Apr 30, 2011

SS2

Hari ni ke SS2 pergi Craft World , Mikawah , Zhou Hua dan Kamdar.Semua kedai kain kat SS 2 semua pergi.Dari pukul 1 sampai pukul 3.Nasib baik lah hari ni tak kena bayar parking.Saya juga suka beli buah kat depan Babyland.Sedap dan kalau beli kat situ tak pernah mengecewakan.
Anak-anak dara saya jadi peneman kepada Damia.Damia anak buah saya sekolah di Seksyen 3 BBB.Hari Khamis tu masa Pendidikan Jasmani jari kelingking retak.Tapi sebab dia menahan diri sampai ke petang so bila pergi klinik dah patah.Kena simen lah....sampai ke lutut....tu yang anak-anak dara saya temankan.Kesian kat sepupu tapi nak main je lebihnya.....
Mesti ramai yang balik kampungkan? Saya ...driver tak ada so tak lah balik kampung.Maybe cuti sekolah ni baru nak balik kampung husband di Besut.....Dan dalam planning juga nak cuti ke Tasik Kenyir.Tengoklah nanti ...hhehehe kalau jadi...planning banyak tapi husband tak tau cuti tu bila.....

Oklah sampai sini dulu ....

Apr 27, 2011

Pesta Buku 2011

Hari ni lepas Aina Wafi balik sekolah terus ke PWTC dengan Star LRT.Park kereta di Bukit Jalil then pergi dengan tren.Tahun lepas pergi dengan semua anak-anak dan suami.Tahun ni husband tak ada dan sabtu ni pula nak ke SS2.So hari ni dengan selesa nya ke Pesta Buku.Habis juga la dalam 300 untuk buku saya dan anak-anak.Paling banyak buku anak-anak la.Tapi tahun saya banayk beli buku sastera melayu dan sejarah.Saya rasa anak-anak saya sangat buta sejarah dan sangat tidak pandai bersastera.Tak tahu puisi,syair,pantun pun tak berapa nak faham.Terlalu terdedah kepada dunia sains dan IT anak-anak saya tak suka sanagt dengan cerita-cerita sastera ini.So saya ada beli buku Sejarah Melayu,puisi zaaba, pantun dan syair.
Saya banyak membeli buku-buku terbitan DBP dan PTS. Dan saya beli novel Ramlee Awang Murshid..heheheh kalau siapa-siapa ikut cerita Bagaikan Puteri mesti tahu.Siri ke4 dah keluar ..hhehhe

Saya nak cari buku 1001 Malam. Dah bertahun saya cari buku ni tapi tak pernah jumpa.Saban tahun ke Pesta Buku pun tak jumpa juga....oklah ...tak de gambar la hari ni .Snap satu je gambar Dafi menyanyi...hahahaa mama jumpa Dafi....comel sangat ...hehehehhehe

Apr 26, 2011

Blouse dan Kain kembang Payung

Empunya baju
Tamat dah kelas dengan Atie.2 minggu berturut-turut ke rumah atie dan inilah hasilnya.Yang ni saya guna viscose sebab lembutkan so bila kain kembang cantiklah...Laptop saya rosak 2,3 hari sudah sebab itu lambat masuk gamba ni.Nasib baik ada komputer lama....tapi boleh guna lagi.still ok still laju cuma ditinggalkan di rumah lama.Ini guna komputer lama lah...laptop pun dah sihat lepas adik saya repair...

Applique saya dah nak siap la...nanti bila siap saya tunjuk ok ....


Apr 21, 2011

Modul Piramid makanan

Semalam singgah di blog Yati.Dia kena gastrik sebab tak makan nasi .Bukan tak makan sebenanya tapi skip satu hidangan.Hari ni saya beli majalah Rapi.Sebelum ni tak pernah berminat dengan majalah ni tapi hari masa isi minyak terpandang dan terus beli.Bila dah baca bagus rupanya majalah ni .Piramid makanan terbaru ni dah dilancarkan tahun lepas iaitu Mac 2010.Ini lah RAPI bulan April .Muka depan tu Zenny The bigger loser Asia Kategory Home.

