor budak sekolah , mujur jugalah dia tak apa-apa. Tapi geram sangat , bila ramai-ramai tu , ada geng , nak tunjuk handal , motor dah tak boleh dikawal terbabas. Kalau dia tak jatuh tergolek nak je saya cubit cubit . Geram .....muda lagi kan .


Inilah keadaan kereta saya , kepala dia terhentak kat cermin . Polis pun takut bila tengok , dia kata selalu ada patah ni .Tapi elok pula la budak sekolah ni. Lega saya dengar dari whatsap emaknya .

Habis cerita kereta anak-anak demam , Khamis lepas belakang rumah saya rumput dah dijilat api.Tak tahu apa puncanya , berkepul-kepul asap , saya pula nak keluar hantar anak-anak ke sekolah .Wafi je tinggal sebab dia demam . Kelam kabut minta tolong jiran panggil bomba ....asap berkepul-kepul. Alhamdulillah juga sempat dipadamkan . Sabar jelah kan ....


Ini cerita semalam , lepas hantar wafi sofiya ke sekolah bawa anak-anak breakfast . Qaid makan separuh je nasi .Selera belum ada , selalu dia boleh habiskan nasi lemak ni . Affan  dah boleh habiskan , widad pun , saya share dengan Qaid .Kesian tengok , seminggu makan muntah , minum muntah , beli tosei pun tak makan selalu favourite sangat .


Alhamdulillah semua dah sihat , dapat bercuti sekolah dengan santai nya . Wafi dan sofiya ada kelas tambahan di sekolah sampai selasa. Jadinya tak kemana-mana , lepak-lepak kat rumah , boleh agaknya jahit-jahit sikit . Mesin pun dah rindu dengan tuan dia ...

Ok jumpa lagi 

Feb 28, 2016

Akademi Berkerja Dari Rumah

Assalammualaikum ...

Lamanya tak buat lawatan kat sini kan . Rindu pula dengan kawan-kawan . Kawan-kawan blog pun berapa kerat jer. Ramai juga yang dah hilang khabar berita .Harap-harap saya tak la hilang dalam blog ni .

Saya dah ada blog baru  russuziabdullah.blogspot.com , lebih kurang  sebulan rasanya saya create blog ni . Saya dah join ABDR dibawah guru online Anysidayu .

Mungkin pelik sikit nak menulis diblog ni .Blog ni blog hentam keromo , blog baru lebih formal lebih tertib lebih sastera. Heheheh... nanti lama-lama blog ni pun jadi macam blog sebelah ...lebih sastera sebab dilatih untuk penggunaan bahasa yang betul.Sebelum ni betul juga cuma ikut sedap rasa ...heheheh.

Saya join ni sebab anak-anak dah besar , suka nak menulis . Bila ada kerja menulis saya akan jadi berdisiplin . Belum nampak hasilnya tapi saya cuba menulis setiap hari . harap-harap disiplin lah hendaknya .Hendak berjaya perlukan pengorbanan .

Setiap pengobanan akan dapat hasilnya . Support me plssssss hehehehe

Jap ....itu baru intro tau ...hahahha .Banyak cerita ni .Rindunya . Banyak juga gambar nak dishare dengan kawan-kawan semua .


Gambar ini cerita sabtu lepas , lepas balik dari sukan hadirkan diri majlis menyambut menantu sepupu husband .


Ini pula hari ahad.Majlis anak kepada sepupu saya . Perempuan tu anak sepupu saya .


Pizza epal...hahah projek wafi .Saya rasa sikit je , tak cukup .Dia kata sedap dan nak buat lagi .


Ini projek saya tapi tak berapa nak menjadi , anak-anak saya kata sedap .Saya rasa macam kena baiki lagi . Ada kurang sana- sini .Roti boys. jangan tak tahu ada yang nak suruh saya jual ...hahahah .

Kalau rasa nak resepi komen lah nanti saya taipkan resepi .Ini semua kali pertama dibuat .Nak buat lain kali tak tahu pula bila ada masa terluang .Mungkin cuti sekolah hmmmm hehehe.

Saya dah 6 minggu join senaman sihat . Satu jam setengah melompat di tengah panas . Mula-mula memang semput ...rasa macam nafas laju.Tapi sekarang dah macam best , tiap minggu seboleh-boleh mesti nak juga join . Di taman permainan kawansan rumah saya saja, malas nak join yang jauh-jauh nanti nak drive, cari parking , ini jalan kaki boleh naik basikal boleh naik motosikal pun boleh . Saya bawa motosikal sebab nak panaskan enjin . 

Badan rasa ringan , perut rasa kosong ( jaga pemakanan juga ) kurang rasa mengantuk. Syukur, husband saya tanya bila dapat gambar kenapa kurus ....Rindu ke . Hehheh maknanya saya dah kurus sikit dari sebelum ni .heheheh 

Ok jumpa lagi insya Allah .

Feb 4, 2016

Projek cuti sekolah 2015

Assalammualaikum...

