Selamat ke Tahun 2012 dari kami sekeluarga........................ |
Hari ni genap setahun tahun 2011.Esok dah masuk 2012.Banyak juga perkara-perkara yang perlu dirancang sekarang untuk 2012.Tahun ni kerja husband saya sangat teratur.Sebabnya cutinya selaras dengan cuti sekolah .Berpuasa juga dirumah jadi dapatlah saya ke surau berterawih.Sebenarnya hampir 3 tahun my husband tak puasa dirumah.Dan hari raya puasa pula hampir-hampir nak ke Germany tapi cancell last minute so dapatlah beraya dengan mentua.Kami sekeluarga juga dapat ke Tasik kenyir bercuti masa cuti sekolah.Tapi cuti December ni dia tak ada.Dah terbang ke Iran.So kami hanya menhabiskan cuti di KL sahaja .Tapi padat juga sebab hampir setiap weekend ada tetamu.Syukur alhamdulillah.....
2012 ni 4 dari anak saya akan ke sekolah.3 sesi pagi 1 sesi petang.Dan syukur juga sebab ada anak saudara lepasan SPM datang menolong.Sebabnya nanti buka sekolah Aina Widad darjah 1 so at least 3 hari pertama tu maybe nak kena jenguk-jenguk sekejap .Nak tengok masa dia kekelas ,nak tengok masa rehat.Dia agak manja dan banyak bergantung dengan kakak-kakak.Actually ,dia ok je cuma kita je rasa macam boleh harap ke budak ni ...hahahaha perasaan mama kan ...apa nak buat .Ahmad Qaid pun first time ke sekolah Tadika so nak kena tengok-tengok juga.Bila tanya dia kata ok mana tahu cakap ok tetiba bad mood ....sudah .Saya juga akan jadi baby sitter to my cucu saudara.Sebaya Qaid dan satu sekolah dengan Qaid.So harap budak berdua ni jadi good boy.
Ok ...untuk diri sendiri .Bila dah anak ramai kadang-kadang tak terfikir pun untuk kita.Hmmmm ...banyak benda nak buat tapi terhad.Saya nak sambung balik kelas mengaji ,nak juga ke kursus haji biar pun lambat lagi nak pergi ,nak sambung balik facial yang baru buat 8x dari 14x ...hahahah itu pun tersangkut.Nak juga pergi kelas Epal semula dan nak juga ke kelas-kelas jahitan .Rasanya semua tu x tertunai buat masa ni.Maybe kena tangguh 2013 atau 2014.Kalau pun nak habis maybe facial sebab yang tu bolehlah buat masa husband balik.Tapi kelas lain tu semua kena dilajak kan sampai Affan masuk tadika.Moga tercapai lah hendaknya.Dan yang penting no more pembantu rumah ...hehehe muktamad.Lapang otak ...
Dan yang ini pula moga dapat ditunaikan Tahun ni .Nak beli mesin jahit industri...(dapat kutu la bulan 6 ) hahaha,nak tambah lagi koleksi dalam my store what ever yang bersangkut paut dengan handmade....insya Allah.Dan tahun ni juga azam yang selalu sangat nak buat ...nak jaga solat ,membaca al-quran dengan kerap,nak banyak berzikir.Semoga dapat menjadi lebih beriman dari sebelumnya.Dan tahun ni juga nak teruskan diet ,semoga sihat sentiasa dan Moga Allah panjangkan umur saya dan husband demi zuriat2 kami .
Panjang jugakan cerita hari ni .Tak apa penutup tahun .Ok Selamat melangkah ke tahun 2012.Moga ukhwah blogger craft terus kekal.Dan moga saya terus sihat dan murah rezeki kami sekeluarga untuk terus saya berblog lagi ....ok Jumpa tahun depan ...heheheh tak berapa jam je lagi