Piramid Makanan Malaysia

Inilah piramid makanan Malaysia yang baru .Saya dapatkan dari Pusat Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan turut dimuatkan dalam Majalah RAPI. Contoh menu juga diberikan.
Saya bagilah contoh menu 2000 kalori.Menu ni untuk wanita yang aktif secara sederhana,lelaki yg tidak aktif,kanak-kanak dan remaja perempuan.

Sarapan - 11/2 cwn mihun sup + 1 cwn kopi dgn susu tanpa lemak
Minum Pagi (pukul 10)- 1biji kuih+1 cwn teh o dgn 1 sudu teh gula
Lunch- 1 1/2 cwn nasi + 1 ekor ikan kembong sambal + 1/2 cwn sayur sawi + 1kpg tempe + oren + air suam
Minum Petang (pukul 330ptg) - 2biji kuih + 1cwn minuman coklat dgn susu rendah lemak
Dinner - 1 1/2 cwn nasi + 1 ketl peha ayam goreng + 1 kpg tauhu + 1 biji buah belimbing +air kosong.

Saya suka sangat dengan menu ni .Kita makan tapi control kuantiti nya.Nasi pula kita boleh gantikan degn 2 kpg roti,6 kpg krim kraker,2 cwn bubur nasi ,1 cwn mi ,1 cwn bijirin,2 biji kentang dan 1kpg capati.
Dan saya juga dah try petua kempiskan perut .Ambil 1 atau 2 asam keping rendam dlm segelas air panas.Biarkan sampai air mulai suam.Minum pagi dan malam .heheh kalau jadi saya bagi tau .

Ok lagi pasal rempah -jintan manis rebus dengan 5 cawan air.Bila dah sejuk minum.Amalkan petang dan malam.Untuk buang lemak di pangkal paha.....

Lada hitam pula boleh legakan batuk dan selsema.masukkan dalam sup atau gaul dalam bubur nasi .

Ketumbar - dapat meningkat kan daya fokus.Bagus ke untuk anak-anak kita ? Fokus dalam pelajaran ...betul ke penafsiran saya ni ....

Haaa......suka sangat nak cuba.Jangan jadi mat jenin sudah .Ada siapa-siapa nak chalenge ke ...kita buat Jom Diet .....heheheheh

Apr 19, 2011

Sew along with mybotanG Applique -update 2

Ok update untuk sew along .Dibawah ni di paparkan gambar-gambarnya .Banyak juga kerjanya.Semalam saya gunting pattern dan lukis diatas double-side then pilih fabric.30 minit lebih kurang sebab ada keje lain lepas tu .(tak ada kerja cari kerja).Fabric pula saya cuma pilih-pilih yang ada dalam dalam stok.Lebih dari buat bag.skirt ,baju kurung anak2 .....dah simpan lama so sekarang mencari pula.Untung rupanya kan kalau rajin buat applique ni so jimat la fabric yang lebih-lebih tu.Rupanya saya tak ada kain warna biru.Semua yang saya gunakan ni seakan -akan sama....lepas ni kena belajar beli kain biru .....


Fabric pilihan hati....
Tada....and this morning saya dah siap melekatkan pattern ni semua atas kain base.Rumit juga sebab kecil-kecil kan.Tak dapat nak bayang kan macammana nak jahit nanti.Actually tak print pun step sebab ink dah habis.Nak baca dalam computer Tak berapa nak faham.Suka baca kat paper macam tekun sikit ...heheheh

Dah siap di lekat ke base pun...
 Then ada la yang terlebih terkurang.Tak sama pun macam dalam gambar.Tak apa lah kan janji boleh dijahit.Kalau jahit nanti mesti cantik...
Siapa tau apa beza 2 gambar ni ...heheheh

Dekat sikit

Lagi dekat ....

Vase pula....
 Dan....yang tak tahan tengok la meja...aduh ...itu baru meja belum atas lantai dalam bakul atas kerusi.wawawawawa....sedih betul.Tak boleh suruh orang lain kemaskan sebab nanti dah tak tau mana yang nak guna dan mana dah tak nak guna ....lagi nangis masa tu .....
Bila dah siap ...tengok la meja ku ini ....rasa mau nangis...
Maybe next week sempat jahit sebab minggu ni macam tak nampak jalan......weekend ni ada kelas lagi dengan mariati so next week baru boleh jahit.....ok how about u friend?