Buat entry ni dari tahun 2015 tapi tak ada idea nak menaip so simpan jelah .
Hari ni rasa macam nak siapkan juga entry ni .Cuti sekolah lepas ajar anak dara saya yang berdua tu cara potong baju kurung.Baju kurung sekolah je pun ....ajar buat pola dan gunting kain.Sabo juga nak jadi cikgu ni . Nak mengunting pun terkial-kial geram je...hehehe

Tapi saya juga yang jahit sebab nya nak cepat .Kalau suruh budak berdua mau pergi sekolah pakai baju lama yang singkat dan ketat di bontot ...heheh
Tapi jahit tepi memang dia berdua yang buat.Senang sikit saya .Tingal jahit je.Tapi tak tahu lah boleh ke tak lagi lepas ni dia orang buat sendiri pola baju kurung .
Saya jahit baju sekolah sendiri ketika tingkatan dua,main kutu dan beli kain sendiri.Bila dah beli kain sendiri tak boleh la nak minta mak jahitkan.Mak saya cuma guide je macam mana nak potong dan jahit .Tapi ada juga yang tak masuk dalam otak sebab kena belajar lain selepas berhenti kerja ....heheheh

Ok sampai disini dulu ...jumpa next entry 








Jan 25, 2016

Majlis kahwin Dahlia, sepupu yang baik hati ...hehe


Assalammualaikum...

Lama sangat senyap je kan ...Cerita umrah pun tak sempat nak bercerita. Balik dari umrah rehat sehari kemudian saya dah sibuk dengan majlis perkahwinan sepupu husband.Persiapan ni saya dah buat lama...seiring dengan persiapan ke umrah .Bila ke umrah saya kiranya dapat curi tulang selama 10hari ...hehhehe Majlis sebelah perempuan di Dewan Tengku Zara Jalan Reko Bangi ..memang cantik sangat ....pelamin ,meja pengantin...pelamin nikah ..makanan semua best lah ...



Ini pelamin nikah ...di tingkat 2.Saya sempat snap sebab pergi petang tu hantar hantaran esok pagi tak ada lah kelam kabut .Majlis nikah bermula pukul 0930 pagi


Ini pula meja makan beradab


Pelamin...gelap heheh snap lepas hantar bunga telor...heheh


Ada pokok bunga sakura heheh


Ini snap dari pelamin .
Kalau area Bangi Kajang nak sewa dewan boleh ler pergi tengok dewan ni .Dewan sebelum masuk simpang KTM UKM. DEWAN TENGKU ZARA.


Semoga bahagia ke jannah sepupu saya ni .Walaupun sepupu tapi kami close dah macam adik beradik .Anak-anak saya pun rapat dengan Auntie Ya.





Ternganga mulut  tolong inaikan pengantin.Inai beli di Mekah ni heheh


Ni selepas nikah.Saya lambat sebab ke sekolah uruskan pendaftaran anak-anak .


Anak-anak saya ....Affan belum sampai sebab dia ada orientasi darjah 1.Abah ler kena teman heheh


Orang kuat pengantin...ada seorang lagi tapi tak tahu mana menghilang heheh


Acara potong kek....


Ini acara menyambut menantu ...dekat je kat Shah Alam.2 hari berturut-turut ...esoknya anak-anak bersekolah 


Geng sepupu hehe


Ini je gamba pengantin saya dapat ...atas pelamin memang tak ada ...sibuk ngalah mak pengantin...hahaa


Selasa lepas 19.1 birthday qaid.Saya kata tunggu lah abah balik celeberate sama-sama...
tapi bila melepak di rumah mok sah ( mak pengantin ) hari ahad lepas ,dia kata buat jelah hari ni.Kek ada malam tu dia nak masak steak so apalagi mama Qaid .....hahahah So celeberate lah santai-santai je...janji ada kek ...

Sampai disini dulu ....nanti menulis lagi ...Insya Allah 

Dec 29, 2015

Alhamdulillah....syukur sesangat


Assalammualaikum....

Syukur sangat-sangat menjadi tetamu Allah.Alhamdulillah......







Dec 1, 2015

Aina widad lagi


Assalammualaikum...

Minggu akhir sebelum cuti persekolahan bermula memang sibuk.Semua anak-anak ada aktiviti di sekolah.Baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama.Sampai saya tak boleh kemana-mana.
Sempena hari anugerah baru-baru ni Aida Widad je dapat jemputan .Dia dapat no 6 dalam kelas dan no 8 keseluruhan.Dan terbaik matapelajaran Bahasa Inggeris.Aina widad memang lah tak pernah baca buku bahasa Malaysia.Buku cerita dia semua bahasa Inggeris, mestilah harganya boleh tahan kan.Wafi Sofiya pun sama...semua novel Inggeris.Sebab tu kalau big bad wolf memang saya pergi hehe dapat murah sikit .
Tahun ni anak-anak tak ada yang ambil exam besar.Tahun depan wafi PT3.Letihla sikit kalau ada anak nak exam.



Cari mama x jumpa...mama dah pindah tempat hehe...


Dapat cinonet je gamba 


Sebelum start cuti sekolah kami dah keluar cari kasut sekolah.


Belanja gamba satu ....dengan budak berangan nak pakai shawl...heheh