Jul 3, 2012

Cerita hari Selasa


Assalammualaikum ...

Qaid batuk-batuk dan selsema sejak semalam so saya tak hantar ke sekolah  .Pagi saya boleh kat rumah sampai pukul 1215.Tengahhari tu nak kena hantar widad ke sekolah pick up wafi n sofiya .Hari ni wafi sofiya terus mengaji so kena siap nasi bekal .

Bila tak keluar pagi ni memang best sebab boleh buat banyak kerja .Konon nak menjahit or potong baju tapi sejak jumpa ular tu kerja saya mengemas je.Kalau boleh tak nak ada benda apa pun atas lantai .Aduh penat sungguh .Bila mengemas tu mula-mula sikit lelama makin besar tapak mengemas tu .....grrrrrr ...

Sebab sibuk kemas, dalam freezer tinggal  daging je so menunya konon nak buat daging bistik tapi tak jumpa ketumbar saya rasa saya dah terbubuh serbuk jintan putih dan jintan manis .Resepi daging ni sepatutnya perap dengan black pepper ,bawang ,halia , bawang putih dan serbuk ketumba.tapi dalam peti sejuk tu plastik rempahnya tulisan semua dah terpadam tak tahu mana satu rempahnya .Saya beli rempah bila balik Besut ,beli di Kaber atas pasar siti khatijah, macam-macam rempah ada .So daging saya ni dah terperap dengan jintan ...nasib ler .Tapi walau pun macam tu sedap pula ...masak satu lauk ni saja sebab anak-anak saya kalau banyak-banyak lauk dia orang makan satu je . Dalam daging ni dah ada kentang n carrot so dah cukup dah .

ini daging bistik kalau guna ketumbar kuahnya hitam sikit .
lagi satu nak tunjuk kain buat bungkus bekal anak-anak saya .Dah lama saya jahit ni sejak awal tahun hari tu .Anak-anak saya punya idea lah ni ,buat je bentuk empat segi ni lepas tu boleh sahaja bungkus bekal ni .




Senang kan .Bekal besar sikit pun tak apa .tak jahit pun tapi anak-anak saya jahit tepi sendiri ,saya tolong potong je .

Kat bawah ni saya jahit untuk widad.Sebab dia darjah 1 so tak pandai nak ikat-ikat bekal tu .tak tahu mana dapat idea ni reka-reka je sendiri .kain pun macam tebal dan lembut .Macam benang bulu gitu .beli di Daiso .Lepas tu saya buat tali dan letak butang .Dah siap cantik.Bila dah kotor saya masuk je dalam mesin basuh .habis cerita .Hahahah....



Ok hari ni rupanya entry saya yang ke 161.Pejam celik pejam celik dah dekat-dekat 200 entry saya . Follower saya pun dah 56 orang .Alhamdulillah ...Tq semua geng saya .Ada juga yang dah tak aktif kat sini kut tapi ada juga yang terjumpa di FB .1H1P.Bila jumpa di FB tak tahu siapa sebab di blog nama bukan main lagi di FB nama betul heheheh macam saya la .Bila tengok hasik aikkk kat sini rupanya .
Saya suka ....sebab lepas berhenti kerja kawan-kawan saya adalah kawan-kawan blog dan di Fb .Tak ada masa sembang-sembang macam kerja dulu .So suka ada blog ni ....
Panjang dah ni ...jumpa lagi nanti ...insya Allah 

4 comments:

  1. salam, teringat mcm org dolu2 kan, bungkus bekal dlm kain cenggitu.. btw, beg utk widat tu comel & kreatif la...

    ReplyDelete
  2. Pn Hazel ...ye kan , dulu-dulu orang balut dengan kain seperah .Dulu sya rajin tolong mak sulam ,skrg dah lama tak buat ....

    ReplyDelete
  3. teringat zaman sekolah emak bekalkan nasi bungkus kain gak..

    ReplyDelete