Apr 17, 2011

Kelas baju kurung moden

Itulah Mariati yang bert-shirt oren .
Ini kali kedua saya attend kelas di mariati-design.Mula-mula dulu saya belajar jahit baju kurung.Sebelum belajar tu pun saya memang jahit baju kurung tapi tanpa teknik dan tanpa skill yang betul.Lepas belajar baru tahu teknik dan skill untuk menjahit baju kurung.Cara menjahit silang pangkah pun diajar sebab sebelum ini hentam je kan janji jadi silang pangkah.
Kain saya yang sedang dalam proses.
 Semalam saya ke mariati-design lagi untuk belajar jahit baju kurung moden.Emmm dah boleh jahit ..bak kata cikgu Atie kena practice ye jangan perap...hehheeh tu yang tak jadi je tu.Kelas diadakan sabtu dan ahad .Siapa-siapa berminat pergilah ke blog mariati-design.Untuk kelas saya ni saya booking dari bulan Jan atau Feb.Dah tak ingat sebab lama dah booking.Sabar je nak potong baju untuk anak-anak sebab ingat tahun ni nak buat baju kurung moden untuk anak-anak dara saya tu .
Ini sesi menetas ye ...heheheh biasa lah kan ..

Baju saya 

Siti Zubaidah dan bajunya....
Ok tak ...yeee lepas ni dah boleh potong baju raya ...ada banyak sangat kain nak dijahit .Baju nak raya ,baju nak kenduri lagi ...lagi baju apa lagi ....heheheheh
Minggu depan ada kelas lagi tau ...blouse n kain kembang payung ...hahhahaha belajar jangan tak belajar ...

Patchwork Skirt

Inilah skirt yang saya jahit minggu lepas .Berhari-hari nak menyiapkan.Nampak macam tampal-tampal perca tapi kena ada skill dan kesabaran yang sangat tinggi...heheheh

Cantuman-cantuman ini memang mencabar ,kena jahit dengan berhati-hati dan teliti.Ada lah 2-3 tetas.Salah baris lah ,tak samalah heheh biasa lah kan...

Tadaaa...dah siap ...hehehhe macam puzzle kan...dah siap jahit lega dah habis satu projek.Ada lagi satu ...oppss ada 2 sebenarnya...satu kids gown projek Epal then applique dengan Sue MyBotang .Satu apa pun tak jalan lagi ..hehehhe sabo jelah suzie ..hhehehhe

Apr 13, 2011

Alkisah

Hari ini sibuk siapkan patchwork skirt untuk project Epal ...for lunch masak nasi sup siam dan  malam cuma buat whip potato...semua keje malas ..hehhe pukul 9 lapar wafi la yang bising ..merayap keluar cari burger.Nak makan maggi pula tak ada stok.
.
Cakap pasal maggi dulu bila anak sulung kalau boleh nak elak makan maggi tapi budak kecik ni tak tahu mana belajar dia pun tahu maggi.Tu yang kadang-kadang geram.Tapi saya selalu letak sayur banyak dalam maggi .Dia orang suka ke tak suka ke tak kisah .Selalunya kalau masak macam ni widad akan reject .Bagus juga kan ...hehhehe
Tasik Cempaka BBB...kat sini la saya jogging
Dah 3 minggu saya jogging...setiap hari 15min atau 30 min.Semalam saya jogging sambil tolak qaid dalam stroller.15min dah penat.Berpeluh-peluh.Berat qaid lebih kurang 20kg so bila sambil jalan tolak beban memang cepat berpeluh.Adik saya kata better 30min kalau jogging sebab masa tu baru la berpeluh dan urat nak lembut.Tapi saya tak larat sebab satu pusingan dah 15min kalau nak seberang sungai kat park tu nanti tak larat nak balik hehhe so setiap hari kecuali weekend 15 ke 20 min jogging.Kadang2 terlajak juga la 30min...kadang-kadang...Tak tahu turun ke tak ...tapi kalau boleh tak nak la ada penyakit-penyakit sebab tu la nak jaga kesihatan ni .Umur pun dah nak meningkat.....

Ok lah sorila sebab malam ni rasa macam rajin sangat nak bercerita ...release tension ...lagipun dah lama tak mengarang ...heeheh

Apr 12, 2011

Skirt Wafi

Add caption
Ini lah Aina Wafi 10tahun anak sulung saya .Jarang-jarang nak interpreme ...hahahha.Bila adik-adik ada skirt dia pun nak juga .Saya buatkan circle skirt .Kain pula swiss cotton beli di jakel.Jakel ada sales sekarang...siapa siapa  nak beli kain untuk raya boleh la pergi ...multicolor polka dot ...satu lagi warna purple dah dituntut oleh sofiya ...ada-ada saja la kan budak-budak ni ...Skirt ni saya jahit sebab semalam sepetang saya jahit anak tudung ...hampir 15 helai..so bila dah siap buatlah skirt ni .

Sew along with mybotanG Applique -update 1



Benang hitam Astra.Last post saya ada problem dengan mesin bila jahit langkau-langkau.Saya ke karysma semalam nak cari jarum kepala biru.Jarum ni khas untuk jahit kain sintetik...nak try la konon kot-kot tak langkau.Hj tauke karysma tak ada jual pula jarum ni ,then dia suruh cuba jarum emas.Tanya dia pasal benang dia suggest benang hitam Astra ni.Mahal sikit harganya..kalau benang biasa kita boleh dapat 70sen atau 80 sen kan .Yang ni rm1.10.Dan alhamdulillah semalam dah siap jahit anak-anak tudung saya .Lega.


Sew Along 



 Tengoklah dah siap print awal-awal lagi tapi apa-apa pun tak confirm lagi.Bila tengok mila n zila dah tengah bersiap-siap i so jealous...hehehhe


Ok kat bawah ni pula petang tadi pergi lagi karysma beli double sided interfacing.Saya beli 1/2m.Harga pun boleh tahan.Tapi yang dibekalkan oleh Epal lain kualitinya.Nanti lah try dah boleh compare.

Tak tahu nak guna kain warna apa....kalau dah siap nak buat apa pulakan.Saya macam teringin nak diframekan.Set sofa saya warna maroon n kayu mohagany.Agak-agak bunganya warna apa ye...?

Apr 8, 2011

Skirt untuk Widad

Semalam jahit tudung tetiba je jahitan jadi langkau-langkau.Puas belek buku,rasanya jarum ,tapak semua betul.Cuma benang hitam tu suka sangat nak putus.Ada idea tak brand apa yang elok especially benang hitam.Dah boring, ambik kain then potong untuk buat skirt widad.Rasanya tak sampai 1jam widad dah pakai skirt ni then pegi Kumon petang tu dengan skirt baru ..

Gambar ni nak download semalam, bila time nak pergi mandi then bersiap untuk solat maghrib.Tetiba (byknye tetiba)..Kak Kiah jiran saya ni minta tolong nak ambil anak dia kat sekolah.Dah maghrib tapi belum balik,husband dia pula on the way dari office.Kak kiah ni baru lepas operate masukkan besi di tulang belakang...tak tahu dalam english..(malas nak cari sebenonya...) so tak boleh nak drive lagi.Kelam kabut juga dibuatnya sebab anak-anak ada Kumon then di sekolah widad ada PIBG meeting.

Tuah badan.Malam tadi meeting PIBG sekolah widad dia dapat tempat ke2 dalam mari mewarna.Sebab tu la masa meeting tu kena pergi juga .Sebab mewarna waktu sekolah hadiah masa meeting malam...hahhaha pandai kan pengurusan..Nak ke tak nak kena pergi la sebab ada persembahan sekali.
Dan pagi ni bia buka blog mila nak bagi hadiah giveaway nak tahu juga siapa pemenangnya kan ...hehehehe
SUZIE rupa nya ...suka...suka...

Sekian untuk hari ini dengan senyum simpulnya.....

Apr 7, 2011

Menjadi juga ....

Kain ni nak dibuat tudung tapi sebab ada corak yang macam tak sesuai terletak kat atas kepala so fikir-fikir punya dapat la idea ni .Butterfly shirt.Ok tak...Sebenarnya saya dah ada sehelai butterfly shirt ni sedap pakai dan senang.Nak pergi ambil anak-anak sekolah tak payah nak iron so sarung je .Nampak lady like gitu.Tapi dalam, saya pakai inner lah sebab lubang lengan tu memang besar sikit .Saya tak pernah jahit baju , baju kurung oklah tapi saja nak cuba ...menjadi ke?

Nak bergaya sekejap pun tak boleh,ada je yang nak menumpang ....heheheh...Tak nampak kan baju saya tu.Punya la bergaya sekali ada je lah budak-budak ni ...

Gambar ni nak tunjuk beg yang dipakai Widad.Dah lama beg ni terbengkalai.Sebabnya dulu guna mesin lama felt lembut ni  tak boleh nak jalan .Geram je ....sejak guna Janome ni alhamdulillah ..
Letak bear kat depan bag Widad tu sebab tak tau nak hias apa-apa .Tapi dia bawa ke sekola siap tunjuk kepada kawan-kawan.Qaid tu pula bukan pandai baca pun ,aksi je lebih ...dictionary ...hahhaha macam bagus je kan ...

Apr 5, 2011

Sangat sibuk...

Hari ni sangat sibuk.Tak ada masa langsung nak pegang mesin jahit ke nak belek-belek buku ke .Pagi-pagi keluar hantar widad ke sekolah then piya pula mengaji.Sempat jogging 30min dengan Qaid di Tasik Cempaka Bangi.Siapkan makan then ambik widad balik rumah.Sejam kemudian keluar lagi ambil wafi ,sejam kemudian keluar lagi hantar widad,wafi dan qaid mengaji.Malas balik rumah singgah PKNS then balik rumah dah pukul 415.Tak sampai sejam nak bawa widad ke kumon pula ...dia kena pergi petang sebab belum pandai membaca so kena ada bimbingan guru setiap masa.Bila bawa widad balik dalam pukul 615 siap makan malam then lepas maghrib hantar wafi dan piya pula ke Kumon .Masa ni sempat balik sebab selalu mereka berdua ni ambil masa sejam ke 2 jam untuk siakan KUMON.Masa-masa yang terselit ini lah kadang-kadang chat dengan husband kalau dia adalah.Kalau dia tak ada facebook ke ,blog ke tengoklah apa-apa yang patut.Then 10 mlm pick up wafi n piya ...baru boleh berehat dan menonton tv ...Dulu kerja di office i just duduk buat keje kat opis then petang balik.Kalau rajin, lunch hour keluar...kalau rajin tapi bila kat rumah no choice nak ke tak nak i need to do that.Nasib baik jugalah ada helper..so when my husband here yeeeee.....cuti.Itu lah masa cuti saya ...hehehhehe
Ok panjang la pula kan ...no picture today ...sorry ...

Apr 3, 2011

Birthday Affan

Kek Power ranger....biasa lah beli di Yome Bakery.Harga RM16.00.Sedap dan krimnya juga tak muak...yum...yum...

My pince n princess....King tak ada ...dia di Rusia sekarang.Bulan 5 baru balik well u know my hubby ...heheheheh biasalah sayangkan isteri tinggal-tinggalkan....

Birthday Affan yang ke2. Jatuh pada 6.April....Sepatutnya bulan Jan hari dah celeberate dengan Qaid tapi kesin pula dia tak ada dalam gambar sebab masa tu dia tengah tido so belikan lah kek .Dia tak makan pun ...dia cuma kutip...alphabet gula kat tepi kek tu ...sedap....mamanya pun makan ...hehehheh
Happy Birthday Affan ...i love u ...

Apr 2, 2011

From Daiso

Denim from Daiso.Last 3 week ,pergi Daiso dan beli macam-macam termasuk denim ni .Tak sangka habis dekat Rm100 juga.Daiso ni macam hantu sikit ..tup...tup...50 melayang.50 tu macam dah lali la kan ...heheheheh itulah suzie.

Also from Daiso .Geram tgk warna hijau tu .....Tapi tak tahu lagi apa project nye...Nantilah sapa-sapa nak buat sew along boleh la guna....

Ok tak?Saja cuba-cuba....bolehlah kan ...maybe kena improvekan lagi kot.Ini sebenarnya sambil menjahit bosan berhenti kejap buat bunga ni kejap.Heheheh isi masa lapang ....